Wednesday, February 26, 2014

Perjalanan Kembali Dari Pengerang

Chalet Batu Layar

Kami menuju ke Desaru setelah tamat kunjungan ke Pengerang.

Batu Layar

Dalam perjalanan ke Desaru, kami singgah di Batu Layar untuk mengambil gambar.

Resort Batu Layar

Anda boleh menginap di Resort Batu Layar sekiranya anda ingin ambil angin di Pantai Batu Layar.

Desaru

Pantai Desaru merupakan destinasi yang kedua kami melawat dalam perjalanan kembali dari Pengerang.

Desaru

Selain mandi-manda di laut dan bermain pasir di pantai, anda boleh bersiar-siar bersama keluarga di sekitar Pantai Desaru yang indah.

Bandar Penawar

Tidak kira anda mengidap penyakit jiwa, penyakit cinta atau penyakit yang lain, kunjunglah Bandar Penawar untuk memperoleh penawar penyakit.

Pusat Penerangan Pelancongan

Terdapat sebuah Pusat Penerangan Pelancongan di Bandar Penawar. Kebetulan pusat itu tutup kerana masa rehat ketika kami tiba di Bandar Penawar.

Pusat Informasi Pelancongan KK

Pusat Informasi Pelancongan KK Sabah dibuka 7 hari seminggu.

Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Sabtu, Ahad dan Cuti Am: 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Perkhidmatan Pusat Informasi Pelancongan Semenanjung memang tidak boleh berbanding dengan Pusat Informasi Pelancongan KK Sabah.

Kemungkinan pegawai Pusat Informasi Pelancongan Semenanjung telah menelan terlalu banyak kangkung.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Taman Burung Unta Pengerang
Restoran Lobster Sungai Rengit

Sunday, February 23, 2014

Api Menjilat Kedai Jonker Walk

Kebakaran Jonker Walk

Sebuah kedai di Persiaran Jonker telah menjadi hangus dijilat api. Kejadian itu berlaku pada malam Perayaan Yuan Xiao.

Persiaran Jonker

Insiden itu terjadi pada pukul 11:30 malam. Bangunan yang terlibat dalam kebakaran itu merupakan sebuah kedai yang menjual makaan tempatan Melaka.

Persiaran Jonker

Semasa kebakaran tercetus pada malam itu, Persiaran Jonker masih dibanjiri oleh pengunjung yang terdiri daripada penduduk Melaka dan pelancong dari seluruh dunia.

Persiaran Jonker

Walaupun Balai Bomba Kubu terletak tidak jauh dari lokasi kebakaran tetapi kereta bomba tidak dapat tiba dalam masa yang tersingkat. Ini kerana orang ramai yang berpesta di Persiaran Jonker menghalang pergerakan kereta bomba ke sana.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Kek Bulan Perisa Kulapuk
Rooney Di Persiaran Jonker
Kemeriahan Di Persiaran Jonker

Thursday, February 20, 2014

PRK N25 Kajang Selangor

Abdul Khalid Ibrahim

Ekoran daripada letak jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh, Yang di-Pertua DUN Selangor Hannah Yeoh mengumumkan kerusi Dun N25 Kajang dikosongkan.

Lee Chin Cheh kosongkan kerusi Dun N25 supaya membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK N25 Kajang. Insiden ini dipercayai berhubungkait dengan perselisihan antara Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya menang dalam PRK DUN N25 Kajang yang akan dianjurkan pada 23 Mac tahun ini.

Pertikaian Abdul Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali sudah lama berlaku. Anwar Ibrahim ingin menyelesaikan persaingan mereka dengan secepat mungkin. Jika tidak kestabilan PKR akan terjejas. Tambahan pula pemilihan pusat PKR akan diadakan pada bulan Mei.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Nurul Izzah Membidas BN
Wira Demokrasi Tian Chua

Monday, February 17, 2014

Video Facebook Yuchuilang





Rupa-rupanya melepak di media sosial Facebook sudah lebih 2000 hari.

Jatuh cinta dengan Facebook lebih daripada enam tahun. Akibatnya Facebook tidak boleh dipisah daripada kehidupan harian.

Post Berkaitan
Yuchuilang Fan Page
Tianxia Net Fan Page
Zuiyanhong Fan Page
Fengmanlou Fan Page
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, February 11, 2014

Dari Vegas Ke Macau

Hotel Grand Lisboa

Sudah lama tidak berkunjung ke pawagam. Hari Jumaat minggu lepas, saya bersama isteri ke Melaka untuk menonton "Dari Vegas Ke Macau".

Hotel Lisboa

Dorongan demi menonton "Dari Vegas Ke Macau" ialah lawatan ke Macau pada tahun lalu. Saya ingin menyaksikan keindahan pemandangan malam menawan Macau.

Dari Vegas Ke Macau

"Dari Vegas Ke Macau" diarah oleh Wong Jing dan diterbit oleh Andrew Lau. Senarai pelakon "Dari Vegas Ke Macau" termasuk Chow Yun Fat dan Nicholas Tse yang amat popular di kalangan peminat filem kantonis Hong Kong.

Hotel Venetian

Plot tayangan ini sungguh menakjubkan. Hasil Ah Beng dan Namewee langsung tidak boleh berbanding. Sayang betul penggambaran luar sedikit saja. Pemandangan malam Hotel Grand Lisboa dan Kasino Venetian hanya muncul sekejap saja.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Hotel Sofitel Ponte 16
915 Pilihanraya Macau
Gerbang St Paul Macau
Rua Do Tarrafeiro Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, February 2, 2014

Malam Pesona Jeju

Malam Jeju

Kami mengikut jalan di depan gerai sushi ke Bandar Jeju selepas mengisi perut.

Karaoke Jeju

Cuba meneka apa kedai ini? Berdasarkan tulisan di papan iklan, mungkin sebuah karaoke.

Malam Jeju

Jalan raya Bandar Jeju di landa tusnami kenderaan. Kedai di sepanjang jalan terang-benderang. Cahaya yang bersinar-sinar tersebut menerangi langit Bandar Jeju.

Hotel Gaia

Terdapat sebuah Parti Politik 7-11 di Malaysia. Secara kebetulan sebuah Hotel 7-11 didapati di Jeju. Sebenarnya itu sebuah Kedai Serbaneka 7-11 yang terletak di Hotel Gaia.

ABC-Mart

ABC-Mart ialah sebuah kedai menjual kasut jenama. Selain kasut jenama, kedai ini juga jual produk sukan lain. Myeongdong di Seoul juga ada sebuah ABC-Mart yang lebih besar skalanya.

Kafe Tom N Toms

Tiba di Kafe Tom N Toms, berhenti untuk menekan pengatup kamera Nikon. Kafe Tom N Toms berada di seberang jalan. Kereta lalu dengan laju seperti kilat. Jika tidak kami ingin menikmati rasa kopi Kafe Tom N Toms.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju