Monday, June 20, 2011

Bulan Merah Di Langit Malam Cheonggyecheon Seoul

Bulan Merah

Saya dan isteri menerbang bersama dengan Air Asia ke Seoul Korea Selatan pada bulan Februari. Foto pemandangan malam dengan bulan merah besar diambil di Cheonggyecheon, satu tarikan pelancong di Seoul.

Secara kebetulan bulan merah bulat muncul di langit ketika kami bersiar-siar di Cheonggyecheon. Tanpa sebarang teragak-agak, saya berkali-kali menekan pengatup kamera. Foto-foto yang diambil itu kurang memuaskan kerana teknik fotografi saya tidak begitu baik.

Ini merupakan kali kedua saya lihat bulan berwarna merah. Kali pertama di Selat Melaka semasa saya dalam perjalanan ke Singapura dengan bot.

Artikel Berkaitan
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
Mesin Pintal Purba Kampung Hanok


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.