Monday, February 27, 2012

Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi

Kak Tunda Kereta

Penyelaras Parlimen Selayang MCA, Jessie Ooi telah menjadi sensasi internet terkini dan ahli politik yang paling jahil di Malaysia.

Jassie Ooi berjaya mendapat tumpuan perhatian, setelah mengutarakan soalan bodoh pada debat terbuka antara Setiausaha-agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek. Debat tersebut telah diangjurkan di Kuala Lumpur Berjaya Times Square pada 18 Februari.

Tajuk perbahasan ialah "Cina di Persimpangan: Adakah Sistem Dua Parti menjadi Sistem Dua-bangsa?" Pertanyaan yang dikemukakan oleh Jessie Ooi berhubung dengan "tarik kereta" di Pulau Pinang. Jelaslah bahawa masalah "tarik kereta" tidak ada sebarang perkaitan dengan topik perbahasan.

Mungkin Sistem Dua Parti versi MCA adalah menunda kereta. Itulah sebabnya MCA mengalami kekalahan teruk semasa Tsunami Politik 308. Melantik wakil yang bertutur seperti budak, MCA mestinya gila kerana mengunyah remah-remah roti di bawah meja makan UMNO.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Majlis Pelancaran Buku Baru Hew Kuan Yau
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek


Thursday, February 16, 2012

Pintu Gerbang Selatan Seoul Sungnyemun

Sungnyemun

Dibina pada tahun 1398, Sungnyemun terletak berhampiran Pasar Namdaemun.

Sungnyemun merupakan salah satu pintu gerbang utama pada zaman rejim Joseon. Lokasi Sungnyemun berada di kasasan selatan Seoul. Sungnyemun juga dikenali sebagai Namdaemun yang bermaksud "Pintu Gerbang Selatan".

Pembinaan Sungnyemun telah siap pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Taejo. Sungnyemun ialah sebuah benteng tiga tingkat. Tapak Sungnyemun dibuat daripada batu dan dua aras lain dibuat daripada kayu.

Malangnya, Sungnyemun telah dijilat api pada 10 Februari 2008. Saya akan mendedah tentang Sungnyemun lebih terperinci dalam artikel seterusnya.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun


Monday, February 13, 2012

Pusat Maklumat Pelancong Seoul Korea Selatan

Pusat Informasi Pelancong Seoul

Terdapat lebih daripada 10 buah pusat informasi pelancong di sekitar Seoul, ibu kota Korea Selatan.

Pondok informasi pelancong ini terletak di Pasar Namdaemun. Jarak pondok ini kira-kira 50 meter dari pintu keluar 5 Stesen Subway Hoehyeon. Masa dibuka adalah dari 09:00 hingga 18:00. Nombor telefon 02-7521913.

Pegawai yang bertugas kebanyakan ialah wanita. Mereka beramah dan cantik juga. Selain itu, mereka fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi, tiada masalah berinteraksi dengan mereka. Berasa selesa meminta bantuan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Pusat pelancong yang lain disenaraikan seperti berikut:

Gwanghwamun
Masa: 09:00--22:00
Telefon: 02-7358688
Tempat: Depan Donghwa Duty Free, 215 Sejongno 1-ga Jongnogu.

Dongdaemun
Masa: 09:00--22:00
Telefon: 02-22369135
Tempat: Depan Good Morning Shopping Mall, 18-21 Euljiro 6-ga, Junggu.

Itaewon
Masa: 09:00--22:00
Telefon: 02-37850942
Tempat: Dalam Stesen Subway Itaewon, 127 Itaewondong Yongsangu.

Jamsil
Masa: 10:00--19:00
Telefon: 02-21437007
Tempat: Depan Lotte Department Store, 27 Jamsildong Songpagu.

Samilgyo
Masa: 09:00--22:00
Telefon: 02-7200872
Tempat: Depan Samil Building, 10-2 Gwancheodong Jongnogu.

Hongik University
Masa: 12:00--22:00
Telefon: 02-3232240
Tempat: Jalan Hongdae, 349-1 Seogyodong Mapogu.

Coex
Masa: 08:00--18:00
Telefon: 02-538-0264
Tempat: Meja Informasi Pintu Timur, 159 Samseongdong Gangnamgu

Global Center
Masa: 09:00--18:00
Telefon: 02-20754119
Tempat: 3F Press Center, 25 Taepyeongno 1-ga Junggu.

Seoul Folk Flea Market
Masa: 10:00--19:00
Telefon: 02-22345836
Tempat: Dalam Seoul Folk Flea Market, 109-5 Sinseoldong Dongdaemun.

Myeongdong
Masa: 10:00--22:00
Telefon: 02-37897961
Tempat: 5F M Plaza Building, 31-1 Myeongdong 2-ga Junggu.

Pusat pelancong di Lapangan Terbang Gimpo dan Lapangan Terbang Incheon.

Lapangan Terbang Gimpo
Masa: 09:00--21:00
Telefon: 02-37079465
Tempat: Berhampiran Pintu 2 di lobby pertama, 157 Gonghangdong Gangseogu.

Lapangan Terbang Incheon
Masa: 06:00--22:00
Telefon: 032-7433270
Tempat: Depan Pintu D di dewan ketibaan, Unseodong Junggu Incheon.

Sumber informasi
Seoul Best 100 Revised Edition
Publishing Organization
Seoul Metropolitan Government

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun


Saturday, February 11, 2012

Anjing Comel Ambil Angin Di Pasar Namdaemun

Anjing

Anjing comel ini sedang beristirehat bersama tuannya di Pasar Namdaemun, Seoul.

Tidak dapat dinafikan, Pasar Namdaemun merupakan tumpuan pengunjung untuk bersiar-siar dan membeli-belah. Terbukti Pasar Namdaemun ialah destinasi popular pelancong yang tidak seharusnya tertinggal.

Melawat Pasar Namdaemun memang menyeronok. Terdapat pelbagai perkara menarik untuk anda menemui. Jadi, ingat menyenaraikan Pasar Namdaemun dalam jadual perjalanan anda ketika menjelajahi Seoul, Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun


Sunday, February 5, 2012

Wayne Rooney Muncul Di Persiaran Jonker Melaka

Park Ji-Sung

Bintang super bola sepak Piala Premier Inggeris, Wayne Rooney dan rakan-rakan sepasukannya muncul di Persiaran Jonker Melaka. Peminat Manchester United Melaka sungguh terkejut.

Juga dikenal sebagai Red Devil, Manchester United mempunyai berpuluh-puluh pemain berbakat. Di bawah pimpinan pengurus sekarang Sir Alex Ferguson, Manchester United sentiasa bersemangat tinggi dan telah mencipta sejumlah besar kemenangan cemerlang. Tanpa dipersoalkan, Wayne Rooney ternyata salah seorang penyerang terbaik Manchester United.

Sebenarnya, Wayne Rooney tidak timbul di Persiaran Jonker Melaka. Sebaliknya, potret besar Wayne Rooney dipaparkan di pentas terbuka di Persiaran Jonker Melaka. Selain Wayne Rooney, pentas budaya itu juga mempamirkan gambar Park Ji-Sung dan Ashley Young. Rupa-rupanya makanan ringan yang paling laris di Malaysia, Mister Potato telah menjadi Rakan Snek Rasmi Sedunia Manchester United.

Menonton persembahan hebat Manchester United sambil menikmati kerepek kentang rangup memang merupakan saat yang amat gembira riang.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikle Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 2010
Kejohanan Bola Tampar Remaja