skip to main |
skip to sidebar
Kuil Sri Marathandavar yang terkenal terletak berhampiran Maran, Pahang. Kuil tersebut adalah popular seperti super idola sedunia. Pengikut-pengikut yang taat setia kuil itu boleh ditemui di seluruh Malaysia dan Singapura. Ratusan ribu peziarah menyertai perayaan Panguni Uthiram (Mac/April) setiap tahun. Lebih dari seratus tahun yang lalu, satu kejadian misteri telah berlaku semasa satu pembinaan jalan sedang dijalankan. Sebatang pokok yang menjulang tinggi bermula berdarah ketika ditebang. Tiba-tiba, seorang pekerja pembinan jalan bergumam bahawa pokok itu harus dikekalkan dan pembinaan jalan mesti dialih dari tempat itu. Saya bercuti di Kuantan pada 2006. Selepas makan tengah hari di Sungai Jerik, saya menuju ke Kuantan melalui Maran.
Saya telah menulis sebuah rencana tentang Pokok Melaka baru baru ini. Seorang pembaca bertanya sama ada apa yang saya menulis itu benar.Saya pergi ke Dataran Belanda untuk mendapatkan lebih maklumat pokok Melaka.Terdapat sebatang pokok Melaka di depan bangunan Stadhuys Belanda. Saya ternampak sekeping papan petunjuk kecil di batang pokok. Tanpa sebarang kelewatan, saya mengambil beberapa gambar untuk tujuan pengenalpastian.Buah pokok Melaka berwarna hijua muda dan akan menjadi kekuningan bila matang. Buah ini juga dikenali sebagai Berry Amla atau Gooseberry India. Pokok Melaka banyak terdapat di India, Sri Langka, Taiwan dan Cina Selatan.Angin dan hujian tanpa belas kasihan telah menjatuhkan buah ini ke tanah. Buah ini tiada pilihan selain berbaring di tanah dengan sepi. Keadaan ini mengingatkan saya kejadian sedih penghijarahan cendekiawan Malaysia.Buah pokok Melaka boleh dijeruk dengan gula, garam dan rempah ratus. Buah mentah masam dan kelat rasanya. Buah ini sedap dimakan apabila kelihatan lut cahaya.
Dataran Belanda terletak di kawasan bersejarah Melaka. Pelancong-pelancong dari seluruh pelosok dunia berkerumun di Dataran Belanda pada percutian dan hujung minggu.Sejak Melaka berjaya disenarai sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO, Dataran Belanda telah menjadi tarikan pelancong yang terkenal di antara bangsa. Banyak sekali peminat melawat Dataran Belanda setiap tahun.
Saya menulis sebuah rencana tentang ramalan pemenang Piala Dunia 2010 pada Disember 2009. Berdasarkan 8 kumpulan bagi 32 pasukan yang berjaya ke pusingan akhir telah ditetapkan, pasukan yang berpeluang menjuarai Piala Dunia 2010 ialah Sepanyol, England, Brazil, Itali dan Argentina.
Juara bertahan Itali tidak mampu mengekalkan gelarannya. Bahkan Itali telah tersingkir di perlawanan kumpulan. Sebagai johan empat kali, Itali tidak diduga menyerah diri pada peringkan awal. Walaupun England menentang Jerman dengan penuh semangat tetapi berakhir dengan kehampaan. Di muka jurulatih England Capello jelas terbayang kekecewaan.
Samba Amerika Selatan lenyap, pasukan Brazil terpaksa pulang awal. Mereka dihantar balik oleh orang Belanda. Argentina yang di bawah pimpinan Maradona tidak dapat mengulangi sejarah 1978, iaitu menjaringkan gol dengan tangan.
Nasib baik, juara Piala Eropah 2008 Sepanyo berjaya menewaskan Belanda dan menjadi juara Piala Dunia kelapan
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 2
Pekan Sungai Jerik terletak di Maran, Pahang. Pekan ini dikelilingi hutan dara dan ladang kelapa sawit.Enam penyelamat telah meninggal dunia selepas menyelamatkan seorang mangsa lemas. Punca kematian mereka ialah penyakit aneh. Peristiwa ini berlaku di air terjun yang tidak jauh dari pekan Sungai Jerik.Sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan, membelok ke kiri dan menuju ke Felda Jengka 2 sebelum tiba di Maran. memusing ke kanan apabila anda berada di simpang T. Jarak Pekan Sungai Jerik dalam 5 minit memandu dari situ.Pada awal 80-an, saya diposkan ke SJKC Jerik sesudah tamat latihan di Maktab Perguruan. Saya berkhidmat di sekolah tersebut selama dua tahun.Gambar ini merupakan pekan lama Sungai Jerik. Penduduk tempatan menamakan pekan lama Sungai Jerik sebagai Tong Keat. Hanya terdapat dua baris rumah papan di sepanjang jalan. Tiada bekalan air paip dan elektrik pada 80-an di pekan lama Sungai Jerik.
Saya berkunjung ke Kuantan pada 2006. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya singgah di Pekan Sungai Jerik. Saya terkejut ketika ternampak pekan baru Sungai Jerik. Pekan baru Sungai Jerik dibina 1 km dari pekan lama Sungai Jerik. Perbezaan di antara pekan baru dan pekan lama sungguh besar.Pautan Berkaitan
Pasar Tani Temerloh
Legenda Pokok Melaka
Bukut Bendera Resort Mentakap
Pokok Melaka berhubung rapat dengan Kota Bersejarah Melaka. Tidak dinafikan bahawa pokok Melaka merupakan unsur penting dalam sejarah Melaka.Terdapat pelbagai versi tentang penamaan Melaka. Versi yang diketahui secara meluas oleh rakyat Malaysia berkaitan dengan pokok Melaka.Suatu hari pada abad ke-15, Parameswara memburu bersama pengikutnya. Tiba-tiba, seekor Kancil Kung Fu menendang beberapa ekor anjing memburu yang lemah ke dalam sebatang sungai. Peristiwa ini sungguh menakjubkan. Parameswara memutuskan untuk menetap di sana.
Kincir angin Belanda terletak di Dataran Belanda Melaka dan menghadapi Menara Jam Tan Beng Swee.Sebenarnya, ia sebuah kincir angin mini. Parti DAP Melaka membantah pembinaan kincir angin ini kerana bentuknya kelihatan seperti kelamin lelaki.
Pusat Informasi Pelancong Melaka terletak di Jalan Kota, Melaka. Dataran Belanda berhampiran dengan Pusat Informasi Pelancong Malacca. Bangunan Pusat Informasi Pelancong Malacca dibina seperti sebuah masjid.Pusat Informasi Pelancong
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel: +606 281 4803Pusat Informasi Pelancong Melaka dibuka 7 hari seminggu. Masa pejabat adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Risalah dan peta disediakan untuk pelancong.
Menara Jam Tan Beng Swee terletak di Dataran Belanda di Melaka. Pada tahun 1886, Dermawan Tan Jiak Kim yang berasal dari Singapura membina menara jam tersebut sebagai kenangan kepada ayahnya yang bernama Tan Beng Swee.Pada masa dahulu, jam merupakan barang mewah. Menara Jam Tan Beng Swee telah memainkan peranan penting pada abad ke-19 dengan memberitahu masa yang tepat kepada orang ramai.Jam-jam Inggeris asal telah digantikan oleh jam-jam buatan Jepun pada tahun 1982. Pertukaran itu telah menimbulkan bantahan warga emas Melaka yang pernah menderita kesengsaraan semasa pemerintahan Jepun.