Thursday, March 31, 2011

Pemimpin DAP Kacak Dan Unggul Nga Kor Ming

Nga Kor Ming

Malaysia DAP Ahli Parlimen Perak Taiping Nga Kor Ming merupakan seorang pemimpin yang hebat dan kacak. Beliau patut menceburi bidang nyanyian, filem dan industri televisyen. Mengapa tidak meneroka dalam keempat-empat bidang ini serentak? Urusan ini dapat memperoleh reputasi di seluruh dunia dan meningkatkan imej negara.

Mendengar Nga Kor Ming berucap sungguh menarik. Saya telah bertemu dengan beliau dua kali. Sebelum ini, kami menghadiri Jamuan Makan Malam DAP Bentayan yang dianjur oleh DAP Johor. Kali ini, di Jamuan Makan Malam DAP Bandar Hilir di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong, Melaka.

Nga Kor Ming ialah salah seorang pemimpin muda DAP luar biasa. Kata-kata beliau tajam seperti badik. Semasa berceramah, Nga Kor Ming suka mengejek lawan-lawan politik dengan menggunakan petikan klasik.

Artikle Berkaitan
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Pemimpin DAP Terunggul Teng Chang Khim


Wednesday, March 30, 2011

Kawasan Berlepas Lapangan Terbang Incheon

Lapangan Terbang Incheon

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan patut dianugerahkan "Lapangan Terbang Terbaik Sedunia". Reka bentuk seni bina Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon benar-benar unik dan megah. Reka dalaman indah dan canggih. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan. Pelancong menyanjungi tinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Lapangan Terbang Incheon

Tempat duduk selesa tersedia di kawasan berlepas. Penumpang-penumpang boleh beristirahat semasa menunggu untuk menaiki kapal terbang. Sekiranya berasa bosan, anda boleh menonton program televisyen definisi tinggi.

Kerajaan Korea Selatan amat mementingkan imej kebangsaan. Seluruh negara menyambut and melayan pelawat-pelawat dengan penuh kemesraan. Mereka mengharap anda membawa balik kenangan manis melancong di Korea Selatan.

Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan


Tuesday, March 29, 2011

Maklumat Perdagangan Lapangan Terbang Incheon

Lapangan Terbang Incheon

Ini sedan mewah Kia baru K7 yang dipamirkan di aras berlepas Lapangan Terbang Incheon Korea Selatan. Kereta mewah ini diberi nama Cadenza.

Kereta Kia merupakan salah satu kenderaan buatan Korea Selatan. Kedua-dua Syarikat Kia Motor dan Syarikat Hyundai Motor ialah pengeluar kereta terkenal di Korea Selatan.

Lapangan Terbang Incheon

Kedai bebas cukai Lapangan Terbang Incheon dihiasi dengan cahaya terang menerang. Terdapat pelbagai barangan dijual di kedai tersebut. Jurujual wanita yang cantik akan sentiasa menyambut anda dengan wajah tersenyum.

Sebelum menaiki kapal terbang, ingat berkunjung ke kedai bebas cukai. Mungkin ada makanan atau cenderamata yang andan suka. Jika harga berpatutan, membeli untuk mengganjar diri sendiri atau menghadiahi teman-teman dan saudara-mara.

Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan


Monday, March 28, 2011

Seimbas Dari Lapangan Terbang Incheon Korea Selatan

Lapangan Terbang Incheon

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan terletak di barat kota Incheon. Lapangan terbang tersebut dibina di tanah tebusguna di antara Pulau Yongyu dan Pulau Yeongjong. Sekitar sejam memandu dari ibu negara Korea Selatan, kota Seoul ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Berdasarkan laporan Airport Council International Geneva Switzerland, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon telah dianugerah "Dalam Golongan Anugerah Perkhidmatan Terbaik" 6 tahun berturut-turut dari 2005 hingga 2010.

Lapangan Terbang Incheon

Reka bentuk seni bina Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon betul-betul unik. Bangunan  Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sepunuhnya mencerminkan semangat ketabahan orang Korea Selatan. Selain "Dalam Golongan Anugerah Perkhidmatan Terbaik", Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon juga disenaraikan sebagai "Lapangan Terbang Terbaik Sedunia".

Kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon merupakan salah satu lapangan terbang yang amat sibuk dalam kategori bilangan penumpang. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon telah berjaya mengeratkan perhubungan Korea Selatan dengan seluruh dunia. Pada masa yang sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Korea Selatan. Itulah sebabnya, rakyat Korea Selatan bangga terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.


Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan


Saturday, March 26, 2011

Peta Dan Maklumat Lapangan Terbang Incheon

Peta Lapangan Terbang Incheon

Sekiranya anda berkunjung ke Korea Selatan tanpa pemandu pelancong, anda harus membuat persiapan sebelum berlepas. Kalau tidak perjalanan anda akan tamat dengan kekecewaan dan kenangan sedih.

Apabila anda tiba di aras ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, mencari papan kenyataan yang mempamirkan peta lapangan terbang untuk menentukan lokasi anda.

Jikalau anda memerlukan sebarang bantuan, berasa selesa ke kaunter maklumat. Gadis-gadis Korea Selatan yang bertugas cantik dan bersopan. Mereka ingin memastikan anda berselesa semasa melancong di Korea Selatan dan membawa kembali kenanga manis. Tidak menjadi masalah berinteraksi dengan mereka kerana mereka fasih bertutur Inggeris.

Korea Selatan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia. Anda boleh menaiki bas atau komuter dari Lapangan Terbang Antarabangs Incheon ke ibu negara Korea Selatan, Seoul. Ia mengambil sekitar sejam dengan menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangs Incheon ke Seoul.

Bas Lapangan Terbang akan tiba di kawasa penumpang menunggu bas setiap 20 minit. Saya dan isteri menaiki bas yang bernombor 6015 ke Seoul. Tambang bas sepuluh ribu Won setiap orang.

Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan


Thursday, March 24, 2011

Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan

Air Asia

Saya dan isteri telah melancong ke luar negara beberapa kali melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Kami terbang bersama Air Asia ke Korea Selatan baru-baru ini.  Pengalaman terbang bersama Air Asia sungguh berlainan.

Sebelum ini, kami telah mengikuti rombongan pelancongan ke seberang laut. Kali ini, kami pergi ke Korea Selatan diri sendiri. Melancong dengan bantuan pemandu pelancong memang lebih selesa. Walaupun merancang perjalanan agak rumit tetapi ia mencabar dan memuaskan.

Saya akan memuat naik foto-foto yang mana saya telah mengambil di Seoul untuk berkongsi dengan anda.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park
Mata Air Panas Mt. Sorak
Winter Sonata Pulau Nami


Wednesday, March 23, 2011

Jamuan Makan Malam Menuju Penubuhan Kerajaan PR

Jamuan DAP

Jamuan makan malam menuju ke arah penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan dianjur oleh DUN Bandir Hilir DAP Melaka pada 25/03/2011. Rakyat Malaysia yang menegaskan bahawa Malaysia perlu mengubah dialu-alukan untuk menghadiri jamuan ini.

Tempat untuk jamuan tersebut di dewan Sekolah Tinggi Pay Fong, Melaka. Harga setiap tiket ialah RM30. Ahli Parlimen Taiping Perak Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Rasah Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook, ketua publisiti pusat Hew Kuan Yau, presiden DAP Melaka Goh Leong San dan ADUN Bandir Hilir Melaka Tey Kok Kiew merupakan penceramah-penceramah dihormati jamuan itu.

Malam telah berakhir, DAP merupakan cahaya pertama fajar dalam reformasi politik di Malaysia.

Artikel Berkaitan
Wira Demokrasi Malaysia Tian Chua
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Chua Soi Lek Gemar Isu Agama Islam


Monday, March 21, 2011

Chua Soi Lek Gemar Isu Agama Islam

Masih terdapat orang yang gemar mempermainkan isu agama Islam pada zaman informasi. Tidak dinafikan bahawa pihak yang terlibat sungguh bodoh.

Walaupun bekas presiden Gerakan Lim Keng Yaik tidak berhenti-henti mendedahkan perhubungan PAS dengan DAP pada tahun lapan puluhan abad ke-20. Gerakan juga melenyap selepas tsunami politik 308, bahkan kehilangan kuasa negeri Pulau Pinang.

Presiden MCA Chua Soi Lek mengulang kegemaran Lim KengYaik pada 30 tahun kemudian abad ke-21. Chua Soi Lek tidak mempelajari kesilapan Lim Keng Yaik. Adakah Chua Soi Lek ingin MCA mengalami kemusnahan seperti Gerakan?

Pendidikan di Malaysia meningkat dengan pesat dan meluas. Rakyat jelata semakin celik dan berilmu pengetahuan. Selain itu, internet tidak asing lagi dalam kehidupan orang Malaysia. Benar-benar bodoh menipu dengan taktik yang tidak berkesan.

Artikel Berkaitan
Wira Demokrasi Malaysia Tian Chua
Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee
Pemimpin PAS Malaysia Mesra Rakyat


Saturday, March 19, 2011

Ikon Jelita DAP Malaysia Jenice Lee

Jenice Lee

ADUN Teratai Selangor Jenice Lee merupakan salah seorang pemimpin DAP yang berucap di Jamuan Makan Malam Merlimau pada Februari 25. Kebanyakan pemimpin DAP ialah lelaki, jadi kehadiran Jenice Lee di Merlimau sungguh mengejutkan.

Menikmati mendengar Jenice Lee menyebut tentang cerita menarik kerajaan Selangor Pakatan Rakyat. Menurut Jenice Lee, rakyat Selangor mula mengutip duit semasa mereka dilahirkan. Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat juga akan membayar anda sebaik saja menghabisi nafas terakhir.

Wah, begitu baik dan begitu bagus! Begini, saya harus berhijrah ke Selangor. Bolehkah Jenice Lee sudi menguruskan untuk saya? 

Artikel Berkaitan
Wira Demokrasi Malaysia Tian Chua
Pemimpin PAS Malaysia Mesra Rakyat
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Friday, March 18, 2011

Wira Demokrasi Malaysia Tian Chua

Tian Chua

Kejadian Ahli Parlimen Batu Malaysia Tian Chua menggigit polis sungguh mengagumkan. Rakyat Malaysia memberi sanjungan tinggi atas keberanian beliau menentang polis yang bertindak tidak munasabah.

Tian Chua ingin masuk ke bangunan parlimen untuk menyerah memorandum membantah pindaan perlembagaan pada 11/12/2007. Beliau diberkas oleh seorang polis yang tidak memakai pakaian seragam polis dan juga tidak menunjukkan identitinya. Akibatnya terjadilah Tian Chua dikasari oleh polis! Dalam keadaan terdesak, Tian Chua terpaksa menggigit polis yang menangkapnya secara tidak sah.

Polis seharus berperanan sebagai pelindung rakyat. Mereka bertanggung jawab menjamin harmoni dan perdamaian masyarakat. Ramai rakyat Malaysia tidak suka polis kerana terdapat terlalu banyak berita negatif terhadap polis. Oleh kerana itu, rakyat Malaysia menyokong Tian Chua sepenuhnya.

Artikel Berkaitan
Pemimpin PAS Malaysia Mesra Rakyat
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Wednesday, March 16, 2011

Pemimpin PAS Malaysia Mesra Rakyat

Pemimpin PAS

Pilihan raya kecil N27 Merlimau telah membekal perlantar bagi PAS dan masyarakat Cina berinteraksi. Akibatnya, orang Cina berpeluang memahami Agama Islam secara lebih mendalam.

Sejak bekas Adun Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia, PAS serta merta berkempen dengan aktif di Merlimau. Pemimpin Pas dari pusat berturut-turut datang ke Merlimau untuk memberi ucapan politik.

Selepas lebih dari sebulan mendengar dan memerhati dengan teliti, peminpin PAS nyata mesra rakyat. Mereka tidak seperti mana yang didakwa oleh presiden MCA Chua Soi Lek dan kroninya yang berniat jahat. Terbuktilah Chua Soi Lek begitu takut PAS berhubung rapat dengan komuniti Cina!

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz, Menteri Besar Perak pilihan rakyat Mohammad Nizar dan Ahli Parlimen Shah Alam Pas Khalid Samad merupakan contoh-contoh khas. Mereka tidak mencium kris bertujuan menakutkan rakyat. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga tidak menghantar rakyat yang tidak bersalah ke penjara tanpa dibicara.

Rakyat Malaysia harus kemas kini pemikiran dan menyesuaikan diri dengan arus perubahan sedunia. Marilah bersama-sama memilih kerajaan yang mesra rakyat dan membungkus kerajaan yang rasuah!

Artikel Berkaitan
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Monday, March 14, 2011

Chua Soi Lek Berjanji Temu Dengan Perjudian

Tiket Loteri

Presiden MCA Malaysia Chua Soi Lek menyerang Pakatan Rakyat tentang pengharaman jualan tiket loteri di Kalantan. Beliau mengancam akan mendakwa kerajaan Kelantan yang mengharamkan jualan tiket loteri.

Chua Soi Lek berfikir bahawa dia ialah superman yang memakai seluar dalam di luar. Beliau mempertahankan hak-hak dan kepentingan Cina dalam perjudian. Rupa-rupanya Chua Soi Lek sungguh berminat dalam perjudian dan bertungkus lumus mempromosikannya.

Malahan murid sekolah rendah pun mengetahui pelbagai mudarat perjudian tetapi Chua Soi Lek menyokong perjudian dengan ghairah. Apa yang terjadi dengan Chua Soi Lek?

Oleh kerana Chua Soi Lek terlalu gemar dalam perjudian, mengapa tidak menamakan partinya sebagai Malaysia Chinese Gambler Association. 

Sekiranya Chua Soi Lek berani untuk membantah dasar tidak adil yang dilaksanakan oleh UMNO, saya akan mengatakan dia betul-betul seorang lelaki. Jika tidak jangan memperbodohkan masyarakat Cina dan menghentikan propaganda politik yang bodoh itu.

Artikel Berkaitan
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah
Mohammad Nizar Menyanyi Bulan Mewakili Hatiku


Saturday, March 12, 2011

Mohammad Nizar Menyanyi Bulan Mewakili Hatiku

Nizar Jamaluddin

Semasa pilihan raya kecil N27 Merlimau, Mohammad Nizar Jamaluddin menyanyi "Bulan Mewakili Hatiku" bersama orang Merlimau.

Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat Perak. Beliau sentiasa menyebut tentang Perdana Menteri Malaysia Najib Razak setiap kali memberi ucapan politik. Kerajaan Pakatan Rakyat tumpas setelah beberapa ekor katak politik melompat keluar dari Pakatan Rakyat. Mohammad Nizar Jamaluddin kehilangan jawatan Menteri Besar selepas BN mengambil alih kuasa pentadbiran Perak. Sejak itu, Mohammad Nizar Jamaluddin sungguh benci Najib Razak.

Sering muncul di ceramah politik Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin bertungkus lumus menjelas perjuangan PAS kepada orang Cina di Merlimau. Beliau berjaya mengeratkan jurang antara PAS dengan masyarakat Cina.

Artikel Berkaitan
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah


Friday, March 11, 2011

Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia

Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tidak harus mencurigai kesetiaan rakyat.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kerajaan akan tidak ragu-ragu mengambil tindakan terhadap pihak yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Afrika Utara. Beliau mengemukakan kenyataan tersebut di sidang akhbar setelah bertemu dengan petani, nelayan dan penternak di Merlimau baru-baru ini.

Semasa pilihan raya kecil N27 Merliamu, menghadiri ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat setiap malam. Tiada seorang pemimpin Pakatan Rakyat pun menghasut rakyat menumpaskan kerajaan secara keganasan. Mereka hanya menasihat rakyat mengubah pemikiran supaya menukar kerajaan yang telah lama memerintah.

Kemungkinan pengintip BN amat lembab dan tidak faham maklumat yang disampaikan oleh penceramah Pakatan Rakyat. Jika tidak, maklumat pemimpin Pakatan Rakyat telah di putar belit oleh golongan yang berniat jahat. Mereka bertujuan mengujudkan fenomenon huru-hara untuk menakut-nakutkan rakyat.

Rakyat Malaysia mencintai aman dan harmoni. Dengan tegasnya, rakyat Malaysia menolak kerajaan yang menipu dan mengugut rakyat.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah


Wednesday, March 9, 2011

Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah

Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad muncul di PRK N27 Merlimau. Beliau merupakan salah seorang penceramah yang berucap di ceramah politik Pakatan Rakyat di Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Khalid Samad dengan ikhlas menasihatkan rakyat Malaysia peka terhadap arus perubahan di seluruh dunia yang terkini.  Beliau mengemukakan Revolusi Jasmine yang berlaku di Afrika Utara sebagai contoh yang penting. Diharap maklumat ini dapat disebarkan ke segala pelusuk Malaysia.

Harus diingatkan bahawa Khalid Samad mendesak rakyat Malaysia mengubah kerajaan menerusi pilihan raya umum. Janganlah putar belit pesanan beliau kepada rakyat.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk


Monday, March 7, 2011

Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk

Nurul Izzah

Bintang politik Malaysia, Nurul Izzah mendesak pengundi Merlimau jangan salah pilih wakil rakyat. Beliau mengatakan demikian semasa berucap di pilihan raya kecil N27 Merlimau baru-baru ini.

Nurul Izzah menyeru rakyat Malaysia menolak kerajaan BN yang menindas rakyat jelata selama melebihi 50 tahun. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah menyebabkan ekonomi negara semakin teruk. Rakyat seharunya menukar kerajaan menerusi pilihan raya umum secara berdemokrasi.

Malaysia ialah sebuah negara untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum bukan untuk segolongan orang dan crony mereka yang berniat jahat. Oleh sebab itu, nasihat Nurul Izzah haruslah kita ingat supaya dapat mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh


Friday, March 4, 2011

Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh

Anwar Ibrahim

Pemimpin umum PKR Anwar Ibrahim berkempen di PRK N27 Merlimau baru-baru ini. Beliau memberi sokongan teguh kepada calon PAS Haji Yuhaizad Abdullah yang mewakil Pakatan Rakyat.

Menghadiri ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat di Jalan Pahlawan, Merlimau pada malam 1 Mac. Anwar Ibrahim, perdana menteri bayangan kerajaan alternatif Malayisa merupakan salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap di ceramah tersebut. Ucapan beliau sungguh hebat. Setiap hujah seperti sembilu menikam BN hingga mati. Sekiranya PRK Merlimau tiada penyertaan Anwar Ibrahim, tentulah tidak begitu menarik.

Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar perdana menteri Malaysia merangkap president BN Najib untuk berbahas tentang negara muflis. Disamping itu, beliau juga mendedahkan korupsi, kenaikan harga barangan, aliran keluar khazanah negera secara haram dan perkembangan perbicaraan liwat.

Hadirin pada malam itu terdiri daripada berbilang kaum Malaysia. Keadaan ini terbukti Anwar Ibrahim masih berpengaruh di kalangan rakyat jelata Malaysia.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Thursday, March 3, 2011

Calon PAS PRK N27 Merlimau Yuhaizad

Yuhaizad 

Pilihan raya kecil Merlimau merupakan pertarungan di antara PAS dari Pakatan Rakyat dan UMNO dari Barisan National.

PAS diwakili Haji Yuhaizad Abdullah untuk menemubusi kubu UMNO di Melaka. Haji Yuhaizad Abdullah telah berjaya dipilih sebagai calon daripada beberapa pemimpin PAS cawangan Jasin.

Haji Yuhaizad Abdullah seorang ahli politik yang berbakti, berasal dari Kampung Chinchin, Jasin. Beliau berumur 38 tahun dan berkahwin dengan Shakila Mohamad yang berkhidmat sebagai seorang pendidik. Peranan beliau dalam parti juga amat penting.

Berikut ialah jawatan yang disandang oleh Haji Yuhaizad Abdullah:

1. Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin
2. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka
3. AJK Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Peringkat Pusat
4. AJK Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Peringkat Pusat
5. AJK Lajnah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Peringkat Pusat


Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Aziz
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua


Wednesday, March 2, 2011

Ulama Islam Terhormat Nik Aziz Nik Mat

Nik Aziz

Setelah menghadiri Malam Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Merlimau, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat muncul sekali lagi untuk memberi ucapan. Beliau memberi sokongan kuat kepada calon Pakatan Rakyat supaya dapat meningkatkan peluang kemenangan di pilihan raya kecil N27 Merlimau.

PKR Merlimau

Orangramai berkerumun di Markas PAS Merlimau di Jalan Batu Gajah pada malam Sabtu (12/02/2011).

Sebaimana terpapar di dalam gambar, ruang di depan pentas penuh dengan beribu-ribu peminat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Mereka riang gembira kerana terhibur dengan ucapan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sungguh menarik. Ini terbukti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin Islam yang disanjungi tinggi.

Artikel Berkaitan
Penamaan Calon PRK N27 Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau


Tuesday, March 1, 2011

Rumah Untuk Di Sewa Semasa PRK N27 Merlimau

Rumah Terrace

Selepas penamaan calon PRK N27 Merlimau dilaksana pada 26 Februari, suasana pilihan raya di antara BN dan PR semakin tegang. Sekiranya anda tidak ingin melepasi peluang menyaksikan keadaan PRK Merlimau yang sungguh menarik, dijemput datang ke Merlimau beramai-ramai.

Terdapat rumah terrace setingkat untuk disewa semasa PRK N27 Merlimau. Sila hubungi koh2170@hotmail.com jika berminat.

Artikel Berkaitan
Malam Tahun Baru Cina PR Merlimau
Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua
Ambil Angin Di Taman Debunga Merlimau