skip to main |
skip to sidebar
![]()
Semenjak Tsunami Politik 308, pemerintah Malaysia yang diterajui oleh UMNO telah dijangkiti penyakit ketakutan warna.
Pertama sekali, setelah kematian misteri Teoh Beng Hock yang berasal dari Alor Gajah, Barisan Nasional mulai amat takut warna hitam. Semasa perhimpunan raksasa 709 pilihan raya bersih di Kuala Lumpur pada 2011, Polis Diraja Malaysia memberkas ramai rakyat Malaysia yang memakai baju kuning. Kini, ombak hijau yang menakjubkan melanda seluruh Malaysia. Persengketaan yang disebabkan oleh baju hijau semakin berleluasa.
Februari 26, melebihi tiga puluh ribu rakyat Malaysia yang berbaju hijau berkumpul untuk menentang Lynas Australia membina sebuah kilang penapisan nadir bumi di Kuantan. Tidak berapa lama dulu, Perdana Menteri Najib Razak merasmikan majlis pecah tanah SJKC Sungai Long di Selangor. Sekumpulan ahli dan penyokong DAP yang juga berbaju hijau dihalau oleh Polis Diraja Malaysia ketika mereka menghadiri majlis tersebut.
Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah Malaysia selama bertahun-tahun dan seolah-olah sakit tenat. Sentiasa gugup tentang kebimbangan khayal, mungkin ini adalah tanda lenyap Barisan Nasional.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi

Akibat daripada dakwaan potongan 30% bantuan kerajaan Kedah, isu penyelewengan peruntukan SJKC Kung Yu di Muar menimbul sekali lagi.
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Bukit Kepong membongkarkan skandal tersebut di jamuan makan Hari Guru pada tahun 2006. Dana kerajaan untuk membaik pulih SJKC Ai Hwa di Panchor dan SJKC Kung Yu di Kundang Ulu telah disalahguna. Sebanyak RM30000 disalurkan ke SJKC Kung Yu tetapi kerja yang dibuat hanya bernilai RM3000.
Bertindak balas terhadap teguran, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga menghadiri jamuan makan itu, mengutuk pegawai kerajaan yang disyaki rasuah dengan keras. Kritikan itu berakhir dengan tuduh-menuduh antara Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tikam lidah antara kedua-dua pemimpin Barisan Nasional telah diselesaikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting. Selepas itu, SJKC Kung Yu mendapat semula duit untuk meningkat taraf bangunan sekolah.
Dengan bantuan Datuk Seri Ong Tee Keat, SJKC Kung Yu memperoleh sejumlah 1.2 juta untuk membina semula kemudahan sekolah. Akhirnya, sebuah auditorium dan sebuah bangunan bertingkat tiga disiap bina pada tahun 2008.
Oleh kerana berani mendedahkan kebenaran, Datuk Seri Ong Ka Ting mengekalkan kerusi parlimen Pandan dalam pilihan umum yang lalu. Walau bagaimanapun, calon parlimen MCA Selangor yang lain semua ditewaskan dalam Tsunami Politik 308.
Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek
DAP Melaka akan menganjurkan jamuan makan malam sempena ulang tahun ke-45. Restoran Lu Yeh Yen yang terletak di Taman Kota Laksamana Utama merupakan tempat jamuan makan malam tersebut.
Penceramah yang disenaraikan terdiri daripada Superman Dr Hew Kuan Yau, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua AMK Shamsul Iskandar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, Presiden DAP Malacca Goh Leong San dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
Para rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi harus menyokong Pakatan Rakyat supaya dapat mewujudkan sistem dua parti.
Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jamuan DAP Menuju Ke Putrajaya
Jamuan DAP Penubuhan Kerajaan PR
DAP Bahagian Bakri Muar Johor akan menganjurkan jamuan makan malam pada 9 Disember sempena ulang tahun ke-45 DAP. Thema jamuan tersebut adalah "Ya, pasti mewujudkan sistem dua parti!".
Barisan penceramah terdiri daripada Superman Dr Hew Kuan Yau, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Presiden DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim.
Jamuan makan malam itu akan diadakan di Dewan Jamuan Yong Sheng di Bakri Muar Johor. Demi mempertahankan demokrasi, rakyat Malaysia harus menyokong Pakatan Rakyat supaya kerajan tidak memboroskan duit hasil titik peluh kita sewenang-wenangnya.
Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jamuan DAP Bentayan Johor
Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Mohmamed Nazri telah mengatakan secara terbuka bahawa DAP merupakan parti politik yang paling sesuai untuk mewakili masyarakat Cina di Malaysia. Niat Mohmamed Nazri amat ketara, beliau ingin MCA, SUPP dan Gerakan mengeluar dari gabungan Barisan Nasional.
Kenyataan Mohmamed Nazri yang terus-terang itu sungguh menakjubkan. MCA, SUPP dan Gerakan yang sering menuntut mewakili kaum Cina hendaklah membalas dakwaan Mohmamed Nazri. Jika tidak, bubarlah parti masing-masing dan kembali ke kampung untuk mengiringi keluarga.
Ketiga-tiga parti itu menyertai Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional yang angkuh lebih baik daripada kekal dalam Barisan Nasional dan dikeji oleh pihak tertentu.
Artikel Berkaitan
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek
Sebelum ini saya telah menulis tentang Jeet Kune Do Bruce Lee, kini saya menulis satu lagi artikel mengenai Kung Fu.
Selain politik yang amat jijik, kesedaran Kung Fu saya juga hanya bertaraf tadika. Saya mempelajari Karate ketika menuntut di Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor Baru sebagai satu kegiatan kokurikulum bukan kerana berminat.
Imbas kembali masa dahulu, sungguh memalukan. Masih ingat persembahan memecahkan genting dan batu-bata, genting dan batu-bata itu tidak pecah tetapi buku lima saya bengkak. Kung Fu memang bukan kelebihan saya. Setelah melatih selama beberapa bulan, jurulatih hanya mengajar kata yang asas. Kelab karate terpaksa tutup kedai sebab ahli kelab semakin kurang.
Artikel Berkaitan
Profil Google Yuchuilang
Pertarungan Bruce Lee Dan Chua Soi Lek
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi
Danchaku Presiden MCA Chua Soi Lek sungguh luar biasa. Malahan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat pun tidak mampu menentangnya.
Oleh kerana kehebatan danchaku Chua Soi Lek, DAP terpaksa mengarah Superman Hew Kuan Yau meminta bantuan Bruce Lee. Hew Kuan Yau yang dirasuk Bruce Lee melambai nunchaku dan berlawan dengan Chua Soi Lek.
Nunchaku dan danchaku berlaga dengan habis-habisan. Siapa yang menang dalam pertarungan itu merupakan pertanyaan yang menarik. Keputusan akan diketahui dalam pilihan raya umum ke13. Pengundi Malaysia yang arif tidak sabar untuk mengetahui.
Artikel Berkaitan
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi
Dr Hew Kuan Yau tidak berhenti-henti ke seluruh negara untuk memperkenalkan buku barunya yang bertajuk 'Jeet Kune Do Politik'.
Saya tidak mampu memahami hasil karya Dr Hew Kuan Yau yang menakjubkan itu kerana kesedaran politik saya hanya bertaraf tadika. Setelah membaca prakata yang ditulis oleh Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, saya memperoleh jawapan yang kehendaki.
Ketika menuntut di sekolah menengah, saya pernah menonton wayang gambar bintang filem Kung Fu Bruce Lee di pawagam Capital di Melaka bersama kawan-kawan sedarjah. Oleh kerana itu, saya mengetahui serba sedikit tentang asal usul Bruce Lee.
Saya imbas kembali kenangan tahun 70-an dengan tanpa menyedari selepas menyelak 'Jeet Kune Do Politik'.
Artikel Berkaitan
Keghairahan 709 Pengarang Lim Hong Siang
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Semangat 709 Teng Chang Khim Kekal Abadi

Saudara Lim Hong Siang yang berucap dalam Ceramah Berkongsi Pendapat Perhimpunan 709 merupakan pengarang Merdeka Review terbitan Bahasa Melayu.
Setelah mendengar ucapan saudara Lim yang amat mengharukan, saya yang kurang berminat dalam politik berasa sungguh segan. Beliau berulang kali menegaskan bahawa orang ramai yang berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai, terdiri daripada golongan yang mencintai keamanan dan demokrasi.
Mereka ingin menyebarkan hasrat ke seluruh dunia tentang kempen membersihkan sistem demokrasi Malaysia. Kempen bersih yang mereka mengutarakan itu harus dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya dapat memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bahagia dan aman sentosa.
Bukankah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu kerajaan yang mengamalkan pentadbiran demokrasi?
Nampaknya pengertian sistem demokrasi Malaysia harus ditafsir semula!
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia
DAP Melaka telah menganjurkan Ceramah Berkonsi Pendapat Perhimpunan 709 pada 20 Julai. Ceramah tersebut mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang mencintai kekuningan dan kebersihan.
Ceramah Berkongsi Pendapat Perhimpunan 709 diadakan di Bangunan Ibu Pejabat DAP Melaka, Taman Pandan Mawar. Dewan Rakyat DAP Melaka dibanjiri para hadirin yang berpakaian kuning. Keadaan ini menggambarkan dengan ketara bahawa trend kuning sudah menjadi kegemaran terkini di Malaysia. Malahan Maharani United Kingdom Maharani Elizabeth juga menjadi peminat trend ini.
Penceramah terhormat ceramah malam itu termasuk pengarang edisi Bahasa Melayu Merdeka Review Lim Hong Siang, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dan Speaker Dewan Negeri Selangor Teng Chang Khim.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pakaian Berwarna Kuning Diharamkan Di Malaysia

Ketika Polis Diraja Malaysia sedang menghadapi gerun kuning, polis Melaka telah berkhidmat dengan cemerlang kepada orang ramai Kota Bersejarah.
Semasa saya menuju ke destinasi untuk menghadiri jamuan anjuran DAP pada malam Ahad, saya disekat sebelum sampai di Restoran YPL di Malim Jaya Melaka. Kebanyakan tetamu jamuan berpendapat bahawa pihak polis sengaja menimbulkan kesesakan jalan raya.
Saya tidak setuju tentang tutuhan tersebut kerana polis bertujuan untuk memastikan jamuan dapat diadakan dengan sempurna. Di samping terdapat sekatan jalan raya di sekitar Malim Jaya, ramai polis ditempatkan di Restoran YPL. Tindakan polis ini merupakan langkah berjaga-jaga supaya dapat menghalang pengacau melakukan kekacauan.
Dengan perlindungan polis, tetamu jamuan menikmati hidangan dengan selesa. Penceramah-penceramah juga memuji perkhidmatan unggul yang dipamirkan oleh polis Melaka.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pembaris Kuning Dalam Sanubari Rakyat Malaysia

Ramai rakyat Malaysia yang memakai pakaian berwarna kuning telah diberkas oleh Polis Diraja 1Malaysia akhir-akhir ini.
Berdasarkan berita China Press, parti pembangkang Pakatan Rakyat mungkin akan mendakwa Polis Diraja dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Hishammuddin Hussein.
Sebagai perlindung rakyat, polis sepatutnya menjamin keselamatan pembayar cukai. Malangnya mereka telah dijadikan alat untuk menindas rakyat oleh pihak berkuasa.
Pelancong asing harus ingat jangan memakai pakaian kuning supaya tidak menjadi mangsa pengharaman yang tidak masuk akal. Anda dinasihati menjauhkan diri dari segala perkara yang membabitkan warna kuning seperti makan pisang kuning, mengambil beg kuning, memakai skarf kuning atau tali leher kuning.
Pesakit Jaundis perlu menjemur kulit anda sebelum berkunjung ke Malaysia. Kalau tidak kerajaan Malaysia akan membelanja kamu makan nasi kari tanpa bayaran.
Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Malaysia
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
DAP Bachang Melaka akan menganjur jamuan makan malam pada Julai 3. Jamuan tersebut akan diadakan di Restoran YPL, Malim Jaya.
Penceramah pada malam itu semua merupakan superstar. Mereka termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, DAP Superman Dr. Hew Kuan Yau, DAP Ahli Parlimen Jelutong Pulau Pinang Jeff Ooi, DAP Ahli DUN Kidurong Sarawak Chiew Chiu Sing dan DAP Ahli Dun Bachang Melaka Lim Jak Wong.
Sambutan orang awam terhadap jamuan DAP sungguh hangat. Rakyat Malaysia telah memberi isyarat ingin perubahan senario politik dengan ketaranya.
Artikel Berkaitan
Ikon Jelita DAP Jenice Lee
Pemimpin Kacak DAP Nga Kor Ming
Pemimpin Unggul DAP Teng Chang Khim