Sunday, December 25, 2016

Musuh Semula Jadi Lalat Putih


Kumbang Kura-kura

Pada bulan Oktober, saya beli dua pokok bunga kekwa di Tesco. Didapati daun kedua-dua pokok kekwa itu banyak titik-titik putih.

Setelah mencari Google, baru saya mengetahui titik-titik itu merupakan telur lalat putih. Tidak lama kemudian, pasu bunga dan pokok bunga kekwa penuh dengan larva lalat putih yang amat jijik.

Semasa memikir cara untuk mengatasi masalah yang menjengkelkan, tiba-tiba ternampak beberapa ekor kumbang kura-kura sedang sibuk makan telur dan larva lalat putih.

Kumbang kura-kura ialah pembantu baik pekebun. Menurut informasi Google, kumbang kura-kura berperanan sebagai musuh semula jadi lalat putih.

Alam semula jadi sungguh menakjubkan kerana setiap makhluk yang hidup mempunyai musuh semula jadi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Menuju Kehidupan Ringkas
Merasai Kopi Aroma Colombia

Wednesday, December 7, 2016

Akibat Minyak Masak Naik Harga


Minyak Masak

Harga minyak masak naik mengakibatkan saya menghadapi pelbagai masalah.

Isteri saya sentiasa menegaskan kurang gula, kurang garam dan kurang minyak berhubung dengan makanan.

Kali ini dia pasti mengambil kesempatan tidak guna minyak masak. Dia akan menggunakan air memasak sayur dan mengukus ikan serta ayam. Mulai dari sekarang, saya terpaksa hidup dalam keadaan tanpa minyak masak.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Menuju Kehidupan Ringkas
Merasai Kopi Aroma Colombia

Friday, December 2, 2016

Menuju Kehidupan Ringkas


Menuju Kehidupan Ringkas

Buku yang bertajuk "Hidup Ringkas" ini simpan dalam almari buku lebih 20 tahun. Pada awal bulan lepas, saya baru berpeluang membaca buku ini ketika pergi ke Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka untuk menggantikan beg udara kereta.

Memiliki beberapa almari buku kerana membaca merupakan hobi saya. Berhasrat membaca buku yang saya beli dengan puasnya selepas bersara. Tidak dijangka cita-cita saya tergendala sebab telah ketagih dengan Facebook. Ini terbukti perancangan selalu tidak setimpal dengan hasilnya.

Bersama dengan sesiapa boleh terbang dan informasi boleh didapati dengan mengguna komputer atau telefon pintar, ramai orang ingin menikmati kehidupan yang bermutu tinggi.

Berdasarkan pendapat penulis buku "Hidup Ringkas", kehidupan yang bermutu tinggi bertumpuan kepada gaya hidup dan bukan menunjuk-nunjuk kemewahan. Jangan merumitkan urusan yang mudah. Tidak ikut trend tetapi menitikberatkan keistimewaan. Hidup dengan gembira dan jangan sibuk dengan kerja pada setiap hari.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berehat Dan Berjalan-jalan
Merasai Kopi Aroma Colombia

Saturday, November 26, 2016

Perkhidmatan Kad Maybank Tergendala


Maybank

Urus Niaga kad kredit Maybank saya gagal kira-kira pada pukul 6 petang hari Jumaat.

Saya tidak dapat berhubung dengan pusat perkhidmatan pelanggan melalui telephone setelah kegagalan urus niaga.

Saya juga melayari laman web Maybank tetapi tiada sebarang informasi tentang tergendala perkhidmatan kad kredit.

Apakah terjadi dengan perkhidmatan kad kredit Maybank?

Maybank patut menggunakan sepenuhnya media sosial internet untuk menyampaikan berita tergendala perkhidmatan kad kredit dengan secepat mungkin.

Lebih kurang pada pukul 9 malam, Maybank baru post tweet pertama di twitter dan post terdapat di Facebook pula pada pukul 10 malam.

Keupayaan Maybank bertindak terhadap kecemasan harus diperbaiki.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mengenal Buah Pokok Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka

Thursday, November 17, 2016

Ganti Beg Udara Kereta


Yuchuilang

Pada 30 September, saya pergi ke Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka untuk menggantikan beg udara. Terletak di Krubong, Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka tidak jauh dari rumah saya, lebih kurang 30 minit memandu.

Huang Ming Jian

Sementara menunggu penukaran beg udara, saya ingin akses internet tetapi kelajuan internet pusat perkhidmatan tersebut sungguh lembab. Terpaksa membaca buku yang saya membawa bersama ke pusat perkhidmatan itu.

Pas Keselamatan

Setelah menunggu selama 2 jam 30 minit, juruteknik Pusat Perkhidmatan Toyota Melaka akhirnya siap menggantikan beg udara kereta saya.

Artikel Berkaitan
Mms Tahun Baru Toyota
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, November 10, 2016

Pelan Bandar Kosong TNB


Yuchuilang

Selesai mengemas kini data MyKad, bertolak dari Ayer Keroh ke Ibu Pejabat TNB Melaka.

TNB Melaka

Tiba di Ibu Pejabat TNB Melaka yang terletak di Jalan Bandar Kaba pada waktu 11:32:12 pagi.

TNB Melaka

Tiada pekerja bertugas di kaunter pertanyaan, mungkin pelan bandar kosong sedang dijalankan di Ibu Pejabat TNB Melaka.

TNB Melaka

Sekadar seorang petugas sibuk menangani masalah pelanggan.

TNB Melaka

Gambar terpapar di atas menunjukkan keadaan perkhidmatan yang terdapat di Ibu Pejabat TNB Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mengenal Buah Pokok Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka

Saturday, October 29, 2016

Mengemas Kini Data MyKad


Yuchuilang

Sudah pindah ke kediaman baru lebih daripada setahun. Tidak sempat mengemas kini maklumat kad pengenalan kerana sibuk dengan urusan kerosakan rumah baru.

Yuchuilang

Selepas bersarapan pada pagi 24 September, saya dan isteri saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di Ayer Keroh.

Yuchuilang

Dalam tempuh sejam, Mykad baru sudah siap diuruskan. Kecekapan Jabatan Pendaftaran Negara Melaka patut disanjung tinggi. Setelah mengemas kini data Mykad, kami mengambil gambar di sekitar Jabatan Pendaftaran Negara Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mengenal Buah Pokok Melaka
Legenda Dataran Belanda Melaka

Monday, October 17, 2016

Takoyaki Dan Okonomiyaki


Okonomiyaki

Sebelum melancong di Jepun, saya keliru tentang takoyaki dan okonomiyaki. Semasa berjalan-jalan di Pasar Kuromon, Osaka, saya baru dapat melihat wajah sebenar okonomiyaki. Saya dan isteri saya makan satu okonomiyaki masing-masing. Harga satu okonomiyaki ialah 550 Yen.

Takoyaki

Setelah melawat Istana Osaka, kami menikmati takoyaki perisa asal di Umeda. Hidangan sembilan takoyaki ini berharga 380 Yen atau lebih kurang RM 15.

Waffle Telur

Ini merupakan waffle telur yang saya makan di sebuah kafe di Muar. Waffle telur ini meniru makanan Jepun kerana tergabung daripada takoyaki dan okonomiyaki.

Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Pesona Menara Kyoto
Jalan-jalan Sekitar Muar
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, October 6, 2016

Waktu Kopi Pantree


Yuchuilang

Saya dan isteri saya mengalami waktu kopi luar biasa di ruang kopi Pantree pada bulan lepas.

Pantree

Sebagai seorang peminat kopi, saya selalu mencuba kopi di sekitar Melaka. Akhirnya saya menemui sebuah kedai kopi yang menawarkan kopi aroma.

Cawan Tembikar

Cawan tembikar comel kecil ini merupakan bekas tangan pengurus Pantree.

Pantree

Terletak di Semabok, Melaka, Pantree ialah sebuah cafe kecil di dalam Kedai Organik Just Life. Pemilik Pantree seroang barista cantik. Dia membancuh kopi sempurna untuk penggemar kopi.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Menikmati Kopi Di Volendam
Minum Kopi Di Saint Germain

Saturday, October 1, 2016

Berehat Dan Berjalan-jalan


Yuchuilang

Sibuk dengan urusan remeh-temeh setiap hari.

Berehat seketika untuk tenangkan fikiran yang terdesak.

Berjalan-jalan ke sini sana sambil selfie di pemandangan yang indah.

Artikel Berkaitan
Kebun Sayur Mini
Jangan Menyeksa Diri
Kopi Aroma Colombia
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, September 17, 2016

Bunga Kaktus Membawa Tuah


Kaktus

Apabila kaktus mekar, anda akan bernasib baik.

Kaktus

Menanam pokok bunga sebagai hobi setelah bersara.

Kaktus

Sungguh gembira melihat kaktus mekar bunga merah.

Kaktus

Kaktus yang dihias seperti burung amat unik.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Anggerik Mekar Tanpa Ketakutan

Thursday, September 8, 2016

Kaktus Mekar Bermakna Istimewa


Kaktus

Melawat kakak isteri saya yang tinggal di Durian Tunggal pada minggu lepas.

Terdapat dua rumpun kaktus di halaman rumah kakak isteri saya. Sungguh kagum apabila saya nampak salah satu pohon kaktus sudah mula mekar.

Berasal dari Mexico yang jauh, kaktus tumbuh dan mekar di Durian Tunggal. Berduri diseluruh batangnya, kaktus mampu hidup dalam persekitaran yang sukar.

Kaktus melambang semangat ketabahan dan mekar merupakan memperoleh hasil yang istimewa.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Anggerik Mekar Tanpa Ketakutan

Friday, September 2, 2016

Jalan-jalan Sekitar Muar


Yuchuilang

Saya dan isteri saya melawat Muar baru-baru ini.

Da Bao

Kami makan sebiji bao besar masing-masing di Medan Selera Wang Lai.

Pasar Muar

Setelah menikmati bao besar, kami beralih ke pasar yang terletak di Jalan Ali.

Yuchuilang

Tinggalkan pasar, kami menuju ke Tanjung berasai bayu Sungai Muar yang segar.

Yuchuilang

Kesihatan makin merosot kerana GST. Terpaksa bersenam supaya menjauhi penyakit.

Tanjung Muar

Arnab yang licik ada tiga lubang. Haiwan apa yang mengali begitu banyak lubang?

Bunga Bakau

Pernahkah melihat bunga pokok bakau?

Tanjung Muar

Kini Majlis Perbandaran Muar sedang komited untuk naik taraf landskap Tanjung.

Tanjung Muar

Parit tersumbat dengan kumbahan dan daun kering. Ahli Majlis Perbandaran Muar mestilah sedang syok tidur!

Buah Pokok Kipas

Pokok kipas dipenuhi dengan buah merah. Setahu saya pokok kipas telah menjadi pokok fengshui kediaman.

Bandar Maharani

Sebelum kembali ke Melaka, kami makan tengah hari di Jalan Haji Abu dan membeli sekotak otak-otak.

Artikel Berkaitan
Kopitiam 434 Sai Kee
Sekolah Lama NameWee
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Menyambut Hari Merdeka


Hari Merdeka

Demi masa depan yang lebih bahagia, kejadian yang mengancam kesejahteraan dan ketenteraman awam harus dikikis.

Semoga semua lapisan rakyat bersatu padu dan berganding bahu menolak mana-mana pihak yang sedaya upaya membodohkan rakyat.

Artikel Berkaitan
Memilih Kerajaan Baru
Menolak Kerajaan Kotor
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, August 27, 2016

Gambar Selfie Yuchuilang


Yuchuilang

Saya gemar selfie baru-baru ini. Selalu selfie semasa membeli-belah, menikmati kopi atau makan bersama isteri saya.

Yuchuilang

Kami selfie di bilik menunggu sebelum menaiki kapal terbang semasa lawatan kami ke Jepun.

Yuchuilang

Kami selfie lagi sementara mennuggu penerbangan kami bermula.

Yuchuilang

Selfie di dobi Hotel Apa di Kyoto, Jepun.

Yuchuilang

Gambar selfie ini di ambil dekat Menara Kyoto yang sungguh pesona.

Yuchuilang

Selfie bersama isteri saya dalam hujan di Dotonbori, Osaka.

Yuchuilang

Malam kebal Dontonbori harus ditawan sebagai kenangan manis.

Yuchuilang

Saya kemaskan rambut sebelum selfie dengan isteri saya di Shinsaibashi, Osaka.

Yuchuilang

Selfie dan merasai kopi aroma selepas makan petang.

yuchuilang

Saya selfie sementara menunggu isteri saya membeli-belah di pusat membeli-belah.

Yuchuilang

Dalam perjalanan ke Merlimau, saya selfie gambar in dalam kereta.

Yuchuilang

Saya selfie di bilik anak ketika kembali ke rumah lama di Merlimau untuk membersihkan rumah.

Artikel Berkaitan
Selfie Dalam Hujan
Kuih Zang Nankinmachi
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong