skip to main |
skip to sidebar
Balas dendam Ultraman Jepun telah berlaku di New Delhi India pada 25 Mei.
Oleh kerana diharamkan oleh Malaysia, Ultraman bertukar menjadi pemain badminton dan membelasah Pasukan Piala Thomas Malaysia di New Delhi.
Jepun berjaya menumpaskan China dan bertemu Malaysia dalam pertandingan akhir. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang beranking teratas di kancah badminton. Malangnya Malaysia mengalami kekalahan dalam Pertandiang Akhir Piala Thomas.
Ini semua kesalahan kangkung. Sekiranya Perdana Menteri Najib Razak tidak menyeru rakyat makan kangkung, keputusan Pertandingan Akhir Piala Thomas akan berbeza.
Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Panda Malaysia Altantuya
Pakaian Kuning Diharamkan
Botol Air Mineral Senjata Maut
Selain jalan raya yang
sibuk, kami juga mengambil gambar Pasar Besar Teluk Intan.
Terdapat banyak kedai mini menjual makanan kering di Pasar Besar Teluk Intan Perak.
Senario Pasar Besar Teluk Intan membayangkan keharmonian berbilang kaum di bawah satu bumbung.
Pasar Besar Teluk Intan merupakan pusat sehenti makanan. Pelbagai makanan tersedia untuk pengguna sekitar Teluk Intan.
Simpulan bahasa tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Sehingga mengambil foto ini, baru saya benar-benar tahu buah ini ialah jering.
Kerang rasa enak dan bekhasiat untuk kesihatan. Oleh kerana pencemaran pantai semakin teruk, makan kerang berisiko dijangkiti penyakit.
Tahukah anda benda yang berlumpur ini?
Benda yang berlumpur ini namanya siput sedut.
Bolehkah siput sedut dimakan?
Memang boleh. Tetapi beranikah anda makan siput sedut?
Semasa berkursus di Pulau Pinang, saya berkunjung ke Kek Lok Si beberapa kali.
Dulu pelawat terpaksa menaiki tangga batu ke Kek Lok Si. Kini anda boleh memandu kereta hingga ke tempat letak kereta.
Kek Lok Si terletak di atas bukit. Mengikut tangga batu naik ke Kek Lok Si merupakan senaman yang dapat menyihatkan badan.
Bergambar bersama anak buah dan rakan sekerja SJKC Jerik Pahang. Ketika itu kami melawat sambil belajar ke Pulau Pinang tahun pada 80an.
Ketika bercuti di Teluk
Intan, kami mengambil foto di sekitar Teluk Intan.
Seorang pelancong sedang mengambil gambar di jalan yang sibuk di Teluk Intan.
Deret kedai yang terdapat di Teluk Intan. Bangunan lama ini merupakan warisan sejarah Teluk Intan.
Bangunan lama yang didapati di Teluk Intan patut dikekalkan supaya warisan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia terpelihara.
Klinik Kesihatan Teluk Intan yang siap bina pada tahun 2010. Tidak pasti sama ada perkhidmatan yang tersedia setaraf dengan bangunan yang canggih itu.
Kami bertemu dua orang pemuda semasa mengambil angin di persisiran Sungai Perak. Pemuda yang mesra itu sedang berseronok memancing ikan di sebuah jeti.
Kami berjalan-jalan di
sekitar Teluk Intan setelah siap dafter masuk ke Hotel Anson.
Menara Jam Condong Teluk Intan merupakan mercu tanda utama di Teluk Intan Perak.
Sekiranya anda berada di Teluk Intan jangan terlepas peluang mengambil foto di Menara Jam Condong.
Oleh kerana hari itu ialah cuti Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri, terdapat ramai pelancong berkunjung ke Menara Jam Condong Teluk Intan.