Thursday, December 26, 2013

Restoran Nam Kee Amsterdam

Restoran Nam Kee

Keluar dari Kilang Keju dan Kasut Kayu Simonehoeve, kami menuju ke Restoran Nam Kee untuk makan malam di Amsterdam.

Belanda

Masa makan malam ialah pukul 5 petang masa Amsterdam. Masa di Malaysia pula ialah pukul 12 tengah malam. Selepas menikmati santapan enak, kami bersiar-siar sambil mengambil gambar di luar restoran.

Belanda

Kawasan itu bersih, tenang dan selamat. Kami berasa selesa mengambil angin di sekitar dataran itu. Penduduk Amsterdam sedang bersantai di luar kedai makanan dan minuman. Mereka lebih suka duduk di luar bangunan.

Belanda

Tiba-tiba nampak sekumpulan pengayuh basikal. Seorang wanita tergesa-gesa melintas jalan raya.

Penunggang basikal Amsterdam tidak akan memberi laluan kepada pejalan kaki. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati ketika berjalan di Amsterdam. Jika tidak anda munkin dilanggar dan mengalami kecederaan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Sunday, December 22, 2013

Dataran Infomasi Kuala Lipis

Kuala Lipis

Dataran informasi terletak di pekan lama Kuala Lipis. Pelbagai informasi pelancongan boleh diperoleh di dataran tersebut.

Kuala Lipis

Gambar ini menunjukkan lokasi tapak bersejarah yang di dapati di Kuala Lipis.

Kuala Lipis pernah menjadi pusat pengeluaran emas dan bijih timah pada masa dahulu. Terdapat banyak bangunan bersejarah ditinggalkan oleh orang British yang berlombong di Kuala Lipis.


Kuala Lipis

Pejabat pos berwarna putih ini terletak di tepi dataran infomasi. Dibina pada tahun 1910, sejarah pejabat pos ini telah melebihi 100 tahun.

Demi memudahkan penghantaran surat, sebuah stesen kerata api dibina di sebelah pejabat pos. Stesen kerata api itu masih beroperasi hingga sekarang.


Kuala Lipis

Kota Kinabalu Sabah ada batu tanda sifar. Kuala Lipis juga ada batu tanda sifar. Berdasarkan catatan sejarah, batu tanda sifar ini diasaskan pada tahun 1890. Pengiraan jarak antara Kuala Lipis dan Kuala Lumpur bermula dari batu tanda sifar ini.

Akan beransur-ansur menulis post tentang SMK Clifford, Kelab Pahang, Masjid Negeri, Tokong Tianhou, stesen kerata api, kediaman Clifford, infomasi penginapan dan pekan lama Kuala Lipis.

Post Berkaitan
Pekan Sungai Jerik
Bukit Koman Raub
Sungai Lembing Pahang
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, December 18, 2013

Kampung Cina Kuala Terengganu

Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terletak di luar Hotel Sri Malaysia. Melangkah keluar dari Hotel Sri Malayisa, anda akan nampak gerbang Kampung Cina Kuala Terengganu.

Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terlalu meriah pada siang hari. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Walaupun sebagai tempat penarik pelancong, Kampung Cina Kuala Terengganu tidak ada lalun pejalan kaki.

Kampung Cina

Terdapat bangunan baru muncul di keliling Kampung Cina Kuala Terengganu. Ini membayangkan kerajaan tidak mengambil berat dalam pemeliharaan tapak sejarah yang dapat meningkatkan industri pelancongan dan menambahkan pendapat penduduk setempat.

Gerai Nasi Hainan

Gerai yang menjual nasi Hainan didapati di Kampung Cina Kuala Terengganu berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Sepinggan nasi Hainan ini berharga RM 4. Harga nasi Hainan ini berpatutan dan rasanya enak. Lokasi gerai nasi Haiana juga sesuai dan persekitarannya tidak bising.

Nasi Hainan

Nasi Hainan tidak berbeza dengan nasi campur yang dapat di beli di merata tempat di Malaysia. Sebenarnya nasi Hainan merupakan campuran nasi ayam dengan nasi campur.

Bahan nasi Hainan termasuk nasi, ayam, sawi, telur goreng dan kubis atau kubis Cina. Sungguhpun orang Hainan terkenal dengan nasi ayam terutamanya nasi ayam bebola tetapi nasi Hainan Kuala Terengganu pun tidak kurang lazatnya.


Tokong Heann

Seni bina Tokong Heann benar-benar mengagumkan. Tokong Heann merupakan salah sebuah tokong yang terkuno di Terengganu. Dibina pada Dinasti Qing, Tokong Heann berperanan menjadi tempat orang Cina berhimpun dan bersembahyang.

Kami pernah melawat Kuala Terengganu pada tahun 80an. Keadaan Kampung Cina Kuala Terengganu tidak banyak berubah. Hanya tebing sepanjang sungai di sisi Kampung Cina Kuala Terengganu telah ditimbus dengan pasir. Projek ini memusnahkan keindahan muara Sungai Terengganu.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, December 14, 2013

Pasar Malam Shilin Taipei

Pasar Malam Shilin

Pasar Malam Shilin merupakan tempat pelancongan pertama yang kami melawat ketika mengembara di Taiwan.

Pasar Malam Shilin

Gambar ini menujukkan kemeriahan Pasar Malam Shilin. Jalan yang sempit itu penuh sesak dengan orang ramai. Pasar Malam Shilin ada aneka kedai menjual banyak jenis barangan.

Pasar Malam Shilin

Terletak di bahagian utara Taipei, pelbagai makanan Taiwan boleh didapati di Pasar Malam Shilin. Stik ayam dan stik lembu amat popular di Pasar Malam Shilin. Ruang depan kedua-dua kedai stik dibanjiri pelangan yang beratur untuk membeli stik.

Pasar Malam Shilin

Terdapat banyak makanan enak di Pasar Malam Shilin termasuk hidangan lazat Singapura. Tauhu busuk Taiwan sungguh terkenal di Pasar Malam Shilin. Tauhu busuk pedas kedai ini mencabar citarasa anda. Disamping itu sotong goreng dan bebola nasi goreng juga tersedia untuk pengunjung.

Pasar Malam Shilin

Selain sajian yang telah diperkanalkan, sate, stimbot, mi tiram, tiram goreng, makanan laut, mi dingin pedas, lempeng bawang, barbeku Mongolia, air peria, air belimbing dan air betik susu juga disediakan kepada pelawat Pasar Malam Shilin.

Selepas bersantap, anda boleh melangkah ke kedai kasut, kedai pakaian, kedai buah-buahan, kedai cenderamatan atau kedai produk khas Taiwan.

Artikel Berkaitan
Kuih Nanas Taiwan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, December 10, 2013

Menikmati Kimbap Jeju

Jeju

Keluar dari Hotel Vegas, kami menuju ke bandar Jeju untuk mengisi perut. Kami berhenti di depan gerai makan ini setelah berjalan beberapa langkah dari hotel.

Jeju

Satu papan tanda makanan yang menarik perhatian terletak di depan gerai tersebut. Terdapat dwibahasa di papan tanda makanan iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Korea.

Kimbap

Kami memesan satu kimbap yang berwarna-warni. Kimbap yang cantik ini sungguh enak dan harganya juga berpatutan. Ramuan kimbap termasuk nasi, rumpai laut, telur goreng, timun Jepun, lobak merah, filamen ketam dan lobak putih jeruk.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju

Saturday, December 7, 2013

Macau Rua Do Tarrafeiro

Rua Do Tarafeiro

Kami berjalan sepanjang Rua Do Tarrafeiro ke Gerbang St Paul ketika bercuti di Macau.

Shell

Sebelum belok ke Rua Do Tarafeiro, kami melalui tempat meletak kereta yang terletak di sebelah Hotel Sofiel Ponte 16.

Rua Do Tarafeiro

Rua Do Tarrafeiro terlalu sempit. Kenderaan melalu-lalang dengan laju. Nasib baik terdapat laluan pejalan kaki di dua belah jalan.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Buah-buahan Kao Lei berada di sudut jalan. Walaupun ruang kedai tersebut tidak luas tetapi penuh dengan pelbagai buah-buahan segar.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Cake dan Roti Mcdona bertentangan dengan Kedai Buah-buahan Kao Lei. Nama kedai itu merupakan cantuman nama artis Madonna dan restoran makanan segera McDonald.

Rua Do Tarafeiro

Mula hujan renyai-renyai semasa kami tiba di depan Taman Luis De Camoes. Pejalan kaki berpayung dan melintas jalan raya tergesa-gesa. Seorang wanita mendukung budak sambil memegang payung yang tercetak "City of Dream".

Rua Do Tarafeiro

Di hujung Rua Do Tarrafeiro ada simpang tiga. Di tengah simpang tiga itu didapati sebuah air pancut. Pusing ke kiri dari air pancut akan menuju ke Rua De Coelho Do Amaral dan beralih ke kanan akan tiba ke Gerbang St Paul dalam jangka masa 5 minit.

Ia cuma mengambil 15 hingga 20 minit dengan berjalan lambat dari Hotel Sofiel Ponte 16 ke Gerbang St Paul. Sudah lama jarang bersenam. Tidak menyangka terpaksa berjalan kaki ke sana sini sewaktu melancong. Mujurlah sendi dan tulang kaki kami masih kuat.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Monday, December 2, 2013

Ringkasan Bercuti Di Sekinchan

Sekinchan

Akhir-akhir ini pelancong berturut-turut ke Sekinchan yang digelar sebagai tanah ikan dan beras.

Hotel Purple Town

Terdapat dua buah hotel di bandar baru Sekinchan. Hotel di atas ialah Hotel Purple Town. Hotel kedua yang terletak di bandar baru Sekinchan ialah Hotel Harbour View.

Sekinchan

Setelah menikmati makanan laut, anda boleh beralih ke Pantai Redang untuk mengambil angin. Berjalan di atas pasir yang lembut sambil mendengar bunyi ombak menepuk pantai. Mengetepikan urusan harian yang jengkel ketika bersantai di Pantai Redang.

Sekinchan

Sekinchan sesuai untuk sekeluarga beristirahat kerana alam sekitar kampung berbeza dengan bandar.

Ibu bapa dapat terlepas dari tekanan kerja dan kanak-kanak boleh mengalami kehidupan berlainan. Mereka berpeluang terlibat dalam aktiviti kampung yang tidak sama dengan kehidupan mereka di bandar.


Sekinchan

Selain kampung nelayan, sawah padi Sekinchan juga mempesona. Kini, penanaman padi di Sekincan sudah penjenteraan.

Petani Sekinchan menghasilkan padi dua kali setahun. Sekiranya anda ingin menyaksikan keindah sawah padi yang keemasan, anda perlu memastikan tarikh yang tepat sebelum bertolak ke Sekinchan.


Sekinchan

Kilang Penggilingan Padi Sekinchan dibuka untuk orang ramai melawat. Kunjungan ke kilang penggilingan padi pasti membolehkan anda meningkat pengetahuan tentang memproses beras.

Dari proses menggiling hingga membungkus, semua akan terpapar di depan mata anda. Sebelum meninggalkan kilang tersebut, ingat membeli grade A beras mutiara Sekinchan.


Sekinchan

Sebuah gerai menjual hasil pertaniaan didapati di luar Kilang Penggilingan Padi Sekinchan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual termasuk nanas, keladi, kelada, jagung, mangga, jambu air dan tembikai susu. Di samping itu, udang kering dan mi beras mutiara juga dijual di gerai pertanian itu.

Anda boleh melangkah ke pasar Sekinchan. Mungkin anda dapat beli barang yang tidak dijangka.


Ng Suee Lin

Keadaan perkampungan yang unik menyebabkan industri pelancongan Sekinchan meningkat maju dengan pesat.

Berhubung dengan kemajuan industri pelancongan Sekinchan, sumbangan Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lin tidak boleh diabaikan. Oleh kerana tekun berkhidmat dan sedaya upaya melaksanakan pelbagai projek pelancongan, beliau amat dihormati oleh penduduk setempat Sekinchan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Rumah Burung Layang-layang
Sekolah Yoke Kuan Sekinchan

Thursday, November 28, 2013

Keju Dan Kasut Kayu Belanda

Simonehoeve

Meninggalkan Kampung Nelayan Volendam, kami menaiki bas persiaran yang dipandu oleh Peter dan menuju ke Kilang Keju dan Kasut Kayu Simonehoeve.

Simonehoeve

Oleh kerana Kilang tersebut terletak tidak jauh dari Kampung Nelayan Volendam, kami beralih ke kilang itu setelah menikmati kopi harum di Kampung Nelayan Volendam.

Simonehoeve

Setiba di kilang, kami dibawa ke bengkel membuat kasut kayu. Pembuat kasut kayu menunjukkan cara membuat kasut kayu. Kemahiran beliau membuat kasut kayu sungguh mengagumkan.

Kasut Kayu

Aneka corak kasut kayu yang berwarna-warni tergantung di dindin. Kasut kayu yang menarik itu adalah untuk dijual kepada pengunjung. Anda boleh memakai kasut kayu itu atau menyimpannya sebagai cenderamata.

Keju

Selepas melihat cara membuat kasut kayu, kami melangkah ke bilik pameran keju. Selain daripada kasut kayu yang cantik, kilang Simonehoeve juga memproses keju Belanda yang terkenal. Pelbagai saiz and warna keju dipamerkan untuk dijual.

Keju

Hirisan keju dalam pinggan adalah untuk dicuba oleh pelawat. Terdapat banyak perisa keju yang berbeza. Anda boleh membeli keju yang anda suka.

Tidak sangka mengambil angin di Eropah dapat menyaksi proses membuat kasut kayu. Terbukti melancong dapat memperluaskan visi seseorang. Jika tidak ingin menjadi katak di bawah tempurung, anda harus mengembara ke sana-sini.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Monday, November 25, 2013

Bukit Koman Raub Pahang

Bukit Koman

Bukit Koman terletak tidak jauh dari bandar Raub. Jarak antara dua lokasi sekitar 2 hingga 3 km. Dalam jangka masa 10 minit boleh tiba jika memandu dengan lambat dari bandar Raub.

Bukit Koman

Kebanyak penduduk Bukit Koman terdiri daipada kaum Cina.

Perkampungan ini dibina kerana penemuan lombong emas pada suatu ketika dulu. Oleh kerana harga emas melambung tinggi, industri perlombongan emas yang lama diberhentikan memproses semula.


Australian Gold Mining

Kami singgah di Bukit Koman disebabkan isu penggunaan cyanide di lombong emas.

Pintu masuk Raub Australian Gold Mining dikawal ketat degan dikelilingi pagar berduri. Menurut penduduk setempat, mengambil gambar dilarangkan di kawasan syarikat perlombongan emas itu.


Stop Cyanide Mining

Dengan keadaan politik Malaysia telah ditentukan, kempen membantah penggunaan cyanide seolah-olah semakin lenyap.

Orang Bukit Koman seperti diabaikan oleh kerajaan BN dan dipaksa hidup dalam alam sekitar yang tercemar. Err....kerajaan BN yang mendahului rakyat begitu melayan penduduk Bukit Koman.


SJKC Yuh Hwa

Terdapat sebuah sekolah Cina di Bukit Koman. Kesianya murid-murid sekolah tersebut terpaksa bernafas udara yang indeks pencemaran tinggi.

Bukit Koman wujud kerana penemuan lombong emas. Kini, Bukit Koman menghadapi masalah juga kerana lombong emas. Memang sungguh peliknya nasib Bukit Koman.

Diharap masalah Bukit Koman dapat diatasi dan penduduknya hidup dengan bahagia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang

Friday, November 22, 2013

Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu

Hotel Sri Malaysia

Baru-baru ini kami ke Pantai Timur Semenanjung sebanyak dua kali. Dalam perjalanan kembali ke Melaka, kami menginap di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.

Hotel Sri Malaysia

Pintu lobi dan dindin depan Hotel Sri Malaysia dibuat daripada kaca yang terang. Hotel Sri Malaysia memang seperti sebuah bangunan kristal yang bersinar-sinar.

Seterika Tembaga

Hiasan lobi hotel sungguh unik. Seterika tembaga antik merupakan salah satu bahan pameran.

Tidak perasan seterika tembaga itu ketika menjejak masuk ke Hotel Sri Malaysia pada kali pertama. Foto ini di ambil pada kali kedua kami bersinggah di Hotel Sri Malaysia.

Hotel Sri Malaysia

Walaupun Hotel Sri Malaysia bukan hotel 5 bintang tetapi lokasinya bertaraf 5 bintang. Terdapat banyak kedai makan berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Selain itu membeli-belah juga tidak jadi masalah.

Keadaan bilik tamu Hotel Sri Malaysia biasa sahaja tetapi hindangan sarapan pagi didapati banyak pilihan.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong