Hasil karya Jamaluddin Ibrahim yang lama ditunggu-tunggu itu telah diterbitkan. Dalam saat-saat awal, saya membeli buku ini dan membaca dengan puasnya. Jamaluddin Ibrahim yang fasih dalam Bahasa Cina merupakan penganalisa politik terkenal di masyarakat Cina Malaysia. Selain itu, beliau juga seorang DJ Radio 988 yang amat digemari peminat.
"Renungan Jamaluddin Ibrahim" dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah wawancara antara beliau dengan tokoh-tokoh politik Malaysia yang memainkan peranan penting di arena politik Malaysia. Bahagian kedua pula ialah komen politik beliau terhadap skandal rasuah dan politik wang yang wujud di Malaysia.
Tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim termasuk pemimpin Barisan National dan pemimpin parti pembangkang, kecuali pucuk pimpinan UMNO yang menjadi teraju Kerajaan Barisan National Malaysia. Jika tidak, "Renungan Jamaluddin Ibrahim" akan menjadi sebuah buku analisa politik Malaysia yang sempurna.
Di antara tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim ialah Presiden MCA (Parti Komponen BN) Datuk Seri Ong Tee Keat, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, AJK MCA Donald Lim ( Bekas Naib Presiden MCA), Ahli Exco Negeri Selangor Teresa Kok (Setiausaha Pengorganisasian National DAP), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Parti Keadilan Rakyat) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad (Parti Islam SeMalaysia).
Terdapat lebih daripada 20 buah komen politik di "Renungan Jamaluddin Ibrahim". Setiap komen politik itu mendedahkan wajah jelik ahli politik yang terlibat dalam skandal rasuah dan politik wang di Malaysia. Hasil karya Jamaluddin Ibrahim telah disiarkan di media cetak Malaysia seperti China Press, Sin Chew Daily dan Oriental Daily sebelum dijilid menjadi buku.