Monday, July 29, 2013

Pantai Merang Terengganu

Pantai Merang

Pantai Merang terletak sekitar 30 km di utara Kuala Terengganu. Bayu sepoi dan pasir putih Pantai Merang sungguh menawan.

Berpisah dengan Pantai Irama, kami terus menuju ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke destinasi, kami masuk ke balai polis di Kuala Besut untuk menanya jalan ke Kuala Terengganu.

Kami tidak mengambil foto di Kuala Besut. Jika tidak boleh muat naik gambar Kuala Besut.


Pantai Merang

Rasa letih berkembara, rehat sebentar lalu menikmati keindahan pemandangan Pantai Merang. Sama ada ingin bermalam di Merang atau meneruskan perkembaraan, boleh membuat keputusan mengikut kehendak anda. Selain kediaman murah, terdapat resort bertaraf bintang di Merang.

Merang merupakan satu lokasi ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah serta Pulau Bidong. Pelancong yang tidak sempat ke pulau-pulau singgah semalam di Merang. Keesokan baru bertolak dari Merang ke pulau yang ingin melawat.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang
Buruan Kamera Di Bukit Fraser

Wednesday, July 24, 2013

Galeri Macau Melaka

Galeri Macau

Saya telah pergi ke Galeri Macau pada awal bulan Julai.

Galeri Macau terletak di Bukit Peringgit, Melaka. Bangunan berhampiran dengan Galeri Macau merupakan tempat kediaman orang bernamaan dan pegawai tinggi Kerajaan Melaka.


Galeri Macau

Kebetulan Galeri Macau tutup pada hari itu. Hanya boleh mengambil gambar di luar kawasan Galeri Macau. Tidak tahu apa pameran yang didapati di dalam Galeri Macau.

Galeri Macau

Kerajaan Melaka merancang menjadikan kawasan tersebut sebagai Kawasan Galeri Antarabangsa. Tetapi malangnya Kerajaan Melaka agak lembab dalam projek ini.

Selain Galeri Macau, terdapat Galeri Cuban dan Institut Seni Malaysia Melaka di Bukit Peringgit. Kedua-dua Galeri Cuban dan Galeri Macau ditubuhkan pada 2007 dan 2009 masing-masing. Tidak tahu tarikh Institut Seni Malaysia Melaka ditubuhkan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Melaka
Kafe Ais Tai Chong Melaka
Misteri Buah Pokok Melaka
Politeknik Merlimau Melaka
Dusun Selandar Jasin Melaka

Friday, July 19, 2013

Taman Burung Unta Pengerang

Pengerang

Ketika melancong ke Pengerang, kami berkunjung ke taman burung unta yang terletak di Jalan Teluk Ramunia.

Tiba di taman burung unta sudah menjelang senja. Oleh kerana taman burung unta akan tutup, kami tidak membeli tiket masuk ke dalam taman burung unta. Sebab itu tidak berpeluang mengambil foto burung unta untuk dimuat naik.


Pengerang

Anak burung unta ini baru menetas diletak dalam peti kaca untuk pelawat melihat dan mengambil gambar.

Pengerang

Tudung lampu yang dibuat daripada telur burung unta sungguh menarik. Anda boleh membeli tudung lampu telur unta dan bawa balik sebagai kenangan.

Pengerang

Selain tudung lampu telur burung unta, terdapat juga kartun burung unta yang dibuat daripada bulu burung unta.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Restoran Lobster Sg Rengit
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Penduduk Membantah RAPID

Sunday, July 14, 2013

Menara Meninjau Bukit Signal KK

Bukit Signal

Menara meninjau Bukit Signal merupakan tapak tertinggi di Kota Kinabalu.

Menaiki teksi dari bandar KK ke Bukit Signal mengambil masa 5 hingga 10 minit. Tambang teksi lebih kurang RM 10++ dan ingat menawar harga sebelum menaiki teksi.

Sekiranya kaki anda kuat dan badan sihat, anda boleh berjalan kaki ke Bukit Signal sebagai senaman.


Bukit Signal

Menara meninjau tersebut diberi nama Menara Meninjau Bukit Signal kerana dibina di Bukit Signal. Anda boleh mengambil angin di menara meninjau sambil mengamati pemandangan KK yang indah.

Kota Kinabalu

Jalan di sebelah kiri ialah Medan Australia dan jalan di tengah ialah Jalan Balai Polis.

Selain asrama pengembara, terdapat banyak syarikat percetakan dan kedai-kedai setem getah di Medan Australia. Kopitiam Borneo juga terletak di Medan Australia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambil Angin Di Pulau Sapi
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK

Tuesday, July 9, 2013

Pasar Sekinchan Selangor

Pasar Sekinchan

Berkunjung ke pasar Sekinchan ketika bercuti di Sekinchan. Singgah di gerai buah-buahan ini untuk mengambil gambar.

Nanas

Terdapat sehimpun nanas di gerai buah-buahan tersebut. Saya rasa nanas itu hasil tanaman petani Sekinchan.

Nanas ada pelbagai kebaikan terhadap kesihatan. Makan nanas sekeping sehari, sistem kekebalan anda terlindung.

Kelebihan nanas termasuk mencerahkan kulit, menurunkan berat badan, melegakan batuk bronkitis, menurunkan tekanan darah, mencegah jangkitan selsema dan memulihkan masalah sembelit.


Petai

Berpapan-papan petai didapati di gerai yang dimiliki Melayu. Selain menjadi bahan masakan, petai juga berfaedah kepada kesihatan.

Sambal udang petai merupakan kegemaran saya. Disamping itu sambal belacan petai, ikan bilis goreng petai dan sambal ikan bilis petai enak juga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Ambil Angin di Pantai Redang
Hotel Harbour View Sekinchan

Saturday, July 6, 2013

Dusun Selandar Jasin Melaka

Dusun Selandar

Dusun Selandar terletak di Selandar Jasin, Melaka. Jarak antara Dusun Selandar dan bandar Melaka lebih kurang 30 km.

Kebanyak pokok buah-buahan terdapat di Dusun Selandar ialah pokok buah naga. Selain pokok buah naga, pokok buah-buahan yang didapati di Dusun Selandar termasuk pokok durian, pokok manggis, pokok jambu air, pokok limau bali, pokok kedongdong dan pokok buah passion.


Dusun Selandar

Dusun Selandar dibuka kepada orang awam percuma selama sebulan iaitu 15/6/13--15/7/13.

Selepas tempoh percuma, bayaran masuk adalah seperti di bawah.

Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5

Masa Dibuka
10 pagi--6 petang


Buah Passion

Buah passion juga dikenali sebagai buah susu atau buah markisa. Pokok buah passion merupakan tumbuhan menjalar. Buah passion mengandungi serat, zat galian, vitamin dan antioksidan.

Buah Jambu Air

Buah jambu air yang tergantung diranting pokok itu tidak begitu merah. Saya rasa pokok jambu air jenis yang biasa.

Angsa Muka Hitam

Ada sebuah kolam di Dusun Selandar. Bot kayuh disediakan untuk pengunjung bermain.

Angsa muka hitam ini naik dari kolam. Kemungkinan angsa ini terlalu penat setelah berenang di kolam. Apabila mengetahui ada pelawat mengambil foto, angsa ini asyik berpose di depan kanta kamera. Ternyatalah angsa ini gemar mengambil gambar.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Melaka
Kafe Ais Tai Chong Melaka
Misteri Buah Pokok Melaka
Politeknik Merlimau Melaka

Wednesday, July 3, 2013

Buruan Kamera Di Bukit Fraser

Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan destinasi peranginan tanah tinggi yang terletak di Pahang.

Selain Bukit Fraser, terdapat dua destinasi pelancongan tanah tinggi di Pahang yang digemari oleh pelancong ia-itu Genting dan Cameron Highlands.


Bukit Fraser

Bukit Fraser bergelaran "Little Britain" kerana banyak bangunan di situ berunsur seni bina British.

Bangunan ini ialah "Smokehouse" yang di bina pada zaman jajahan British dan dikekalkan hingga sekarang. Pada masa dahulu, orang British menginap di Smokehouse ketika mereka bercuti di Fraser Hill.


Bukit Fraser

Pemandangan di Bukit Fraser sungguh mempesona. Sekiranya anda suka mengambil gambar, Bukit Fraser amat sesuai untuk anda berkunjung.

Bukit Fraser

Pelbagai flora dan fauna didapati di Bukit Fraser. Saya belum sampai tahap mengambil foto burung. Oleh sebab itu, bunga-bunga menjadi sasaran buruan kamera saya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Jerik Maran Pahang
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sehari Temerloh Pahang