Monday, May 31, 2010

Terselamat Daripada Ciuman Ular Pokok Syurga

Kodok
Dua pelawat yang tidak diduga singgah di kediaman saya baru-baru ini. Pengunjung pertama ialah saudara-mara katak politik 1Malaysia---seekor kodok.

Sebelum tidur pada tengah malam 21 Mei, saya menemu seekor kodok di bilik mandi. Saya menyapu kodok itu ke dalam longkang.

Ular Pokok Syurga
Keesokan pagi, saya terkejut apabila ternampak satu lagi tetamu semasa waktu makan tengah hari. Penziarah kedua merupakan seekor ular pokok syurga. Panjang ular itu kira-kira 1 meter. Walaupun saya takut seperti tikus tetapi saya terpaksa menghapuskan ular itu demi keselamatan keluarga saya.

Dengan serta-merta, saya tutup semua pintu bilik dalam rumah. Kemudian saya mencari sebatang kayu untuk bertarung dengan ular itu. Pukulan pertama terkena badan ular. Saya menghentam kepala ular dalam serangan berikutnya. Ular itu tunduk kepada saya di lantai. Untuk memastikan ular itu betul-betul mati, saya memukul kepala ular itu berkali-kali.

Pautan Berkaitan
Kaktus Memekar Bunga Merah

Peminat Muda Michael Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom


Saturday, May 29, 2010

Anggerik Memekar Tanpa Ketakutan Atau Memihak

Anggerik
Saya hidup dalam keadan kesukaran selepas bersara. Semoga, saya boleh mendapat sedikit wang untuk menyarai perbelanjaan harian.

Anggerik saya memekar pada akhir-akhir ini. Orang Cina mempercayai bahawa bunga berkembang merupakan satu tanda kekayaan dan kemakmuran. Malangnya, saya tidak menjadi kaya, sebaliknya menjadi lebih miskin.

Anggerik
Oleh kerana saya tidak pernah terlibat dalam jenayah dan tidak mempunyai masalah kewangan, saya tidak akan takut polis, pegawai SPRM atau lintah darat mengetuk pintu rumah saya pada tengah malam. Walaupun saya miskin tetapi saya tidak ada apa-apa untuk dirisaukan.

Penyair kedesaan Cina---Tao Qian (365-427), juga dikenali sebagai Tao Yuan Ming, ialah seorang penyair terkenal Dinasti Jin Timur. Beliau tidak akan menunduk seperti seorang hamba untuk ganjaran saraan hidup. Selain itu, beliau enggan bersubahat dengan pegawai-pegawai yang rasuah dan meletakkan jawatannya.

Sebagai seorang guru, saya menjalankan tugas tanpa ketakutan atau memihak. Saya bersara pilihan kerana tidak puas hati terhadap pegawai-pagawai yang tidak prihatin dan munasabah. Secara kebetulan, Tao Qian dan saya suka berkebun serta menikmati kehidupan desa.

Pautan Berkaitan
Kaktus Memekar Bunga Merah

Peminat Muda Micheal Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom


Wednesday, May 26, 2010

Kaktus Memekar Bunga Merah

Kaktus

Semasa Tahun Baru Lunar pada bulan Februari tahun ini, isteri saya membeli tiga kaktus kecil di Tesco.

Kaktus

Anak sulung saya membawa salah satu kaktus itu ke Selangor. Kaktus yang kedua menerbang ke Seoul bersama anak bongsu saya. Isteri saya menyimpan kaktus yang ketiga di rumah kami.

Kaktus

Saya mendapati bahawa kaktus berbunga ketika saya sedang menyapu lantai di depan rumah. Saya sungguh kagum melihat keadaan itu. Saya tidak sabar untuk mengambil beberapa gambar kaktus yang berkembang.

Kaktus

Daya hidup kaktus amat luar biasa. Walaupun persekitaran paling teruk, kaktus tetap hidup dengan gigih. Kaktus melambangkan ketabahan dan tidak akan menyerah dengan mudah.

kaktus

Kaktus memekar merupakan mencapai kejayaan yang cemerlang setelah berusaha dengan sedaya upaya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Sunday, May 23, 2010

Istana Gyeongbok Korea Selatan

Istana Gyeongbok
Gambar terpapar di atas ialah Gyotaejeon Istana Gyeongbok. Gyotaejeon dijadikan tempat kediaman permaisuri semasa Dinasti Joseon Korea.

Istana Gyeongbok yang terletak di utara Seoul merupakan salah satu daripada lima istana Dinasti Joseon Korea. Sebagai sebuah istana purba, Istana Gyeongbok amat sesuai untuk penggambaran filem dan drama televisyen keluarga diraja.

Patung-patung zodiak
Patung Zodiak
Patung-patung zodiak yang berada dalam Istana Gyeongbok mendedahkan pengaruah kebudayaan Cina di Korea Selatan. Menurut pemandu pelancong, mengambil gambar dengan patung zodiak anda akan membawa anda nasib baik. Saya tidak membuat demikian, jika tidak mungkin saya telah menjadi kaya raya.

Tiang Kayu Berkepala Manusia
Selain patung-patung zodiak Cina, terdapat tiang-tiang kayu yang diukir dengan kepala manusia di Istana Gyeongbok. Tiang-tiang kayu itu bertujuan untuk menakutkan syaitan. Peranan tiang-tiang kayu itu seolah-olah dewa pintu dan dewa tanah orang Cina.

Dolharubang
Lambang Pulau Jeju---Dolharubang juga muncul dalam kawasan Istana Gyeongbok. Orang Korea Selatan menganggap Dolharubang sebagai santo penaung Pulau Jeju.

Berdasakan cerita rakyat Korea Selatan, wanita yang mandul akan hamil setelah membelai Dolharubang. Kepala Dolharubang mirip kelamin lelaki. Itulah sebabnya ada legenda sebegini.

Pautan Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan

Muzium Rakyat Korea Selatan

Everland Theme Park Korea Selatan


Wednesday, May 19, 2010

Sotong Panggang Dengan Mentega Korea Selatan

Sotong Panggang Dengan Mentega Korea Selatan
Anak saya pulang dari Seoul untuk merayakan Tahun Baru Lunar pada Januari tahun ini. Dia membawa balik sebagasi makanan dan barangan Korea Selatan termasuk ma-ci, mi-fang, pai keju, teh hijau, rumpai laut, kraft tangan, camca keluli, mangkuk keluli, pati ginseng, teh ginseng, gula-gula ginseng, alas gelas kayu, makanan ringan bijirin dan sotong panggang dengan mentega.

Sotong Panggang Dengan Mentega Korea Selatan
Rasa sotong Korea Selatan berbeza dengan sotong Malaysia. Perbezaan itu mungkin adalah disebabkan oleh adat resam yang berlainan di antara Malaysia dan Korea Selatan. Sotong Malaysia sama ada terlalu pedas atau masin, jika tidak sangat manis. Sotong Korea Selatan berbau kaharuman mentega.

Walaupun sotong Korea Selatan sangat lazat tetapi anda lebih baik jangan cuba tanpa gigi yang kuat dan tajam.

Pautan Berkaitan
Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan

Barang Hiasan Telefon Bimbit Korea Selatan


Sunday, May 16, 2010

Alas Gelas Kayu Korea Selatan

Alas Gelas Kayu Korea Selatan
Saya telah menulis beberapa artikel mengenai alatan dapur keluli (Camca, Mangkuk dan Penyepit) Korea Selatan. Kini, saya memperkenalkan alas gelas kayu Korea Selatan.

Perkakas dalam gambar di atas ialah alas gelas kayu. Ia dibuat daripada manik-manik kayu yang diikat dengan tali.

Alas Gelas Kayu Korea Selatan
Ini merupakan satu lagi alas gelas kayu yang anak saya beli di Seoul. Sebenarnya alas gelas kayu ini dibuat di Vietnam.

Alas Gelas Kayu Korea Selatan
Alas gelas kayu boleh diletakkan di bawah cawan, gelas atau mangkuk untuk melindungi permukaan meja dari haba, cecair dan calar-calar.

Pautan Berkaitan
Cawan Mini Korea Selatan

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan
Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan

Tuesday, May 11, 2010

Camca Keluli Korea Selatan

Camca Keluli Korea Selatan
Sebelum ini, saya telah menulis tentang mangkuk dan penyepit keluli Korea Selatan. Dalam artikle ini, saya memperkenalkan camca keluli Korea Selatan.

Terdapat empat camca keluli dalam satu set. Saya terlupa bertanya anak saya mengenai harga camca keluli ini.

Camca Keluli Korea Selatan
Isteri saya menggunakan camca keluli untuk cedok garam, cili dan kicap. Saya pula menggunakan camca keluli untuk mengaduk minuman.

Pautan Berkaitan
Cawan Mini Korea Selatan
Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan

Sunday, May 9, 2010

Makanan Ringan Rumpai Laut Korea Selatan

Rumpai Laut Korea Selatan
Gambar terpapar di atas merupakan rumpai laut Korea Selatan yang berbeza dengan rumpai laut saya sebutkan sebelum ini. Rumpai laut yang saya menulis dalam artikel sebelumnya berbentuk hirisan tetapi rumpai laut ini berbentuk zarah.

Rumpai Laut Korea Selatan
Dari gambar kedua anda dapat melihat bahawa rumpai laut bercampur dengan bahan lain. Benda yang lebih besar dan berwarna merah itu ialah udang kering. Objek berbentuk bujur dan berwarna kuning itu ialah lenga. Bahagian hitam dalam gambar ialah rumpai laut.

Rumpai laut ini lebih lazat kerana telah dicampur dengan lenga dan udang kering. Anda boleh makan rumpai laut ketika memakan. Anda juga boleh menaburkan rumpai laut pada roti dan dihidang dengan teh atau kopi. Saya lebih suka makan rumpai laut dengan minuman semasa menonton rancangan televisyen kegemaran.

Pautan Berkaitan
Ma Ci Korea Selatan
Mi-Fang Korea Selatan
Pai Keju Korea Selatan


Thursday, May 6, 2010

Rumpai Laut Korea Selatan

Rumpai Laut Korea Selatan
Adakah anda tahu benda terpapar di atas? Untuk pengetahuan anda, benda ini ialah rumpai laut Korea Selatan.

Sekiranya anda biasa makan sushi (Makanan Jepun) maka anda tentu mengetahui rumpai laut. Rumpai laut merupakan salah satu bahan membuat sushi.

Rumpai Laut Korea Selatan
Orang Korea menggunakan rumpai laut untuk membuat makanan juga iaitu kimbap. Terdapat sebuah syarikat rangkaian makanan segera---Kimbap Chonguk di Korea Selatan yang menjual kimbap.

Rumpai laut digunakan untuk menggulung nasi bersama telur, keju, sayuran dan ikan/daging lembu. Biasanya sayuran yang diguna termasuk timun, bayam, lobak dan lobak merah. Makanan laut terdiri daripada ikan tuna, sotong dan daging ketam.

Pautan Berkaitan
Ma Ci Korea Selatan
Mi-Fang Korea Selatan
Pai Keju Korea Selatan


Saturday, May 1, 2010

Makanan Ringan Bijirin Korea Selatan

Makanan Ringan Bijirin Korea SelatanLenga

Orang Korea Selatan bukan sahaja menyambut Tahun Baru Lunar, bahkan terdapat banyak makanan Korea Selatan serupa dengan makanan orang Cina. Sebelum ini, saya telah menulis dua buah artikel berhubung dengan ma-ci dan mi-fang. Kini, saya akan memperkenalkan makanan ringan bijirin Korea Selatan.

Makanan Ringan Bijirin Korea Selatan
Barli

Proses membuat makanam ringan bijirin lebih kurang sama dengan cara membuat mi-fang. Di antara mi-fang, ma-ci dan makanan ringan bijirin, saya lebih gemar mi-fang yang rangup. Makanan ringan bijirin terlalu manis dan tidak begitu garing.

Pautan Berkaitan
Pai Keju Korea Selatan
Teh Hijau Korea Selatan

Teh Ginseng Korea Selatan