Showing posts with label Pelancongan Korea Selatan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan Korea Selatan. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Won Korea Selatan

Selepas berkhidmat sebagai guru berpuluh tahun, saya masih miskin seperti tikus gereja.

Saya dan isteri hidup dalam keadaan miskin. Kami tinggal di sebuah rumah deret kecil di pinggir bandar. Saya tidak pernah ditawar apa-apa projek mega dan tidak mampu membela lembu di kondominium mewah.

Sebagai seorang pesara miskin, saya sentiasa memimpi menjadi jutawan. Saya terbang ke Korea Selatan sekali lagi bersama Air Asia pada bulan April yang lalu. Kunjungan kali ini ke Seoul kerana bertemu janji dengan bunga Sakura. Selain itu, saya juga pergi ke Suwon untuk melawat anak saya.

Sebelum berlepas ke Seoul, saya menukar 2 juta Won dan membelanjakan wang itu dengan gembira. Bekerja keras selama beberapa dekad, selalu kekurangan duit pembelanjaan. Nasib baik saya berpeluang menjadi jutawan semasa melancong di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun

Monday, May 7, 2012

Memulih Kegemilangan Gerbang Pintu Sungnyemun

Sungnyemun
Selepas kebakaran teruk, projek baik pulih Gerbang Pintu Sungnyemun dilaksanakan dengan gigih. Garis panduan disediakan supaya pembinaan semula dijalankan dengan lancar.

Sungnyemun
Pakar dan juruteknik berpengalaman terlibat dalam kerja pemulihan. Informasi sejarah dan gambar tersedia untuk rujukan.

Projek pemulihan dibahagikan kepada tiga peringkat. Kerja peringkat pertama tamat pada Julai 2008. Peringkat kedua pula dari 2008 ke 2009. Peringkat terakhir akan siap pada tahun ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun

Wednesday, June 15, 2011

Pameran Kraftangan Kertas Kampung Hanok Namsangol


Pameran Kraftangan Kertas

Secara kebetulan pameran kraftangan kertas sedang dianjur semasa saya berkunjung ke Kampong Hanok Namsangol Seoul.

Pameran tersebut diadakan di dewan pameran dalam Kampung Hanok Namsangol. Tempoh pameran selama 27 hari. Iaitu dari 2 Februari hingga 28 Februari.


Kraftangan Kertas

Pelbagai kraftangan kertas dipaparkan dalam pameran.

Seorang petani Korea Selatan yang membawa alatan pertanian merupakan salah satu kraftangan yang dipamerkan. Hasil kerja ini sungguh mengagumkan kerana amat tampak hidup.

Artikel Berkaitan
Zuiyanhong Google Profile
The Author Of This Article
Permainan Tuho Kg Hanok
Cheonugak Kampung Hanok
Perigi Hajat Kampung Hanok