Showing posts with label Pengangkutan. Show all posts
Showing posts with label Pengangkutan. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Ganti Beg Udara Kereta


Yuchuilang

Pada 30 September, saya pergi ke Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka untuk menggantikan beg udara. Terletak di Krubong, Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka tidak jauh dari rumah saya, lebih kurang 30 minit memandu.

Huang Ming Jian

Sementara menunggu penukaran beg udara, saya ingin akses internet tetapi kelajuan internet pusat perkhidmatan tersebut sungguh lembab. Terpaksa membaca buku yang saya membawa bersama ke pusat perkhidmatan itu.

Pas Keselamatan

Setelah menunggu selama 2 jam 30 minit, juruteknik Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka akhirnya siap menggantikan beg udara kereta saya.

Artikel Berkaitan
Mms Tahun Baru Toyota
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, January 25, 2014

Kad Ucapan Tahun Baru Lunar Toyota

Kad Ucapan Tahun Baru Lunar Toyota

Menjelang Tahun Baru Lunar, Syarikat Toyota mengirimkan kad ucapan Tahun Baru Lunar kepada saya.

Toyota

Saya menjadi pemandu peribadi keluarga selama berpuluh-puluh tahun. Dalam jangka masa ini, saya telah membeli empat buah kereta.

Malacca Toyota

Toyota DX KE70 terpakai merupakan kereta pertama saya membeli. Kereta kedua dan ketiga ialah Proton Iswara dan Proton Saga. Sekerang saya memandu Toyota Vios yang dikilangkan pada tahun 2005.

Sampul Ang Bao Toyota

Selain kad ucapan Tahun Baru Luna, Syarikat Toyota juga menghadiahi saya sampul ang bao.

Artikel Berkaitan
Tahun Baru Naga Emas
Tahun Baru Arnab Comel
Tetamu Khas Tahun Baru
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, January 1, 2012

Salam Tahun Baru Daripada UMW Toyota Motor


UMW Toyota Motor

Baru-baru ini, saya terima satu mms daripada UMW Toyota Motor. Mms tersebut terdiri daripada sebuah gambar dan nota ucapan pendik.

Gambar itu seperti yang dipaparkan diatas. Kandungan nota adalah "Tahun yang baru, perjalanan yang baru. UMW Toyota Motor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada anda"

UMW Toyota Motor menghantar mms kepada saya kerana saya pelangan syarikat itu. Saya membeli sebuah Toyota Vios 1.5G berwarna emas pada tahun 2005. Selepas beberapa hari pembelian, saya terbang ke Korea Selatan untuk melawat anak saya yang melanjutkan pelajaran di Seoul. Oleh yang demikian, saya dapat ingat tarikh membeli Toyota Vios itu.

Amat terharu atas kesudian UMW Toyota Motor. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan dan pengunjung blog ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Malaysia Memerlukan Perubahan