Wednesday, August 24, 2011

Lawatan Ke Taman Hangang Yeouido Seoul

Taman Hangang

Selepas pelayaran Hangang, mengambil angin dalam Taman Hangang di Yeouido untuk berasai bayu sungai yang segar dan mengalami gaya hidup orang Korea Selatan.

Terletak di Yeouido Yeongdeungpogu, Hangang Park merupakan tempat istirehat yang digemari oleh pelancong dan penduduk setempat.

Pelbagai acara pesta tersedia di Taman Hangang sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk Perayaan Kebudayaan Seoul, Pesta Bunga Sakura Yeouido dan Pesta Bunga Api Antarabangasa Seoul.

Dalam Taman Hangang juga terdapat kemudahan sukan dan riadah seperti jeti, taxi air, kolam renang, gelangang basikal, ruang memancing, padang bola sepak dan gelangang meluncur.

Anda boleh menaiki subway laluan 5 ke Taman Hangang. Menurun di Stesen Yeouinaru dan berjalan kaki beberpa minit akan tiba Taman Hangang.

Artikel Berkaitan
Proses Membuat Kimchi
Profil Google Yuchuilang
Muzium Kimchi Pulmuone Seoul
Pemandangan Menawan Hangang


2 comments:

  1. saya teringin nak ke korea.tp masih takut2 lagi.agaknya berapa kene spend utk ke sana...bila lg awk nak ke korea


    diarihidupeka@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Eka:
    Melancong di Korea Selatan memang selamat kerana ketenteraman awam tidak menjadi masalah. Perkhidmatan pengangkuatan Korea Selatan sungguh kemas dan teratur. Bahasa dan makanan halal mungkin menjadi halangan.

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.