Monday, May 16, 2016

Jeti Nelayan Merlimau


Jeti Merlimau

Pada bulan lalu, saya bersama isteri saya pergi ke Muar. Dalam perjalanan balik ke Melaka, kami singgah di Jeti Nelayan Merlimau.

Jeti Merlimau

Kos Pembinaan Jeti Nelayan Merlimau sebanyak 5.5 juta. Adakah kerana bahan-bahan binaan terlebih bayar atau sebab-sebab lain yang menarik?

Jeti Merlimau

Kebanyak nelayan di kawasan itu merupakan Melayu dan bilangan nelayan Cina tidak banyak. Kebetulan hari itu Jumaat, nelayan Muslim perlu solat Jumaat jadi tidak ke laut.

Kucing Merlimau

Terdapat banyak kucing di Jeti Merlimau. Kucing-kucing itu sedang menunggu pulangan neyalan supaya dapat dihadiahkan ikan segar.

Kucing Merlimau

Pada hari yang amat panas, kucing ini semakin tidak sabar lalu tidur di tepi tiang jeti.

Dacing

Dacing lama ini agaknya digunakan oleh nelayan untuk menimbang ikan. Sekiranya anda tinggal di sekitar Merlimau, anda boleh beralih ke Jeti Nelayan Merlimau untuk membeli ikan segar dengan harga berpatutan.

Artikel Berkaitan
Pasar Tani Merlimau
Pasar Malam Merlimau
Pasar Ramadan Merlimau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, May 10, 2016

Kapten Amerika 3 Perang Saudara


Yuchuilang

Petang semalam, saya bersama isteri menikmati filem di pawagam yang terletak di Jaya Jusco Melaka.

Kapten Amerika

Sebelum ini, kami melihat "Snoopy Dan Charlie Brown", kali ini kami tengok "Kapten Amerika 3 Perang Saudara".

Kapten Amerika

"Snoopy Dan Charlie Brown" merupakan filem animasi, "Kapten Amerika 3 Perang Saudara" pula difilemkan dari komik.

Pada hari panas bulan Mei, kami ke pawagam berhawa dingin mengenang kembali detik dating yang manis.

Artikel Berkaitan
Dari Vegas Ke Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong