Showing posts with label Malaysia : Melaka. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Melaka. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Wayne Rooney Muncul Di Persiaran Jonker Melaka

Park Ji-Sung

Bintang super bola sepak Piala Premier Inggeris, Wayne Rooney dan rakan-rakan sepasukannya muncul di Persiaran Jonker Melaka. Peminat Manchester United Melaka sungguh terkejut.

Juga dikenal sebagai Red Devil, Manchester United mempunyai berpuluh-puluh pemain berbakat. Di bawah pimpinan pengurus sekarang Sir Alex Ferguson, Manchester United sentiasa bersemangat tinggi dan telah mencipta sejumlah besar kemenangan cemerlang. Tanpa dipersoalkan, Wayne Rooney ternyata salah seorang penyerang terbaik Manchester United.

Sebenarnya, Wayne Rooney tidak timbul di Persiaran Jonker Melaka. Sebaliknya, potret besar Wayne Rooney dipaparkan di pentas terbuka di Persiaran Jonker Melaka. Selain Wayne Rooney, pentas budaya itu juga mempamirkan gambar Park Ji-Sung dan Ashley Young. Rupa-rupanya makanan ringan yang paling laris di Malaysia, Mister Potato telah menjadi Rakan Snek Rasmi Sedunia Manchester United.

Menonton persembahan hebat Manchester United sambil menikmati kerepek kentang rangup memang merupakan saat yang amat gembira riang.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikle Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 2010
Kejohanan Bola Tampar Remaja


Friday, January 27, 2012

Kemeriahan Tahun Baru Lunar Di Persiaran Jonker

Persiaran Jonker

Walaupun hari ini hari kelima Tahun Baru Lunar, suasana perayaan di Persiaran Jonker sungguh meriah.

Persiaran Jonker dikenali sebagai Jalan Jonker sebelum menjadi tarikan pelancong yang popular. Sejak bertukar menjadi tarikan pelancong, Persiaran Jonker sentiasa penuh dengan berpuluh-ribu pelawat dari seluruh dunia setiap minggu.

Tanglung besar berwarna merah digantung di semua jalan di Melaka pada Tahun Baru Lunar. Sebuah pentas terbuka di Persiaran Jonker bersedia untuk menyampaikan pelbagai persembahan kebudayaan.

Terdapat banyak kedai-kedai di sepanjang Persiaran Jonker. Kedai-kedai tersebut menjual berjenis-jenis barangan termasuk antik, cenderamata, kuih-muih lazat, produk tempatan dan makanan Nyonya. Restoran pelawat mesra yang membekal makanan barat dan tempatan juga didapati di Persiaran Jonker. Sekiranya anda ingin mengurut kaki, Persiaran Jonker adalah destinasi yang sesuai dikunjungi.

Jika anda berada di sekitar Melaka, ingat menjejak kaki ke Persiaran Jonker untuk menikmati hidangan sahih Melaka dan membeli cenderamat buatan Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Tahun Naga Emas Makmur Dan Bertuah

Friday, December 9, 2011

Perkhidmatan Monorel Sungai Melaka Tergendala lagi

monorel

Perkhidmatan monorel Sungai Melaka berhenti lagi. Kerosakan terakhir berlaku pada 27 November.

Monorel yang bernilai RM15.9 juta mula berkhidmat pada 20 Oktober tahun lepas. Sejak perlancaran, perkhidmatan monorel telah mengalami 22 kali gangguan.

2 pelancong British terjebak apabila monorel terkandas pada 1 November. Monorel beroperasi semula pada 25 November tetapi rosak dua hari kemudiannya. 20 pelancong Hong Kong terperangkap kali ini.

Monorel yang bermasalah itu sungguh memalukan. Melaka merupakan Bandaraya Warisan Dunia, kerajaan BN harus bertindak dengan berkesan untuk menyelesaikan jenaka ini.

Pautan Berkaitan :
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam


Tuesday, December 6, 2011

Kapal Selam Malaysia Tidak Boleh Menyelam

Kapal Selam

Malaysia sebuah negara yang amat pelik. Jet tentera udara terbang tanpa jentera. Kapal selam tentera laut tidak boleh menyelam. Saya tidak bergurau sebab kesemuanya terbukti. Sekiranya anda tidak percaya, sila mencari Google untuk mendapat maklumat berkenaan.

Gambar ini menujukkan kapal selam tidak boleh menyelam yang bernama Agosta 70. Sebenarnya Agosta 70 ialah kapal selam Perancis yang disediakan untuk melatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Tempat latihan tersebut adalah di Pengkalan Tentera Laut Perancis di Brest, barat laut Perancis.

Kerajaan Melaka ingin membina sebuah Theme Park Samudera di tanah tebus guna Klebang. Menurut rancangan Jabatan Ketua Menteri Melaka, kapal selam itu bertujuan untuk dijadikan muzium. Dengan tidak membuat sebarang kajian, kerajaan Melaka mengumumkan kapal selam itu dibuka untuk orang ramai berkunjung. Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam merupakan pengunjung pertama kapal selam itu. Lawatan itu berakhir dengan Mohd Ali Rustam nyaris mati kerana terhidu gas beracun dalam kapal selam.

Ternyatalah bahawa kerajaan Melaka tidak membuat penyelidikan berhubung dengan keadaan kapal selam. Demi keselamatan pelawat, perlu membuat pintu dan tingkap di badan kapal selam supaya udaranya nyaman. Kerja-kerja itu akan disiapkan dalam setahun. Mereka yang berminat meziarah kapal selam terpaksa menunggu beberapa bulan.

Terdapat pelbagai kelakar di Malaysia. Kejadian-kejadian yang saya kemukakan itu hanya sebahagian kecilnya.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong


Friday, December 2, 2011

Kejohanan Bola Tampar Remaja Malaysia Ke-11 2011

Volleyball

Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14) Malaysia ke-11 telah berjaya dianjurkan di Melaka.  Stadium Bola Kerajang MBMB Bukit Serindit merupakan tempat untuk mengadakan pertandingan tersebut.

Kejohanan bermula pada 23 November dan berakhir pada 27 November. Terdapat 22 pasukan lelaki dan perempuan yang terdiri daripada 11 negeri mengambil bahagian. Gambar ini memaparkan pertarungan antara pasukan perempuan Pulau Pinang dan pasukan perempuan Kuala Lumpur.

Untuk maklumat anda, Stadium Bola Kerajang MBMB Bukit Serindit dibina semasa Sukma Ke-13 pada Jun tahun lepas.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong


Friday, September 17, 2010

Kafe Ais Tai Chong Melaka

Kafe Ais Tai Chong
Di antara kafe ais terdapat di Melaka, saya paling gemar berkunjung Kafe Ais Tai Chong. Alasannya ialah minuman yang dihidangkan sungguh enak dan tetamu dilayan dengan mesra.

Kafe Ais Tai Chong
Kafe Ais Tai Chong terletak di Jalan Bunga Raya. India Kecil Melaka dan Kawasan Warisan Melaka tidak jauh dari Kafe Ais Tai Chong.

Ais Kacang
Jarang sering berlanggan di kafe ais yang sama. Setelah menikmati ais kacang Kafe Ais Tai Chong, saya singgah di kafe itu berkali-kali. Oleh kerana tidak menahan godaan ais kacang, saya tidak jemu ke Kafe Ais Tai Chong. Ais kacang yang ditambah santan dan Gula Melaka benar-benar terpesona.

Kafe Ais Tai Chong
Cendol dan rojak hidangan Kafe Ais Tai Chong juga sedap. Sekiranya anda tidak suka minuman sejuk, cubalah teh atau kopi.

Sprite dan Fanta
Sprite dan Fanta merupakan minuman ringan kegemaran saya pada zaman remaja. Saya mengambil gambar untuk di simpan sebagai kenangan.

Kafe Ais Tai Chong
Rekaan Kaunter yang kuna masih dikekalkan, berada di Kafe Ais Tai Chong seperti kembali ke abad ke-20.

Pautan Berkaitan
Stadhuys Belanda Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka


Monday, September 13, 2010

Guimenguan Melaka (Pintu Masuk Neraka)

Guimenguan Melaka
Guimenguan (Lorong Jambatan) merupakan satu lorong di kota Melaka. Guimenguan bermaksud pintu masuk neraka dalam bahasa Cina. Sebenarnya ia sebatang jalan pintas dari Jalan Bunga Raya ke Jalan Kampung Pantai. Bukan semua orang Melaka tahu bahawa lorong yang pendek dan sempit itu ialah Guimenguan.

Guimenguan Melaka
Walaupun Guimenguan telah mengalami banyak perubahan, terdapat beberapa buah kedai masih beroperasi. Kedai ini membekalkan barangan nenek. Acuan kek dan bakul buluh nyonya digantung di hadapan kedai. Banyak barangan lama dijual di sini.

Guimenguan Melaka
Wah Nam Baru ialah satu lagi kedai yang masih berniaga di Guimenguan. Kedai ini pakar dalam membingkai photo, memotong kaca berwarna dan membuat kaca tanda kedai.

Guimenguan Melaka
Jambatan Kampung Jawa menghubungkan Jalan Jawa dan Guimenguan. Jika anda ingin ke Jalan Kampung Pantai dari Jalan Bunga Raya, anda harus belok ke Jalan Jawa dan melintas Jambatan Kampung Jawa.

Pada zaman dahulu, tebing Sungai Melaka berhampiran Jalan Kampung Pantai ialah jeti yang sibuk. Kebanyakan orang Cina berasal dari Cina menetap di sana. Mereka pergi ke Jalan Jawa untuk berseronok pada masa lapang.

Guimenguan Melaka
Pada masa itu, terdapat banyak rumah pelacuran, kedai candu dan tempat perjudian di sepanjang Jalan Jawa. Penagih dadah, kaki judi kecewa dan pesakit penyakit kelamin membunuh diri dengan terjun ke Sungai Melaka. Itulah mengapa jambatan ini juga dikenali sebagai "Nai He Qiao" yang bererti "Jambatan ke Neraka".

Berkunjung ke Guimenguan seperti membaca sebuah buku sejarah Melaka.

Pautan Berkaitan
Zoo Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Pusat Informasi Pelancongan Melaka

Friday, July 23, 2010

Mengenal Buah Pokok Melaka

ShoutMix
Saya telah menulis sebuah rencana tentang Pokok Melaka baru baru ini. Seorang pembaca bertanya sama ada apa yang saya menulis itu benar.

Saya pergi ke Dataran Belanda untuk mendapatkan lebih maklumat pokok Melaka.

Pokok Melaka
Terdapat sebatang pokok Melaka di depan bangunan Stadhuys Belanda. Saya ternampak sekeping papan petunjuk kecil di batang pokok. Tanpa sebarang kelewatan, saya mengambil beberapa gambar untuk tujuan pengenalpastian.

Pokok Melaka
Buah pokok Melaka berwarna hijua muda dan akan menjadi kekuningan bila matang. Buah ini juga dikenali sebagai Berry Amla atau Gooseberry India. Pokok Melaka banyak terdapat di India, Sri Langka, Taiwan dan Cina Selatan.

Buah Pokok Melaka
Angin dan hujian tanpa belas kasihan telah menjatuhkan buah ini ke tanah. Buah ini tiada pilihan selain berbaring di tanah dengan sepi. Keadaan ini mengingatkan saya kejadian sedih penghijarahan cendekiawan Malaysia.

Buah Pokok Melaka
Buah pokok Melaka boleh dijeruk dengan gula, garam dan rempah ratus. Buah mentah masam dan kelat rasanya. Buah ini sedap dimakan apabila kelihatan lut cahaya.

Berdasarkan maklumat Wikipedia, buah pokok Melaka ada pelbagai kesan perubatan. Terutama sekali dapat meningkatkan kesihatan dan kelanjutan usia.

Pautan Berkaitan
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Pusat Informasi Pelancongan Melaka

Tuesday, July 20, 2010

Legenda Dataran Belanda Melaka

Dataran Belanda Melaka
Dataran Belanda terletak di kawasan bersejarah Melaka. Pelancong-pelancong dari seluruh pelosok dunia berkerumun di Dataran Belanda pada percutian dan hujung minggu.

Dataran Belanda Melaka
Sejak Melaka berjaya disenarai sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO, Dataran Belanda telah menjadi tarikan pelancong yang terkenal di antara bangsa. Banyak sekali peminat melawat Dataran Belanda setiap tahun.

Dataran Belanda Melaka
Dataran Belanda tidak diragukan sebagai sejarah legenda Melaka. Selepas mengalami kemusnahan peperangan dan rampasan penjajah, Melaka sebenarnya berkat tersembunyi. Bangunan-bangunan yang tertinggal oleh kerajaan penjajah telah mempromosikan pelancongan Melaka.

Pautan Berkaitan
Legenda Pokok Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka

Wednesday, July 14, 2010

Legenda Pokok Melaka

Pokok Melaka
Pokok Melaka berhubung rapat dengan Kota Bersejarah Melaka. Tidak dinafikan bahawa pokok Melaka merupakan unsur penting dalam sejarah Melaka.

Pokok Melaka
Terdapat pelbagai versi tentang penamaan Melaka. Versi yang diketahui secara meluas oleh rakyat Malaysia berkaitan dengan pokok Melaka.

Pokok Melaka
Suatu hari pada abad ke-15, Parameswara memburu bersama pengikutnya. Tiba-tiba, seekor Kancil Kung Fu menendang beberapa ekor anjing memburu yang lemah ke dalam sebatang sungai. Peristiwa ini sungguh menakjubkan. Parameswara memutuskan untuk menetap di sana.

Pokok Melaka
Secara kebetulan pada ketika itu, Parameswara berdiri di bawah sebatang pokok. Dia bertanya pembantunya nama pokok itu. Setelah mengetahui itu pokok Melaka, dia menamakan kerajaan barunya sebagai Melaka.

Pautan Berkaitan
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Puast Informasi Pelancongan Melaka


Friday, July 9, 2010

Kincir Angin Belanda Melaka

Kincir Angin Belanda Melaka
Kincir angin Belanda terletak di Dataran Belanda Melaka dan menghadapi Menara Jam Tan Beng Swee.

Sebenarnya, ia sebuah kincir angin mini. Parti DAP Melaka membantah pembinaan kincir angin ini kerana bentuknya kelihatan seperti kelamin lelaki.

Kincir Angin Belanda Melaka
Kini, kincir angin telah menjadi latar belakang untuk mengambil gambar. Terutamanya, suami isteri yang baru kahwin. Mereka berharap agar mempunyai bayi selepas mengambil gambar di depan kincir angin.

Pautan Berkaitan
Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Puast Informasi Pelancongan Melaka

Sunday, July 4, 2010

Pusat Informasi Pelancong Melaka

Pusat Informasi Pelancong Melaka
Pusat Informasi Pelancong Melaka terletak di Jalan Kota, Melaka. Dataran Belanda berhampiran dengan Pusat Informasi Pelancong Malacca. Bangunan Pusat Informasi Pelancong Malacca dibina seperti sebuah masjid.

Pusat Informasi Pelancong
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel: +606 281 4803


Pusat Informasi Pelancong Melaka
Pusat Informasi Pelancong Melaka dibuka 7 hari seminggu. Masa pejabat adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Risalah dan peta disediakan untuk pelancong.

Pusat Informasi Pelancong Melaka
Pelancong boleh mendapat maklumat di Pusat Informasi Pelancong Malacca. Pegawai yang bertugas akan sudi menghulurkan bantuan.

Pautan Berkaitan
Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Menara Jam Tan Beng Swee Melaka

Friday, July 2, 2010

Menara Jam Tan Beng Swee Melaka

Menara Jam Tan Beng Swee Melaka
Menara Jam Tan Beng Swee terletak di Dataran Belanda di Melaka. Pada tahun 1886, Dermawan Tan Jiak Kim yang berasal dari Singapura membina menara jam tersebut sebagai kenangan kepada ayahnya yang bernama Tan Beng Swee.

Menara Jam Tan Beng Swee Melaka
Pada masa dahulu, jam merupakan barang mewah. Menara Jam Tan Beng Swee telah memainkan peranan penting pada abad ke-19 dengan memberitahu masa yang tepat kepada orang ramai.

Jam-jam Inggeris asal telah digantikan oleh jam-jam buatan Jepun pada tahun 1982. Pertukaran itu telah menimbulkan bantahan warga emas Melaka yang pernah menderita kesengsaraan semasa pemerintahan Jepun.

Menara Jam Tan Beng Swee Melaka
Tan Jiak Kim mengikut jejak datuknya, Tan Kim Seng menceburi kebajikan komuniti. Kerajaan 1Malaysia seharusnya mencontohi keluarga Tan untuk melaksanakan polisi yang adil supaya dapat sokongan rakyat.

Pautan Berkaitan
Gereja Christ Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka

Tuesday, June 29, 2010

Jambatan Tan Kim Seng Melaka

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Jambatan Tan Kim Seng merentangi Sungai Melaka dan menyambung Dataran Belanda di satu tebing dan Jonker Walk di tebing sebelah.

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Penamaan Jambatan Tan Kim Seng adalah untuk mengenang dermawan Tan Kim Seng. Dilahirkan pada tahun 1805 di Melaka, Tan Kim Seng menghijrah ke Singapura untuk mencari rezeki.

Beliau menceburi kebajikan komuniti seumur hidup. Sumbangan beliau termasuk mengasaskan sekolah, menaja hospital, membina jambatan dan meningkatkan taraf kemudahan awam.

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Jambatan Tan Kim Seng pada asalnya sebuah jambatan kayu. Orang Portugis membina semula dengan batu dan simen. Jambatan itu rosak teruk semasa pemerintahan Inggeris. Pada tahun 1862, Tan Kim Seng subsidi pembinaan jambatan itu dan siap dibina dua tahun kemudian.

Pautan Berkaitan :
Gereja Christ Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka


Sunday, June 27, 2010

Air Pancut Ratu Victoria Melaka

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Terletak di Dataran Belanda di Melaka, Air Pancut Ratu Victoria telah menjadi latar belakang yang popular untuk mengambil gambar.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Pada tahun 1824, Inggeris dan Belanda menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Inggeris memperoleh pemilikan Melaka dengan pertukaran Bencoolen Sumatera kepada Belanda.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Inggeris menubuh Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Negeri-Negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan di bawah pemerintahan Gabenor Syarikat Hindia Timur.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Air Pancut Ratu Victoria telah dibina pada tahun 1904 sempena Jubli Intan Ratu Victoria United Kingdom. Selepas lebih daripada seratus tahun, Air Pancut Ratu Victoria masih berdiri tegak di Dataran Belanda.

Related Links :
Gereja Christ Melaka
Kota A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka


Wednesday, June 23, 2010

Gereja Christ Melaka

Gereja Christ Melaka
Gereja Christ terletak di Medan Belanda di Melaka. Di sebelah kanan Gereja Christ ialah Stadhuys. Terdapat sebuah merara jam di depan Gereja Christ.

Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, orang Belanda beribadah di Gereja St. Paul sehingga pembinaan Gereja Christ siap pada 1753.

Gereja Christ Melaka
Bandaraya Bersejarah---Melaka telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008. Gereja Christ yang telah dibina melebihi 200 tahun merupakan salah satu bangunan yang disenaraikan.

Gereja Christ Melaka
Kini, Gereja Christ telah menjadi satu destinasi pelancongan yang amat terkenal. Pengunjung dari seluruh dunia berkerumun di Gereja Christ pada cuti am, cuti sekolah dan hujung minggu.

Orang Belanda berebut-rebut ke timur untuk berdagang pada abad ke-18. Tidak terduga sama sekali, bangunan yang ditinggalkan oleh mereka telah memainkan peranan penting dalam pelancongan Melaka.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka
A Famosa Melaka
St. Francis Xavier


Sunday, June 13, 2010

Stadhuys Belanda Melaka

 Stadhuys Belanda Melaka
Stadhuys yang dibina oleh Belanda adalah sepopular idola terkenal sedunia. Terletak di Medan Belanda di Melaka. Ramai pelancong dari seluruh dunia melawat Stadhuys setiap tahun.

 Stadhuys Belanda Melaka
Dibina pada 1650 sebagai kediaman Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran, Stadhuys telah dijadikan Muzium Sejarah, Etnographi dan Sastera pada 1982.

 Stadhuys Belanda Melaka
Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan yang diterajui Tunku Abdul Rahman masih menguna Stadhuys sebagai jabatan pentadbiran.

 Stadhuys Belanda Melaka
Gerai-gerai cenderamata di luar Stadhuys merupakan penjara, berek, gudang dan bilik bawah tanah semasa pemerintahan Belanda pada abad ke-17. Kini, Stadhuys telah menjadi seekor angsa yang bertelur emas bagi Melaka.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka
A Famosa Melaka
Gereja St. Paul Melaka