Showing posts with label Mengenal Jepun. Show all posts
Showing posts with label Mengenal Jepun. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

Pesta Musim Luruh Sapporo


Pesta Musim Luruh Sapporo

Kami muncul di lokasi Pesta Musim Luruh Sapporo ketika melawat Hokkaido pada September.

Taman Odori

Pesta Musim Luruh Sapporo bermula dari 9 hb September dan tamat pada 30 hb Septemer di Taman Odori.

Pesta Musim Luruh Sapporo

Taman odori terletak di pusat bandar Sapporo dan lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari hotel kami menginap di Sapporo.

Pesta Musim Luruh Sapporo

Makanan terpapar di poster ini ialah daging lembu wagyu. Daging lembu wagyu merupakan santapan khusus Hokkaido dan terkenal saperti daging lembu Kobe.

daging Lembu Wagyu

Daging lembu wagyu pinggan ini ialah hidangan pertama kami di Sapporo.

Kekapis

Kami menuju ke gerai makanan laut bakar untuk membeli kekapis besar yang lazat selepas menikmati daging lembu wagyu.

Tiram

Selain kekapis besar, kami juga menelan satu tiram besar yang enak masing-masing.

Mi Dandan

Setelah megecapi tiram, kekapis dan daging lembu wagyu, kami merasa semangkuk mi dandan Hokkaido.

Pesta Musim Luruh Sapporo

Isteri saya memegang sebiji oren besar dalam gambar di atas. Oren ini besar tetapi jusnya kurang. Mungkin kulit oren ini terlalu tebal.

Menara Televisyen Sapporo

Menara Televisyen Sapporo adalah mercu tanda indah terdapat di Sapporo. Kami menaiki ke atas Menara Televisyen Sapporo pada malam sebelum kami kembali ke Melaka.

Taman Odori

Beberapa penduduk Sapporo sedang mendengar peminpim Parti Baru Daichi Hokkaido berucap di satu sudut Taman Odori.

Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Pesona Menara Kyoto
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, November 7, 2017

Lapangan Terbang New Chitose


Lapangan Terbang New Chitose

Semasa lawatan ke Sapporo, kami memasuki Hokkaido melalui Lapangan Terbang New Chitose.

AirAsia

Dari KLIA 2, kami menaiki sebuah pesawat AirAsia ke Lapangan Terbang New Chitose.

Lapangan Terbang New Chitose

Tiba di Lapangan Terbang New Chitose, kami mengambil gambar sebelum menuju ke Sapporo dengan Kereta Api JR.

Kereta Api JR Hokkaido

Gambar rajah di atas merupakan jadual laluan Kereta Api JR Hokkaido. Masa perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose ke Sapporo dengan Kereta Api Ekspres JR lebih kurang 30 minit.

Jadual Bas Lapangan Terbang New Chitose

Pergi ke Sapporo dengan bas lapangan terbang dari Lapangan Terbang New Chitose ialah pilihan lain.

Bas pertama bertolak pada pukul 5:26 pagi dan tamat perkhidmatan pada pukul 6:21 petang. Ia mengambil masa kira-kira 90 minit dengan menaiki bas dari Sapporo ke Lapangan Terbang New Chitose.

Artikel Berkaitan
Pesona Menara Kyoto
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Monday, October 30, 2017

Kamu Berasal Dari Mana?


Lapangan Terbang CTS

Kami pulang dari Jepun pada awal Oktober. Destinasi perjalanan kami kali ini ialah Sapporo, Hokkaido.

Perayaan Musim Luruh Sapporo

Semasa kujungan sebelum ini ke Honshu, Kansai, tiada siapa bertanya kami berasal dari mana. Tetapi keadaan berbeza sama sekali ketika kami berada di Sapporo.

Bangunan Lama Kerajaan Sapporo

Mungkin penduduk Sapporo lebih mesra daripada mereka dari kawasan Kansai. Tindak balas mereka sungguh pelik apabila kami menjawab bahawa kami berasal dari Malaysia.

Lapangan Terbang CTS

Boleh jadi maklum balas aneh oleh orang Jepun adalah sama ada kerana skandal 1MDB atau tiga rakyat Malaysia yang tidak bertamadun berak dalam bilik mandi di pangsapuri homestay di Osaka, Jepun.

Artikel Berkaitan
Pesona Menara Kyoto
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, August 27, 2016

Gambar Selfie Yuchuilang


Yuchuilang

Saya gemar selfie baru-baru ini. Selalu selfie semasa membeli-belah, menikmati kopi atau makan bersama isteri saya.

Yuchuilang

Kami selfie di bilik menunggu sebelum menaiki kapal terbang semasa lawatan kami ke Jepun.

Yuchuilang

Kami selfie lagi sementara mennuggu penerbangan kami bermula.

Yuchuilang

Selfie di dobi Hotel Apa di Kyoto, Jepun.

Yuchuilang

Gambar selfie ini di ambil dekat Menara Kyoto yang sungguh pesona.

Yuchuilang

Selfie bersama isteri saya dalam hujan di Dotonbori, Osaka.

Yuchuilang

Malam kebal Dontonbori harus ditawan sebagai kenangan manis.

Yuchuilang

Saya kemaskan rambut sebelum selfie dengan isteri saya di Shinsaibashi, Osaka.

Yuchuilang

Selfie dan merasai kopi aroma selepas makan petang.

yuchuilang

Saya selfie sementara menunggu isteri saya membeli-belah di pusat membeli-belah.

Yuchuilang

Dalam perjalanan ke Merlimau, saya selfie gambar in dalam kereta.

Yuchuilang

Saya selfie di bilik anak ketika kembali ke rumah lama di Merlimau untuk membersihkan rumah.

Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, July 3, 2016

Hotel Apa Kyoto


Yuchuilang

Semasa melancong di Kyoto, kami menginap di Hotel Apa yang berhampiran dengan Menara Kyoto.

Hotel Apa

Terletak di Kyoto Horikawadori, Hotel Apa merupakan sebuah hotel 3 bintang.

Hotel Apa

Hotel Apa tidak jauh dari Kyoto Stesen, berjalan kaki selama 10 minit boleh tiba di Kyoto Stesen.

Hotel Apa

Ruang bilik hotel Jepun sungguh sempit. Bilik yang kami tinggal itu hanya sepuluh meter persegi.

Hotel Apa

Walaupun ruang bilik sempit tetapi agak bersih. Barang keperluan lengkap dan yang penting tersedia wifi.

Hotel Apa

Bagasi diletak di koridor. Nasib baik saya dan isteri saya tidak gemuk, jika tidak susah bergerak dalam bilik.

Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, June 15, 2016

Pesona Menara Kyoto


Yuchuilang

Sejak anak saya memberi saya sebuah telefon pintar, saya dan isteri saya mulai selfie ketika kami melacong ke merata tempat.

Yuchuilang

Datar belakang foto ini ialah Menara Kyoto yang berwarna-warni. Kami baru kembali dari perjalanan Kyoto, Nara, Osaka dan Kobe di Jepun.

Menara Kyoto

Terletak berhadapan dengan Kyoto Station, kecantikan Menara Kyoto sungguh menakjubkan. Menara Kyoto menerangi malam Kyoto dan merupakan mercu tanda Kyoto yang menawan.

Artikel Berkaitan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, June 11, 2016

Selfie Dalam Hujan


Yuchuilang

Peristiwa Kakak Payung yang memukul pekerja bengkel tersebar berleluasa dari Singapura ke Malaysia.

Kebetulan saya dan isteri saya selfie berpayung dalam hujan renyai-renyai ketika mengembara di Kansai, Jepun.

Dotonbori Osaka

Hujan rintik-rintik pada malam pertama kami melancong ke Osaka.

Kami berpayung ke Dotonbori yang dibanjiri oleh pelancong untuk mencari hidangan lazat Jepun.

Artikel Berkaitan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, June 9, 2016

Kuih Zang Nankinmachi


Kuih Zang

Semasa lawatan ke Jepun Kansai, benar-benar diluar dugaan, kami membeli dua biji kuih zang di Kobe Nankinmachi.

Yuchuilang

Pada hari kedua di Osaka, kami mengembara ke Kobe dari Stesen Osaka-Namba dengan menaiki kereta api Hanshin laluan Namba.

Nankinmachi

Nankinmachi merupakan sebuah Chinatown unik di Kobe. Terdapat banyak restoran Cina di sekitar Nankinmachi.

Kuih Zang

Setelah menikmati makan tengah hari di Jing Hua Lou, kami beralih ke gerai bertentangan dengan restoran itu untuk membeli dua biji kuih zang.

Kuih Zang

Harga sebiji kuih zang 350 Yen dan tiga biji kuih zang berharga 1000 Yen.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, June 4, 2016

Melancong Sambil Belajar Bahasa Jepun


Zuiyanhong

Baru-baru ini, saya bersama isteri saya melancong ke Jepun.

Kami benar-benar menikmati perjalanan lapan hari tujuh malam di Kyoto, Nara, Osaka dan Kobe.

Di samping merasa makanan Jepun dan berkunjung ke tempat penarikan pelancong, kami dapat belajar beberapa patah kata bahasa Jepun ketika merantau di Kansai, Jepun.

bas:basu, hello:koniciwa, pasar:sijor/ichiba, terima kasih:aligato, jumpa lagi:sayonara, tumpang tanya:simimasen, Kyoto Station:Kyoto Eki.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong