Showing posts with label Belanda. Show all posts
Showing posts with label Belanda. Show all posts

Wednesday, July 22, 2015

Rumah Perahu Amsterdam


Terusan Amsterdam

Terdapat beraneka perahu di Terusan Amsterdam.

Terusan Amsterdam

Jangan terlepas peluang mengalami pelayaran terusan semasa anda melancong di Amsterdam.

Rumah Perahu Amsterdam

Selain digunakan untuk pelayaran terusan, perahu juga berperanan sebagai tempat kediaman di Amsterdam.

Rumah Perahu Amsterdam

Perahu diubahsuaikan untuk dijadikan kediaman supaya penghuni dapat tinggal dengan selesa seperti rumah di atas tanah.

Rumah Perahu Amsterdam

Oleh kerana kekurangan rumah kediaman, rumah perahu merupakan satu pilihan lain untuk tinggal atau menginap di Amsterdam.

Rumah Perahu Amsterdam

Disamping menjadi tempat kediaman penduduk Amsterdam, didapati rumah perahu disewa kepada pelancong yang berkunjung Bandar Basikal, Belanda.

Rumah Perahu Amsterdam

Tambahan pula rumah perahu yang berlabuh di Terusan Amsterdam juga dijadikan kafe, restoran dan muzium.

Rumah Perahu Amsterdam

Rumah perahu kukuh seperti batu karang, penghuni tidak akan menghadapi masalah mabuk laut.

Rumah Perahu Amsterdam

Kemudahan asas disediakan dengan lengkap. Rumah perahu dilengkapi dengan alat pemanas pada musin sejuk. Pada musim panas pula, penghuni boleh membuka tingkap besar dan menikmati bayu segar Terusan Amsterdam.

Rumah Perahu Amsterdam

Jika anda sudah bosan menginap di hotel, anda boleh cuba daftar masuk rumah perahu ketika merantau di Amsterdam.

Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Saturday, August 30, 2014

Pasar Lambak Waterlooplein


Pasar Lambak Waterlooplein

Terdapat sebuah pasar lambak di Amsterdam. Pasar lambak itu dikenal sebagai Pasar Lambak Waterlooplein.

Peta Pasar Lambak Waterlooplein

Pasar Lambak tersebut dinamakan Pasar Lambak Waterlooplein kerana pasar lambak itu terletak di Waterlooplein.

Pasar Lambak Waterlooplein

Pasar Lambak Waterlooplein berada tidak jauh dari Dataran Dam. Dalam jangka masa 15 minit, anda boleh tiba di Pasar Lambak Waterlooplein dengan berjalan kaki dari Dataran Dam.

Pasar Lambak Waterlooplein

Pelbagai barangan terpakai didapati di Pasar Lambak Waterlooplein. Barangan itu termasuk beg, antik, DVD, video, manik, pakaian, porselin, teleskop, buku lama, alat eletrik, cenderamata, barang hiasan dan alat permainan.

Pasar Lambak Waterlooplein

Seorang pelancong sedang melalui gerai yang menjual pakaian dan tali pinggan. Bermacam-macam baju, seluar, selendang dan tali pinggan dapat dibeli di gerai ini.

Pasar Lambak Waterlooplein

Gerai ini menjual aneka beg, topi, baju dan selandang. Sekiranya ada barangan yang anda suka, anda boleh tawar menawar dengan penjual gerai.

Pasar Lambak Waterlooplein

Pasar Lambak Waterlooplein bukan sahaja lokasi jual beli tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong popular di Amsterdam.

Post Berkaitan
Rokin Amsterdam
Damrak Amsterdam
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Wednesday, August 27, 2014

Gambar Damrak Amsterdam


Damrak Amsterdam

Kami berjalan-jalan di Damrak sementara menunggu pengurus rombongan di Dataran Dam.

Peta Damrak Amsterdam

Damrak merupakan sebatang jalan utama Amsterdam yang menyambungkan Stesen Sentral dan Dataran Dam.

Swiss Hotel Amsterdam

Hotel Swiss yang terletak di Damrak adalah sebuah hotel 4 bintang. Lokasi Hotel Swiss sungguh sempurna kerana berada di pusat bandar Amsterdam.

Damrak Amsterdam

Sekirannya anda ingin mendapat informasi atau membeli tiket pelancongan, anda boleh ke "Tour and Tickets" di bawah Hotel Swiss di Damrak.

Damrak Amsterdam

Tiket yang dijual termasuk tiket masuk Icebar, Muzium Heineken dan Muzium Madame Tussaud. Tiket perjalanan tersedia ialah Kampung Kincir, pelayaran terusan, bas pelancong Amsterdam dan bas lompat naik--lompat turun.

Damrak Amsterdam

Terdapat sebuah restoran di sebelah "Tour and Tickets". Restoran ini bernama Restoran Dam Plaza dan menghidang makanan panggang Amerika Selatan.

Damrak Amsterdam

Ini gambar Hotel De Roode Leeuw di Damrak. Hotel De Roode Leeuw juga sebuah hotel 4 bintang seperti Hotel Swiss. Menurut ulasan internet, menginap di Hotel De Roode Leeuw memang pilihan yang sesuai.

Damrak Amsterdam

Tingkat bawah Hotel De Roode Leeuw ialah Restoran De Roode Leeuw yang menghidang kupang. Oleh kerana kami telah menikmati balutan tortilla dan sandwic roti Perancis di Restoran La Place, kami tidak cuba kupang di Restoran De Roode Leeuw.

Damrak Amsterdam

Satu lagi gambar Damrak, Amsterdam. Gambar ini menunjukkan sebuah kasino di Damrak. Kasino itu ialah Carrousel Arcade Casino.

Beca Belanda

Pemilik beca ini sungguh bijak. Bahagian belakang beca digunakan sebagai ruang iklan. Iklan itu berkenaan dengan Muzium Penyeksaan. Untuk pengetahuan anda, Amsterdam ada bermacam-macam muzium.

Damrak Amsterdam

Jika anda ingin melancong sambil bersenam, anda boleh merantau di sekitar Amsterdam dengan mengayuh basikal. Beralih ke kedai menyewa basikal ini di 247 Damrak untuk menyewa sebuah basikal dan menyaksi keindahan Amterdam dengan berbasikal.

Post Berkaitan
Rokin Amsterdam
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Monday, August 11, 2014

Kalverstraat Amsterdam


Kalverstraat

Kalverstraat merupakan satu persiaran membeli-belah di Amsterdam, Belanda.

Peta Kalverstraat

Peta Google ini jelas menunjukkan kedudukan sepanjang Kalverstraat di Amsterdam.

Menara Munttoren

Lebih kurang 750 meter jaraknya, Kalverstraat bermula dari Dataran Dam dan berakhir di Menara Munttoren.

Kalverstraat

Hanya pejalan kaki kelihatan di Kalverstraat. Oleh itu, anda boleh membeli-belah dengan selesa di Kalverstraat.

Kalverstraat

Kalverstraat sentiasa dibanjiri pelawat termasuk penduduk Amsterdam dan pelancong dari seluruh dunia.

Amsterdam H & M

Bangunan H & M yang berada di Kalverstraat. H & M (Hennes & Mauritz AB) adalah sebuah syarikat pakaian Sweden. Syarikat ini reka bentuk dan meruncit fesyen untuk wanita, lelaki, pemuda dan kanak-kanak.

Store For Brands

Store for Brands ialah pasar raya yang menyediakan ruang untuk mempromosi barangan jenama.

Susun atur gerai berkenaan akan diselaraskan dengan identiti jenama tersebut. Biasanya dua minggu sekali, satu kempen sejenis jenama baru dikendalikan di Store for Brands.


Kalverstraat

Kedai buku De Slegte terletak di sebelah kanan Kalverstraat. De Slegte menjual buku baru dan buku terpakai.

Kedai Mango bertentangan dengan De Slegte di sebelah kiri jalan. Terdapat pelbagai beg, topi, kasut, pakaian, barang kemas, barangan kulit dan cermin mata hitam dijual di Mango.


Kalverstraat

Sekiranya anda melancong di Amsterdam, jangan terlepas peluang berkunjung ke Kalverstraat yang meriah tiap-tiap hari.

Kebanyakan kedai di Kalverstraat membuka 7 hari seminggu. Masa perniagaan setiap kedai berbeza. Ada yang membuka pada 10 pagi dan ada yang bermula berniaga pada 11 pagi. Masa tutup ialah pada 6 petang tetapi hari Khamis tutup pada 9 malam.

Post Berkaitan
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

Sunday, April 27, 2014

Pelayaran Terusan Amsterdam

Terusan Amsterdam

Terdapat melebihi seratus terusan di ibu kota Belanda, Amsterdam.

Terusan Amsterdam

Oleh kerana terusan silang-menyilang, Amsterdam digelar sebagai "Kota Raya Terusan".

Pelayaran Terusan Amsterdam

Mengalami pelayaran terusan merupakan peluang yang menarik ketika melancong di Amsterdam.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Didapati banyak syarikat menyediakan perkhidmatan pelayaran terusan kepada pelancong dari seluruh dunia di Amsterdam.

Syarikat Pelayaran Lovers

Syarikat Lover ialah salah sebuah syarikat pelayaran terusan di Amsterdam. Gambar ini menunjukkan sebuah bot Syarikat Lovers melalui Hotel Ibis dan tempat meletak basikal.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Bot pelayaran terusan ini sungguh istimewa kerana khas untuk dua orang. Anda boleh menyewa sebuah bot jika ingin menikmati keindahan Amsterdam dalam suasana romantik.

Dutchman Terapung

Anda juga boleh menaiki Floating Dutchman melayar terusan Amsterdam. Dimiliki Syarikat Lovers, Floating Dutchman ialah kenderaan amfibia yang boleh digunakan di darat dan dalam air.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Satu lagi foto pelayaran terusan Amsterdam. Sebuah bot pelayaran terusan hantar penunpang ke jeti. Di seberang terusan, ramai pelancong sedang menunggu giliran untuk menaiki bot pelayaran.

Rumah Bot Amsterdam

Pelbagai rumah bot boleh dilihat di sepanjang terusan-terusan Amsterdam.

Ada rumah bot dijadikan kediaman penduduk Amsterdam. Ada rumah bot dijadikan kafe, restoran dan muzium. Selain itu, ada rumah bot terbengkalai saja.


Rumah Amsterdam

Duduk dalam bot pelayaran terusan yang selesa, anda dapat menyaksikan bangunan dan pemandangan Amsterdam yang amat nostalgia.

Seperti yang anda lihat dalam gambar, bangunan Amsterdam memang berbeza dengan bangunan Malaysia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Friday, March 7, 2014

Hotel NH Schiphol Netherlands

Hotel NH Schiphol

Kami beralih ke Hotel NH Schiphol selepas menikmati makan malam di Restoran Nam Kee.

Hotel NH Schiphol

Hotel NH Schiphol terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda.

Hotel NH Schiphol

Bilik tamu Hotel NH Schiphol bersih dan selesa. Kami menginap di bilik ini selama tiga malam kerana kami singgah di Belanda tiga hari.

Hotel NH Schiphol

Lobi Hotel NH Schiphol sungguh nyaman dan menawan. Tetamu hotel boleh berehat di lobi ketika menunggu giliran urusan daftar masuk.

Hotel NH Schiphol

Kafe Hotel NH Schiphol berada di sebelah kaunter penerimaan tetamu. Seperti yang anda lihat dari gambar, kafe ditutup pada masa yang tertentu.

Hotel NH Schiphol

Terdapat sebuah taman mini di luar lobi hotel. Anda boleh makan sambil minum di taman mini. Walaupun kami melancong di Belanda pada musim panas, kami berasa sejuk di taman mini pada waktu malam.

Hotel NH Schiphol

Basikal tersedia di luar hotel untuk tetamu hotel. Tidak pasti samada bayaran dikenakan untuk mengguna basikal-basikal itu.

Belanda merupakan sebuah negara yang mesra basikal terutama ibu kota, Amsterdam. Oleh sebab itu Amsterdam digelar sebagai "Bandar Basikal".

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam