Saturday, September 29, 2012

Menginap Di Country View Inn Sungai Lembing

Country View Inn

Country View Inn terletak di persimpangan Jalan Pasar dan Jalan South Main, Sungai Lembing.

Ketika kami bercuti di Sungai Lembing, kami singgah semalam di Counry View Inn. Kebetulan medan selera Sungai Lembing berada di hadapan Country View Inn. Pasar Sungai Lembing dan SJKC Lembing juga berhampiran dengan Country View Inn. Terdapat beberapa buah pasar mini di sepanjang jalan utama Sungai Lembing.


Country View Inn

Country View Inn merupakan sebuah banguan bertingkat tiga. Terdapat dua buah bilik tetamu dan beberapa buah bilik mandi di tingkat bawah.

Ini foto bilik tetamu tunggal di tingkat kedua. Bilik tetamu ini sesuai untuk pengunjung berkeluarga. Tetapi agak sayangnya tiada bilik mandi di dalam bilik tetamu ini. Keadaan akan menjadi lebih selesa jika ada bilik mandi dalam bilik tetamu ini.


Country View Inn

Selain itu, tingkat kedua Country View Inn memiliki sebuah ruang tamu. Anda boleh berehat, berbual, membaca atau menonton rancangan TV di ruang tamu.


Sebuah peti sejuk dan air minuman tersedia oleh Country View Inn. Ini terbukti pemilik Country View Inn sungguh mesra pelanggan.


Memandang dari beranda di tingkat dua, seluruh pandangan jalan Sungai Lembing terpapar di depan mata anda.

Anda boleh mengadakan hari jadi di beranda. Sekiranya anda ingin minum dan berbual-bual dengan kawan, anda dipersilakan dan selamat bercuti di Sungai Lembing.

Hubungi: 019-9126369(Ms Fanny)
Alamat: 40, South Main Street, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Thursday, September 27, 2012

Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam Belanda

Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam

Selepas 12 jam penerbangan jarak jauh, pesawat MAS mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Belanda.

Terletak 15 km dari pusat bandar Amsterdam, Lapangan Terbang Schiphol merupakan tempat asal pesawat KLM Belanda. Lapangan Terbang Schiphol bersambung rapat dengan bandar Belanda lain seperti Hague, Utrecht and Rotterdam.

Terdapat beberapa pilihan untuk anda pergi ke bandar-bandar tersebut dari Lapangan Terbang Schiphol. Antaranya ialah menaiki bas, kereta, kereta api atau penerbangan domestik.

Kebanyakan hotel di Amsterdam menawarkan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik dari hotel ke lapangan terbang. Lapangan Terbang Schiphol hanya 20 minit memandu ke Amsterdam. Anda sama ada boleh bertolak dengan teksi atau keretapi. Tambang teksi sebanyak 42 Euro dan tambang ketera api pula berhaga 4 Euro.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ekspo Matta Melaka Mitc 2012
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan

Monday, September 24, 2012

Makan Di Suwon Maio Maio Itali Restoran

Restoran Maio Maio

Pada malam kedua kami bersinggah di Suwon, kami makan malam di Restoran Maio Maio. Restaron Maio Maio merupakan sebuah restoran Itali yang terletak di tingkat tertinggi di Plaza AK di Suwon Station.

Salad Buah-buahan

Salad buah-buahan ini salah satu hidangan yang anak kami memesan. Sungguh enak rasanya salad buah-buahan ini. Bahan-bahan salad buah-buah terdiri daripada kiwi, oren, tauge, nanas, pisang, belimbing, kubis Cina dan tomato mini.

Pasta Makanan Lautan

Sajian kedua makan malam kami ialah pasta makanan laut. Rasa pasta makanan laut ini berbeza dengan pasta yang isteri saya masak. Sebagaimana terpapar dalam foto di atas, ramuan pasta makanan laut termasuk timun, udang, sotong, brokoli dan hirisan tomato.

Nasi Makanan Laut

Santapan terakhir kami ialah nasi makanan laut. Nasi makanan laut ini juga tidak sama dengan apa yang saya pernah makan sebelum ini. Cara memasak nasi makanan laut ini juga berlainan. Selain nasi dan makanan laut, terdapat telur, jagung, tomato, kiub lobak dan kacang hijau.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Minum Kopi Bene Di Suwon
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Friday, September 21, 2012

Pekan Udang Karang Sungai Rengit Pengerang

Sungai Rengit

Sungai Rengit merupakan sebuah pekan aman damai di Pengerang, Johor. Pekan pantai ini terkenal dengan udang karang yang lazat.

Ketika kunjungan 3 hari 2 malam ke Pengerang, kami merasi makanan laut yang segar dari laut untuk setiap hidangan.

Oleh kerana terdapat terlalu banyak restoran makanan laut di Sungai Rengit, sekiranya anda ingin memburu makanan laut di Sungai Rengit, anda harus membuat kajian sebelum berlepas.

Demi artikel seterusnya tentang Pengerang, saya akan blog mengenai restoran-restoran makanan laut di Sungai Rengit.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

Tuesday, September 18, 2012

Membeli-belah Di Suwon Youngtong Grand Mart

Teh Buah-buahan

Selepas minum kopi di Caffe Bene, kami membeli-belah di Youngtong Grand Mart.

Masuk ke Youngtong Grand Mart, jurujual menyambut kami dengan senyuman manis. Kami tidak faham apa yang disebutkan oleh mereka. Kemungkin mereka mengatakan selamat datang dan selamat membeli-belah.

Anak kami membeli sebungkus strawberi, beberapa pear kristal, sebungkus serbuk moka, dua tin beer Korea Selatan, sekotak teh buah-buahan dan sekotak teh kekwa Lipton. Saya dan isteri membeli sehelai jaket hitam masing-masing.

Untuk artikle berikutnya yang berhubung dengan perjalanan di Korea Selatan, saya akan cerita tentang makan malam di restoran Itali di Suwon.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Saturday, September 15, 2012

Minum Kopi Bene Di Suwon Korea Selatan

Kopi Bene

Selepas menikmati ladu kimchi Suwon, kami beralih ke Caffe Bene berhampiran untuk minum kopi.

Musim bunga Suwon pada April masih sejuk. Suhu pada ketika itu antara 10°C ke 20°C. Minum kopi wangi sambil mendengar anak menceritakan kehidupannya di Suwon.

Hujan renyai di luar cafe telah berhenti. Kami keluar dari cafe dan menuju ke Youngtong Grand Mart.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Thursday, September 13, 2012

Bersantai Di Pekan Sekinchan Selangor

Sekinchan

Pada perayaan berkembar iaitu Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, saya dan isteri pergi ke Sekinchan untuk menikmati makanan laut yang enak.

Saya masih sibuk meskipun telah lama pencen. Di samping menaip artikel blog sebagai urusan harian, saya perlu melakukan kerja tambahan untuk menyara hidup selepas bersara. Itulah sebabnya saya menyiapkan artikel ini selepas melawat Sekinchan setahun dulu.

Sekinchan terletak di selatan Daerah Sabak Bernam di bahagian utara Selangor. Pekan ini terkenal dengan industri perikanan dan pengeluaran padi. Pemandangan sawah padi dan pelabuhan perikanan Sekinchan sungguh menawan.

Kini, Sekinchan berjaya menjadi lokasi popular untuk penggambaran filem dan drama televisyen.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kolej New Era Kajang Selangor
Kenangan Di SJKC Yu Hua Kajang

Monday, September 10, 2012

Berlepas Ke Eropah Bersama MAS

Perancis

Saya dan isteri melarikan diri dari Malaysia dan merantau di Eropah Barat selama beberapa hari pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Berikutan melancong ke Jeju dan Seoul di Korea Selatan pada April, kami mengucap selamat tinggal kepada kehidupan berkulat dan berkemas untuk merayau sekali lagi.


Kami mengubah destinasi perjalanan dari Asia ke Eropah bagi pelarian bab ini. Lawatan 10 hari 7 malam meliputi Belgium, Belanda dan Perancis.


Kami berlepas di KLIA pada Ogos 20 dan kembali dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris pada Ogos 28. Persinggahan pertama ialah ibu negara Belanda, Amsterdam. Dari Amsterdam, kami menaiki bas persiaran ke Bruges dan Brussels, Belgium. Akhirnya kita sampai di bandar romantis, Paris.

Selepas akhirnya perayauan di Eropah, saya terpaksa memulakan semula kehidupan pesara yang membosankan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ekspo Matta Melaka Mitc 2012
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan

Friday, September 7, 2012

A Samad Said Berjuang Bersama Bersih

A Samad Said

Pengerusi Bersama Bersih A Samad Said merupakan salah seorang tetamu kehormat yang muncul di Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.

A Samad Said ialah seorang penyair dan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau telah dianugerahkan berturut-turut demi karya sastranya yang cemerlang. Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985) and Sasterawan Nusantara (1999).

Selain daripada pengiktirafan dalam bidang sastera, A Samad Said juga dikurniakan "Datuk" oleh Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 1997. "Salina", novel A Samad Said yang paling popular telah disiapkan dalam tahun 1958 dan diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1961.

Oleh kerana tidak puas hati terhadap Barisan Nasional, A Samad Said berazam untuk menyertai Bersih dan dan terlibat secara aktif dalam gerakan sosial sejak 2011. Malah cendekiawan juga membantah kerajaan, terbukti transformasi BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Pencegah Pengundi Hantu Hishamuddin Rais

Wednesday, September 5, 2012

Pawagam Lido Melaka Dijilat Api

Pawagam Lido

Bekas Pawagam Lido dibakar hangus api sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kejadian tersebut berlaku pada larut malam. Seluruh bangunan telah musnah dalam seketika.

Disebabkan kemerosotan industri filem pada tahun 80an, teater ini dijadikan Emporium Lai Lai. Kemudian berubah lagi sebagai Supermarket Khelass.


Pawagam Lido

Kebakaran itu turut menelan lebih daripada 10 gerai makanan, gerai buah-buahan dan gerai Mamak di luar Supermarket.

Panggung wayang Lido yang teletak di Jalan Kee Ann merupakan lokasi melepak peminat filem berpuluh-puluh tahun lalu. Saya percaya bahawa generasi muda tidak tahu pusat membeli-belah sebelum ini adalah teater.

Masa berlalu dan keadaan berubah. Pawagam-pawagam lama tidak wujud lagi, anda perlu berkunjung pawagam terdapat di pusat membeli-belah besar dan harga tiket amat mahal.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ekspo Matta Melaka Mitc 2012
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka

Sunday, September 2, 2012

Ekspo Matta Melaka Mitc 2012

Ekspo Matta

Ekspo Matta Melaka diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September di Malacca International Trade Center (MITC).

Pameran pelancongan Matta adalah satu acara pelancongan tahunan yang disokong dengan meluas oleh agensi-agensi pelancongan dan orang awam yang gemar melancong. Ekspo tersebut menyediakan pelbagai pakej cuti dan melancong ke seluruh dunia di satu tempat.

Malacca International Tourism Show and Malaysian Association of Tour and Travel Agents bekerja sama menganjurkan pameran pelancongan ini. Masa melawat ke Ekspo Matta adalah dari 10.30 pagi hingga 9.30 malam. Menteri Pelancongan Ng Yen Yen dan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam diundang untuk merasmikan pameran pelancongan itu.

Pengunjung pameran merebut-rebut produk pelancongan menarik yang ditawarkan oleh agensi pelancongan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Melancong Di Mutiara Timur Hong Kong
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan