Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Gambar Teluk Intan Perak


Teluk Intan

Ketika bercuti di Teluk Intan, kami mengambil foto di sekitar Teluk Intan.

Teluk Intan

Seorang pelancong sedang mengambil gambar di jalan yang sibuk di Teluk Intan.

Teluk Intan

Deret kedai yang terdapat di Teluk Intan. Bangunan lama ini merupakan warisan sejarah Teluk Intan.

Teluk Intan

Bangunan lama yang didapati di Teluk Intan patut dikekalkan supaya warisan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia terpelihara.

Klinik kesihatan Teluk Intan

Klinik Kesihatan Teluk Intan yang siap bina pada tahun 2010. Tidak pasti sama ada perkhidmatan yang tersedia setaraf dengan bangunan yang canggih itu.

Memancing Ikan

Kami bertemu dua orang pemuda semasa mengambil angin di persisiran Sungai Perak. Pemuda yang mesra itu sedang berseronok memancing ikan di sebuah jeti.

Basikal Tua

Sebuah basikal tua terletak di lorong belakang bangunan kedai. Keadaan ini menunjukkan Teluk Intan sebuah bandar aman tenteram dan keselamatan awam terjamin.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Hotel Anson Teluk Intan
Profil Google Zuiyanhong
Menara Condong Teluk Intan

Saturday, March 22, 2014

Hotel Anson Teluk Intan Perak

Hotel Anson

Kami beralih ke Teluk Intan Perak, selepas santapan tengah hari di Sabak Bernam Selangor.

Anson Hotel

Kami menginap di Hotel Anson semasa mengambil angin di Teluk Intan selama semalam dua hari.

Hotel Anson

Bilik tamu Hotel Anson bersih dan selesa. Walaupun bilik tamu tidak luas tetapi sesuai bagi dua orang singgah semalam.

Hotel Anson

Gambar ini merupakan lobi Hotel Anson yang sungguh nyaman. Meja dan kerusi tersedia di lobi Hotel Anson untuk tetamu berehat.

Hotel Anson

Hotel Anson terletak di Jalan Sekolah (Jalan Ah Cheong) Teluk Intan Perak. Perkhidmatan 24 jam tersedia oleh Hotel Anson. Tempat letak kereta percuma juga di sediakan kepada tetamu.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Ringkasan Bercuti Di Sekinchan

Thursday, April 30, 2009

 Hotel Regalodge Ipoh

Hotel Regalodge Ipoh
Selepas meninggalkan Penang, kami bertolak ke Ipoh untuk melawat seorang kawan isteri saya. Kami menginap di Hotel Regalodge Ipoh untuk semalam.

Hotel Regalodge terletak di pusat bandar Ipoh. Menginap di Hotel Regalodge merupakan pilihan munasabah sama ada anda bercuti atau bertugas di Ipoh. Terdapat pelbagai makan lazat Ipoh di sekitar Hotel Regalodge. Anda boleh membeli belah dengan puasnya kerana Ipoh Parade, Memory Lane Bazaar, Greentown shops and Jusco Kinta City tidak jauh dari Hotel Regalodge. Pusat perdagangan dan kewangan utama Ipoh dalam jarak berjalan kaki dari Hotel Regalodge.

Hotel Regalodge IpohTV LCD
Hotel Regalodge Ipoh Katil Selesa
Hotel Regalodge Ipoh Bilik Air Bersih
Hotel Regalodge IpohCerek Elektrik

Hotel Regalodge ialah sebuah hotel 3 bintang yang ada 86 buah bilik tetamu. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik tetamu termasuk television LCD, penyaman udara, katil selesa, bilik air bersih, cerek elektrik, perkhidmatan internet wifi dan pengering rambut.

Hotel Regalodge mempunyai kemudahan rekreasi seperti spa, gim, jacuzzi dan pusat urut kaki supaya tetamu dapat menenangkan jasmani dan rohani ketika menginap di Hotel Regalodge.

Hotel Regalodge Ipoh
Cafe Angsana menyediakan masakan lazat Malaysia. Kami terpaksa berjamu malam di Cafe Angsana karana hujan lebat pada malam itu. Kami kecewa dengan makanan yang disediakan oleh Cafe Angsana.

Kami akan 100% berpuas hati menginap di Hotel Regalodge jika makanan yang dihidangkan oleh Cafe Angsana itu sungguh enak.