Sunday, November 28, 2010

Ceramah Perdana Pas Sungai Rambai Melaka

Ceramah Perdana Pas Sungai Rambai Melaka
Pas Cawangan Sungai Rambai Melaka telah mengadakan Majlis Makan Malam & Ceramah Perdana pada 26/11/2010.

Haji Mohamad Sabu
AJK Pas Pusat Haji Mohamad Sabu merupakan salah satu penceramah pada malam itu. Saya sungguh kagum terhadap bakat beliau berpidato.

Haji Mohamad Sabu berpendapat bahawa keadaan politik Malaysia masih berada dalam zaman primitif. Di negara-negara maju, pemimpin parti politk tidak berkempen secara berceramah. Mereka mengumumkan dasar parti melalui siaran televisyen. Oleh kerana media telah dimonopoli oleh BN, pemimpin parti PR terpaksa berturut-turut berceramah di seluruh pelusuk Malaysia.

Haji Mohamad Sabu menyeru orang Melayu Melaka mengubah pemikiran supaya menolak BN dan memberi sokongan kepada PR.

Pautan Berkaitan
Jamuan DAP Melaka
Katak Politik 1Malaysia
Jamuan DAP Bentayan Johor

Wednesday, November 3, 2010

Jamuan DAP Melaka

Lim Guan Eng
DAP Melaka telah mengadakan Jamuan Makan pada 11 Oktober di Dewan SM Pay Fong, Melaka.

Ketua Menteri Kerajaan PR Penang Lim Guan Eng merupakan salah satu pembicara pada malam itu. Beliau bercerita tentang prestasi cemerlang Kerajaan PR di Penang. Di samping itu, beliau juga membidas BN yang makin kehilangan sokongan rakyat. Para hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Ketua Menteri Lim. Senyuman terbayang di wajah beliau, seolah-olah PR sudah berhijrah ke Putra Jaya.

Tony Pua
Turut berucap di Jamuan Makan DAP Melaka ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. Beliau mengutarakan masalah ekonomi Malaysia yang genting kepada orang Melaka. Terutama skandal PKFZ yang melibatkan duit rakyat beratusan juta.

Teo Nie Ching
Mendengar Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berpidato, mengingatkan saya imbas kembali semasa berkhidmat di sekolah.

Teo Nie Ching mendedahkan bahawa setelah beliau menjadi bintang muka pertama Utusan Malaysia, Polis Diraja Malaysia mengundang beliau ke balai polis berbual-bual. Nasib baik beliau tidak tinggalkan nota yang menyatakan "Minta maaf, saya sangat penat. Selamat tinggal". Kalau tidak kawasaan Serdang terpaksa mengadakan pilihan raya kecil. Saya juga tidak berpeluang bersalam dengan beliau.

Goh Leong San
Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San mengejek Negeri Melaka sebagai Negeri Terutama Dilanda Banjir dan Negeri Mengutamakan Saku. Beliau tidak menjelas dengan lanjut tentang maksud Negeri Mengutamakan Saku tetapi masalah banjir yang dihadapi oleh penghuni kota Melaka memang amat teruk.

Kota Melaka yang berjaya disenarai sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO sentiasa dilanda banjir. Ketua Menteri Melaka Ali Rustam harus memohon keadaan banjir terdapat di kota Melaka disenaraikan dalam rekod Guinness.

Pautan Berkaitan
Katak Politik 1Malaysia
Jamuan DAP Bentayan Johor
Pemimpin DAP Teng Chang Khim