Sunday, December 2, 2012

Adun Sekinchan Ng Suee Lim

Ng Suee Lim

Apabila sebut tentang Sekinchan, tentulah harus memperkenalkan Adun Sekinchan Ng Suee Lim.

Ng Suee Lim berperanan penting dalam peningkatan industri pelancongan Sekinchan. Oleh sebab itu, beliau amat dihormati oleh penduduk Sekinchan.

Parti pembangkang tewas teruk dalam pilihan raya umum tahun 2004. DAP hanya tinggal dua wakil di Dewan Undangan Selangor, iaitu Teng Chang Khim dan Ng Suee Lim. Mereka berganding bahu memperjuang dengan seboleh-bolehnya untuk mengasaskan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor. Akhirnya, Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Selangor pada 3 Mac 2008.

Semasa pilihan raya kecil di Merlimau pada tahun 2011, Ng Suee Lim muncul di ceramah Pakatan Rakyat. Beliau berkempen untuk calon dari Parti PAS, Yuhaizad. Sudah berulang kali mendengar Ng Suee Lim berucap di ceramah politik. Beliau sungguh mahir berpidato dan bertutur dalam bahasa Jawa. Lawan politik Ng Suee Lim sangat takut akan beliau, terutama Menteri Pertanian Noh Omar.

"Roti Najib tanpa telur" merupakan kata Ng Suee Lim yang paling terkenal. Sebenarnya Ng Suee Lim menyindir Perdana Menteri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen dan mengumum tarikh pilihan raya umum ke-13.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Kampung Nelayan Bagan Sekinchan
Bersembang Dengan Nelayan Sekinchan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.