skip to main |
skip to sidebar
Jambatan Gantung
menyambung dua belah tebing Sungai Lembing. Penduduk Sungai Lembing ulang-alik dua tempat
dengan menggunakan jambatan ini.
Seorang wanita menunggang motosikal dengan laju berlalu ketika saya mengambil gambar di jambatan gantung. Penduduk setempat melalui jambatan gantung setiap hari. Ekoran itu mereka sudah biasa menunggang motosikal dengan laju di jambatan gantung
Pemandangan Sungai Lembing sungguh mengagumkan. Gambar ini mengambil dari Muzium Sungai Lembing. Berdepan dengan pemandangan mempesona, tentulah mengambil gambar dengan sepuas-puasnya.
Pokok gergasi merupaka ciri-ciri unik Sungai Lembing. Terdapat banyak pokok gergasi di merata lokasi di Sungai Lembing. Selain daripada pokok gergasi, rumah papan dua tingkat yang usang juga boleh didapati di Sungai Lembing.
Bangunan di sebelah kanan ialah Country View Inn. Medan selera Sungai Lembing berdepan dengan Country View Inn.
SJKC Lembing terletak tidak jauh dari Country View Inn. Beralih ke depan, anda akan tiba ke tempat rehat mendaki Bukit Panorama Lembing.
Jalan Canton Selatan adalah salah sebatang jalan di Sungai Lembing. Sungguh anehnya termuncul Jalan Canton Selatan di Sungai Lembing.
Gerai ini menjual biskut kelapa buatan Sungai Lembing. Rasa biskut kelapa Sungai Lembing berbeza dengan biskut kelapa yang saya pernah makan. Mungkin cita rasa setiap orang tidak sama.
SJKC Lembing terletak
di Jalan Pasar, Sungai Lembing. Jarak antara SJKC Lembing dan Country View Inn
tidak jauh. Kebetulan SJKC Lembing berada di kaki Bukit Panorama Lembing. Anda akan
melalui SJKC Lembing sebelum mendaki Bukit Panorama Lembing.
Oleh kerana lokasi Sungai Lembing jauh dari bandar, mobiliti guru amat teruk. Sering menukar tenaga mengajar akan menjejaskan pencapaian pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak Sungai Lembing akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain setelah tamat belajar di tadika.
Lombong bawah tanah Sungai Lembing sungguh terkenal. Kini lombong bawah tanah telah menjadi tumpuan pelancong yang melawati Sungai Lembing. Mural di dindin SJKC Lembing terbukti segalanya.
Dengan ketinggian 182
meter, Ilchulbong yang bermaksud puncak matahari terbit terletak di bahagian timur Pulau Jeju. Ilchulbong berjarak lebih kurang 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Jeju.
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, kami terus menuju ke Ilchulbong yang berhampiran dengan Songsan.
Menurut jadual perjalanan, kami mendaki Ilchulbong pada hari kedua. Oleh kerana ramalan cuaca meramalkan hari itu akan hujan, kami terpaksa mengubah jadual perjalanan melawat Pulau Jeju.
Kami perlu berehat berkali-kali sebelum tiba di puncak kerana umur sudah meningkat. Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak setelah bercuba dengan yakin.
Di antara pelancong yang mendaki Ilchulbong terdapat warga emas yang bersemangat tinggi. Mereka langkah demi langkah mendaki ke puncak hingga berjaya.
Pelancong harus melalui Songsan sebelum mendaki Ilchulbong. Menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa ke Ilchulbong mengambil masa selama 2 jam. Jika bertolak dari Seogwipo di bahagian selatan, masa memandu selama 2 jam 30 minit.
Berehat sebentar di kaki bukit. Sekiranya anda suka makan donut, anda boleh cuba donut Jeju di restoran Dunkin' Donuts.
Terdapat sebatang
sungai di pekan Sungai Rengit, Pengerang. Banyak kapal nelayan berlabuh di muara
sungai itu.
Terletak di pinggir pekan Sungai Rengit, sungai itu bernama Sungai Rengit. Menyeberang Sungai Rengit, anda boleh pergi ke Sungai Kapal, Pangkalan TLDM, Jeti Tanjung Pengelih dan Pekan Lama Pengerang.
Terletak di luar pantai
Kota Kinabalu, Pulau Sapi merupakan destinasi yang mesti dilawat oleh pelancong.
Bayu dingin, air laut jernih dan pasir pantai putih Pulau Sapi sungguh menawan. Seperti terpapar di foto, pemandangan Pulau Sapi memang mempesona.
Memandu kereta ke
Sungai Lembing, ingat mengisi penuh tangki minyak kereta anda sebelum bertolak.
Jika kereta kehabisan petrol, anda terpaksa mengisi petrol di stesen ini.
Selepas kembali dari Eropah, saya mula gemar minum kopi yang harum.
Berpeluang memahami kebudayaan kopi ketika merantau di Eropah bersama isteri saya pada tahun lepas.
Setelah merasai kopi di Eropah, mulai tahu cara minum kopi. Orang Malaysia minum kopi dengan cawan atau gelas besar tetapi orang Eropah mengecapi kopi dengan cawan mini.
Cuaca Malaysia sungguh panas, kita suka minum kopi di kafe berhawa dingin. Pada musim panas, orang Eropah pula gemar mengecapi kopi di luar kafe.
Semasa merayau di Eropah, tidak mampu membeli beg-beg jenama tetapi membeli beberapa bungkus serbuk kopi untuk dibancuh.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kedai Cenderamata Volendam
Perkampungan Nelayan Volendam
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans