Showing posts with label Malaysia : Pahang. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Pahang. Show all posts

Friday, August 27, 2010

SJKC Khee Chee Temerloh Pahang

SJKC Khee Chee
SJKC Khee Chee terletak di sebelah Hotel Sri Malaysia di bandar Temerloh. Sekolah ini dibina di tebing berhampiran dengan muara Sungai Semantan. Lokasi Pekan Sehari Temerloh tidak jauh dari SJKC Khee Chee.

SJKC Khee Chee
Isteri saya pernah berkhidmat di SJKC Khee Chee pada awal 80-an. Encik Lai Teck Pin merupakan guru besar sekolah tersebut pada masa kini.

SJKC Khee Chee
Ini foto murid-murid 6B bersama guru-guru mereka pada 1982. Kedua dari kanan barisan depan ialah Encik Lai Teck Pin. Pada masa itu, beliau seorang guru muda.

SJKC Khee Chee
Foto ini diambil pada 1985. Sekiranya anda bersekolah di SJKC Khee Chee dari 1982 hingga 1985, mungkin anda salah seorang budak yang comel dalam foto.

Pautan Berkaitan
Salak Manis Pahang
SJKC Jerik Maran Pahang
Video Pekan Sehari Temerloh


Wednesday, August 18, 2010

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jerik Maran Pahang

SJKC Jerik
SJKC Jerik merupakan sebuah sekolah rendah Cina di Maran, Pahang. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan lama Sungai Jerik. Jarak SJKC Jerik dari pekan lama Sungai Jerik sejauh 1 km.

Kawasan rekreasi Lubuk Yu terletak tidak jauh dari pekan Sungai Jerik. Baru-baru ini penyakit aneh berlaku di kawasan rekreasi Lubuk Yu menyebabkan kematian beberapa penduduk setempat.

Saya pernah berkhidmat di SJKC Jerik pada awal 80-an. Setelah tamat latihan di Maktab Perguruan Mohd Khalid, saya ditugaskan di SJKC Jerik. Selama 2 tahun saya mendidik anak buah di sekolah tersebut.

Lebih dari 20 tahun yang lalu, bangunan SJKC Jerik amat usang. Kini, satu blok bilik darjah bertingkat dua dan sebuah pusat sumber baru telah dibina. SJKC Jerik mengalami kerosakan teruk dalam banjir yang melanda Sungai Jerik pada hujung tahun 2007.

Pautan Berkaitan
Salak Manis Pahang
Pekan Sehari Temerloh
Video Pekan Sehari Temerloh

Sunday, August 15, 2010

Salak Manis Pahang

Salak Manis
Salak manis merupakan sejenis buah terdapat di Pahang tetapi jarang kelihatan di tempat lain di Malaysia.

Saiz salak manis sebesar sebiji telur. Kulit salak manis berwarna perang kemerahan dan kelihatan seperti kulit ular yang bersisik. Terdapat banyak duri halus pada kulit salak manis. Berhati-hati semasa mengupas dan memotong salak manis supaya tidak melukakan tangan.

Isi salak manis berwarna kekuning-kuningan. Salak manis mentah rasanya masam. Rasa salak manis enak dan manis setelah masak.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Sunday, August 8, 2010

Bos Ikan Air Tawar Pekan Sehari Temerloh Pahang

Ikan Air Tawar
Temerloh terkenal dengan ikan air tawar. Sekiranya anda berada di Temerloh, jangan terlepas peluang merasai kelazatan ikan air tawar.

Ikan-ikan dalam bekas yang masih hidup itu ialah ikan tilapia dan ikan patin. Membelilah beberapa ekor ikan untuk mengganjar diri.

Pekan Sehari Temerloh
Kemahiran menyiang ikan saudara ini sungguh luar biasa. Dia benar-benar amat sibuk dan tidak berhenti cincang-cincang.

Pekan Sehari Temerloh
Saya mengambil beberapa foto ketika dia berehat. Senyuman mesranya membayangkan budaya Malaysia berbilang bangsa yang unik.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari Temerloh Pahang

Tuesday, August 3, 2010

Pekan Sehari Temerloh Pahang (Bahagian 2)

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Melawat ke Pekan Sehari Temerloh merupakan satu pengalaman yang menarik. Foto di atas adalah lebih baik daripada seribu kata. Penjaja wanita itu hanya duduk di atas tanah bersama anaknya. Barangan yang dijual oleh dia termasuk telur, cili, kunyit, serai dan asam kering.

Cili
Dia menjual barangnya dengan meletakkan barang-barang itu di atas beberapa helai surat khabar lama. Dacing tidak digunakan dan digantikan dengan tin kosong dan bekas plastik. Suasana Pekan Sehari Temerloh menampilkan kehidupan desa tradisional Malaysia.

Asam Kering
Asam kering adalah sejenis ramuan penting untuk menyediakan makanan enak Melayu. Ia sesuai untuk memasak makanan laut asam pedas.

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Bukit Bendera Resort Mentakap


Monday, August 2, 2010

Pekan Sehari Temerloh Pahang (Bahagian 1)

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Saya telah menetap di Temerloh selama 4 tahun dalam 80-an. Pada masa itu, saya bertanggungjawab untuk membeli makanan keluarga. Saya sentiasa pergi ke Pekan Sehari Temerloh pada pagi Sabtu untuk membeli belah.

Sungai Pahang
Pekan Sehari Temerloh terletak di sepanjang tebing sungai berhampiran muara Sungai Semantan. Penduduk-penduduk sekitar Temerloh gemar berkunjung Pekan Sehari kerana barangan terdapat disana harganya berpatutan.

Pekan Sehari Temerloh Pahang
Mulai awal pagi, penjaja sibuk membuat persiapan untuk bernaiga. Mereka membekal pelbagai barang termasuk pakaian, makanan, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan ringan dan barang keperluan harian.

Akan diteruskan......

Pautan Berkaitan
Pekan Sungai Jerik Maran
Video Pekan Sehari Temerloh
Bukit Bendera Resort Mentakap

Wednesday, July 28, 2010

Kuil Sri Marathandavar Maran Pahang

Kuil Sri Marathandavar Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar yang terkenal terletak berhampiran Maran, Pahang. Kuil tersebut adalah popular seperti super idola sedunia.

Pengikut-pengikut yang taat setia kuil itu boleh ditemui di seluruh Malaysia dan Singapura. Ratusan ribu peziarah menyertai perayaan Panguni Uthiram (Mac/April) setiap tahun.

Kuil Sri Marathandavar Maran Pahang
Lebih dari seratus tahun yang lalu, satu kejadian misteri telah berlaku semasa satu pembinaan jalan sedang dijalankan. Sebatang pokok yang menjulang tinggi bermula berdarah ketika ditebang.

Tiba-tiba, seorang pekerja pembinan jalan bergumam bahawa pokok itu harus dikekalkan dan pembinaan jalan mesti dialih dari tempat itu.

Kuil Sri Marathandavar Maran Pahang
Saya bercuti di Kuantan pada 2006. Selepas makan tengah hari di Sungai Jerik, saya menuju ke Kuantan melalui Maran.

Berhenti di Kuil Sri Marathandavar dan mengambil gambar kuil itu. Secara kebetulan, Kuil Sri Marathandavar sedang diubah suai. Sayang sekali saya tidak dapat mengambil gambar seni bina terunggul kuil itu.

Pautan Berkaitan
Legenda Pokok Melaka
Video Pekan Sehari Temerloh
Bukit Bendera Resort Mentakap


Thursday, July 15, 2010

Pekan Sungai Jerik Maran Pahang

Pekan Sungai Jerik
Pekan Sungai Jerik terletak di Maran, Pahang. Pekan ini dikelilingi hutan dara dan ladang kelapa sawit.

Enam penyelamat telah meninggal dunia selepas menyelamatkan seorang mangsa lemas. Punca kematian mereka ialah penyakit aneh. Peristiwa ini berlaku di air terjun yang tidak jauh dari pekan Sungai Jerik.

Sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan, membelok ke kiri dan menuju ke Felda Jengka 2 sebelum tiba di Maran. memusing ke kanan apabila anda berada di simpang T. Jarak Pekan Sungai Jerik dalam 5 minit memandu dari situ.

Pekan Sungai Jerik

Pada awal 80-an, saya diposkan ke SJKC Jerik sesudah tamat latihan di Maktab Perguruan. Saya berkhidmat di sekolah tersebut selama dua tahun.

Pekan Sungai Jerik
Gambar ini merupakan pekan lama Sungai Jerik. Penduduk tempatan menamakan pekan lama Sungai Jerik sebagai Tong Keat. Hanya terdapat dua baris rumah papan di sepanjang jalan. Tiada bekalan air paip dan elektrik pada 80-an di pekan lama Sungai Jerik.

Pekan Sungai Jerik
Saya berkunjung ke Kuantan pada 2006. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya singgah di Pekan Sungai Jerik. Saya terkejut ketika ternampak pekan baru Sungai Jerik. Pekan baru Sungai Jerik dibina 1 km dari pekan lama Sungai Jerik. Perbezaan di antara pekan baru dan pekan lama sungguh besar.

Pautan Berkaitan
Pasar Tani Temerloh
Legenda Pokok Melaka
Bukut Bendera Resort Mentakap

Friday, May 1, 2009

Bukit Bendera Resort Mentakap

Resort Bukit BenderaBaru-baru ini, saya pergi ke Mentakap, Pahang untuk melawat kawan-kawan saya. Saya bermalam di Resort Bukit Bendera semasa berada di Mentakap.

Resort Bukit Bendera

Resort Bukit Bendera ialah sebuah resort 3 bintang yang mulai beroperasi sejak tahun 1996 Resort ini terdiri dari sebuah bangunan 4 tingkat yang mempunyai 80 buah bilik tetamu. Terdapat 6 kategori bilik tetamu di Resort Bukit Bendera. Harga bilik tetamu berbeza dari RM 90 ke RM 218. Televisyen berwarna, telepon idd dan cerek elektrik tersedia di bilik tetamu.


Selain itu, Resort Bukit Bendera juga menyediakan restorant, lounge, kolam renang, gimnasium, gelangang tenis, suana dan taman permainan kanak-kanak.


Resort Bukit BenderaResort Bukit Bendera terletak di Taman Bukit Bendera, Mentakab. Hanya beberapa minit memandu sahaja dari bandar Mentakap ke Resort Bukit Bendera. Udara nyaman dan persekitaran cantik di Bukit Bendera amat sesuai untuk pengembara penat berehat supaya dapat menyegarkan rohani dan jasmani.