Sunday, June 26, 2011

Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak

Sekolah Anai-Anai Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak muncul di Stesen Radio One FM pada June 23. Kemunculan Najib Razak di Stesen Radio One FM beragenda bahawa beliau berhubung rapat dengan komuniti Cina.

Terdapat banyak bangunan sekolah rendah Cina telah dimusnah oleh anai-anai di seluruh negara. Oleh kerana Nijib Razak gemar berdamping dengan masyarakat Cina, maka beliau patut melancarkan projek penghapusan anai-anai di sekolah rendah Cina.

Najib Razak boleh mempelawa Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon bersama-sama berkunjung sekolah rendah Cina. Sekiranya Najib Razak mengambil foto menangkap anai-anai di sekolah rendah Cina, beliau tentu boleh dapat banyak markah tambahan dari itu.

Sebenarnya pendekatan yang paling sesuai untuk mendapat sokongan pengundi keturunan Cina ialah perlaksaan yang adil saksama. Semua janji kosong termasuk 1Malaysia akan ditolak.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.