Kami muncul di lokasi
Pesta Musim Luruh Sapporo ketika melawat Hokkaido pada September.
Pesta Musim Luruh Sapporo bermula dari 9 hb September dan tamat pada 30 hb Septemer di Taman Odori.
Taman odori terletak di pusat bandar Sapporo dan lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari hotel kami menginap di Sapporo.
Makanan terpapar di poster ini ialah daging lembu wagyu. Daging lembu wagyu merupakan santapan khusus Hokkaido dan terkenal saperti daging lembu Kobe.
Daging lembu wagyu pinggan ini ialah hidangan pertama kami di Sapporo.
Kami menuju ke gerai makanan laut bakar untuk membeli kekapis besar yang lazat selepas menikmati daging lembu wagyu.
Selain kekapis besar, kami juga menelan satu tiram besar yang enak masing-masing.
Setelah megecapi tiram, kekapis dan daging lembu wagyu, kami merasa semangkuk mi dandan Hokkaido.
Isteri saya memegang sebiji oren besar dalam gambar di atas. Oren ini besar tetapi jusnya kurang. Mungkin kulit oren ini terlalu tebal.
Menara Televisyen Sapporo adalah mercu tanda indah terdapat di Sapporo. Kami menaiki ke atas Menara Televisyen Sapporo pada malam sebelum kami kembali ke Melaka.
Beberapa penduduk Sapporo sedang mendengar peminpim Parti Baru Daichi Hokkaido berucap di satu sudut Taman Odori.
Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Pesona Menara Kyoto
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Pesona Menara Kyoto
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong