Thursday, November 28, 2013

Keju Dan Kasut Kayu Belanda

Simonehoeve

Meninggalkan Kampung Nelayan Volendam, kami menaiki bas persiaran yang dipandu oleh Peter dan menuju ke Kilang Keju dan Kasut Kayu Simonehoeve.

Simonehoeve

Oleh kerana Kilang tersebut terletak tidak jauh dari Kampung Nelayan Volendam, kami beralih ke kilang itu setelah menikmati kopi harum di Kampung Nelayan Volendam.

Simonehoeve

Setiba di kilang, kami dibawa ke bengkel membuat kasut kayu. Pembuat kasut kayu menunjukkan cara membuat kasut kayu. Kemahiran beliau membuat kasut kayu sungguh mengagumkan.

Kasut Kayu

Aneka corak kasut kayu yang berwarna-warni tergantung di dindin. Kasut kayu yang menarik itu adalah untuk dijual kepada pengunjung. Anda boleh memakai kasut kayu itu atau menyimpannya sebagai cenderamata.

Keju

Selepas melihat cara membuat kasut kayu, kami melangkah ke bilik pameran keju. Selain daripada kasut kayu yang cantik, kilang Simonehoeve juga memproses keju Belanda yang terkenal. Pelbagai saiz and warna keju dipamerkan untuk dijual.

Keju

Hirisan keju dalam pinggan adalah untuk dicuba oleh pelawat. Terdapat banyak perisa keju yang berbeza. Anda boleh membeli keju yang anda suka.

Tidak sangka mengambil angin di Eropah dapat menyaksi proses membuat kasut kayu. Terbukti melancong dapat memperluaskan visi seseorang. Jika tidak ingin menjadi katak di bawah tempurung, anda harus mengembara ke sana-sini.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Monday, November 25, 2013

Bukit Koman Raub Pahang

Bukit Koman

Bukit Koman terletak tidak jauh dari bandar Raub. Jarak antara dua lokasi sekitar 2 hingga 3 km. Dalam jangka masa 10 minit boleh tiba jika memandu dengan lambat dari bandar Raub.

Bukit Koman

Kebanyak penduduk Bukit Koman terdiri daipada kaum Cina.

Perkampungan ini dibina kerana penemuan lombong emas pada suatu ketika dulu. Oleh kerana harga emas melambung tinggi, industri perlombongan emas yang lama diberhentikan memproses semula.


Australian Gold Mining

Kami singgah di Bukit Koman disebabkan isu penggunaan cyanide di lombong emas.

Pintu masuk Raub Australian Gold Mining dikawal ketat degan dikelilingi pagar berduri. Menurut penduduk setempat, mengambil gambar dilarangkan di kawasan syarikat perlombongan emas itu.


Stop Cyanide Mining

Dengan keadaan politik Malaysia telah ditentukan, kempen membantah penggunaan cyanide seolah-olah semakin lenyap.

Orang Bukit Koman seperti diabaikan oleh kerajaan BN dan dipaksa hidup dalam alam sekitar yang tercemar. Err....kerajaan BN yang mendahului rakyat begitu melayan penduduk Bukit Koman.


SJKC Yuh Hwa

Terdapat sebuah sekolah Cina di Bukit Koman. Kesianya murid-murid sekolah tersebut terpaksa bernafas udara yang indeks pencemaran tinggi.

Bukit Koman wujud kerana penemuan lombong emas. Kini, Bukit Koman menghadapi masalah juga kerana lombong emas. Memang sungguh peliknya nasib Bukit Koman.

Diharap masalah Bukit Koman dapat diatasi dan penduduknya hidup dengan bahagia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang

Friday, November 22, 2013

Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu

Hotel Sri Malaysia

Baru-baru ini kami ke Pantai Timur Semenanjung sebanyak dua kali. Dalam perjalanan kembali ke Melaka, kami menginap di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.

Hotel Sri Malaysia

Pintu lobi dan dindin depan Hotel Sri Malaysia dibuat daripada kaca yang terang. Hotel Sri Malaysia memang seperti sebuah bangunan kristal yang bersinar-sinar.

Seterika Tembaga

Hiasan lobi hotel sungguh unik. Seterika tembaga antik merupakan salah satu bahan pameran.

Tidak perasan seterika tembaga itu ketika menjejak masuk ke Hotel Sri Malaysia pada kali pertama. Foto ini di ambil pada kali kedua kami bersinggah di Hotel Sri Malaysia.

Hotel Sri Malaysia

Walaupun Hotel Sri Malaysia bukan hotel 5 bintang tetapi lokasinya bertaraf 5 bintang. Terdapat banyak kedai makan berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Selain itu membeli-belah juga tidak jadi masalah.

Keadaan bilik tamu Hotel Sri Malaysia biasa sahaja tetapi hindangan sarapan pagi didapati banyak pilihan.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Tuesday, November 19, 2013

Ringkasan Kunjungan Pengerang

Udang Kara

Kami pergi ke Pengerang untuk menikmati udang kara sebelum udang kara di Pengerang terpupus.

Sungai Rengit

Sungai Rengit merupkan sebuah pekan di Pengerang. Pelbagai kemudahan asas tersedia di Sungai Rengit.

Hotel Tai Hoe

Walaupun terletak di kawan luar bandar, penginapan di Sungai Rengit tidak menjadi masalah. Selain Hotel Tai Hoe, beberapa hotel boleh di dapati di Sungai Rengit.

Pengersng

Jangan terlepas peluang menjamu makanan laut ketika anda berkunjung ke Pengerang. Terdapat banyak restoran makanan laut di Pengerang. Anda harus membuat sedikit kajian sebelum bertolak ke Pengerang.

Burung Unta

Sekiranya melawat bersama kanak-kanak, anda boleh singgah di Taman Burung Unta.

Jika berminat, anda boleh membeli tiket lalu menemui burung unta di dalam Taman Burung Unta. Anda pun boleh membeli cenderamata berkaitan dengan burung unta sebagai kenangan.


Pantai Ramunia

Sekitar 5 km dari Sungai Rengit, Pantai Ramunia berada di jalan menuju ke Desaru.

Pemandangan Pantai Ramuni sungguh pesona. Di samping mandi-manda, anda juga boleh berkelah di Pantai Ramunia. Anda boleh bermalam di Pantai Ramuni untuk melihat langit berbintang pada waktu malam.


Jeti Tanjung Pengelih

Orang Singapura masuk ke Pengerang melalui Jeti Marina Tanjung Pengelih.

Dari jeti tersebut, pelancong Singapura menaiki teksi atau kenderaan yang disediakan oleh hotel ke Sungai Rengit. Pengunjung dari Singapura merebut-rebut ke Pengerang untuk merasa makanan laut pada hujung minggu dan cuti am Singapura.


Kampung Jawa

Pekan lama Kampung Jawa yang berdakatan dengan Jeti Marina Tanjung Pengelih seolah-olahnya tempat yang telah dilupakan.

Berbanding dengan Sungai Rengit, perubahan Kampung Jawa memang berbeza. Sungai Rengit makin maju tetapi Kampung Jawa pula mundur. Kemakmuran Sungai Rengit dan kemerosotan Kampung Jawa adalah satu pertentangan yang ketara.


Rapid Pengerang

Projek Rapid yang di laksanakan di Pengerang sudah lama dipertikaikan antara aktivis, kerajaan, parti pembangkang serta penduduk setempat. Tetapi dengan selesainya pilihanraya umum ke-13, isu tersebut beransur-ansur lenyap.

Kini, persoalan Rapid seakan-akan tidak lagi menjadi fokus media dan orang ramai. Mungkin pertikaian Rapid akan timbul semula dan menjadi hangat menjelang pilihanraya umun ke-14.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sungai Kapal Pengerang Johor
SJKC Tai Sin Pengerang Johor

Saturday, November 16, 2013

Kembali Dari Tawan

Taipei 101

Kunjungan ke Taiwan mencatat perhubungan awal antanra kami dengan Taiwan.

Pasar Shilin

Lawatan pesona 7 hari 6 malam ke Taiwan, terasa pengalaman masam manis melancong yang berbeza.

Chou Doufu

Melancong bukan sahaja dapat memperluaskan visi tetapi juga boleh mengalami pelbagai ragam kehidupan di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan
Kuih Nanas Taiwan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, November 13, 2013

Hotel Vegas Jeju Korea Selatan

Hotel Vegas

Semasa bercuti di Pulau Jeju, kami menginap di Vegas Hotel yang terletak di bandar Jeju.

Hotel Vegas

Permaidani yang didapati di laluan ke bilik tamu sungguh cantik. Reka bentuk laluan itu menggambarkan keindahan dan kemewahan Vegas Hotel.

Hotel Vegas

Cahaya elegant tertumpah ke atas katil yang besar dan selesa. Kunjungan tiga hari dua malam di Pulau Jeju, kami tidur lena di katil tersebut setiap malam.

Hotel Vegas

Selain bilik tidur yang lapang, terdapat ruang tamu lengkap dengan perabot. Duduk di sofa dan menonton televisyen, keletihan akan hilang tanpa dapat dikesan.

Hotel Vegas

Bilik air cerah dan bersih. Mandi dengan air panas supaya anda berasa segar dan bersedia untuk perjalanan pada hari keesokan.

Hotel Vegas

Perhiasan lobi hotel sungguh menawan. Nasib baik dapat mengenal pasti arah. Jika tidak mungkin sesat dalam hotel.

Hotel Vegas

Restoran hotel menyediakan pelbagai makanan kepada tetamu. Makan sedikit atau makan hingga kenyang, semua terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Hotel Vegas

Sekiranya tidak ingin merayau ke sana sini, anda boleh menikmati kopi yang harum di cafe hotel.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju

Tuesday, November 5, 2013

Hotel Sofitel Ponte 16 Macau

Hotel Sofitel

Kami singgah di Hotel Sofitel Ponte 16 ketika bercuti di Macau pada bulan September.

Hotel Sofitel

Terletak berhampiran pelabohan dalaman 16 di Semenanjung Macau, Hotel Sofitel Ponte 16 merupakan sebuah hotel berbintang 5.

Hotel Sofitel

Walaupun sebagai sebuah hotel bertaraf bintang tetapi bilik tamu Hotel Sofitel Ponte 16 bukan terlalu luas. Mujurlah katil bilik tamu bersih dan selesa, sebab itu kami dapat tidur dengan lena.

Hotel Sofitel

Terdapat perkakas dan bekalan teh di ruang membuat minuman. Selepas minum teh yang dibancuh oleh isteri, berasa segar dan bersemangat.

Hotel Sofitel

Bilik mandi berlampu cerah dan cermin terang. Membasuh muka lalu mandi, biar keletihan mengalir dengan air. Berehat dan bersedia untuk perjalanan keesokan.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Perayaan Kuih Bulan Macau

Friday, November 1, 2013

Kedai Kopi Fu Yuan KK

Kedai Kopi Fu Yuan

Kembali dari Pulau Sapi, kami bersantai di Kedai Kopi Fu Yuan. Terletak di Jalan Gaya, Kedai Kopi Fu Yuan tidak jauh dari Hotel Eden 54.

Kedai Kopi Fu Yuan

Kopi Kedai Kopi Fu Yuan amat popular di kalangan penduduk setempat KK.

Selepas menikmati kopi cawan mini di Volendam dan Saint Germain, saya terkagum dengan kopi gelas besar Kedai Kopi Fu Yuan.

Mengapa budaya minum kopi antara Asia dan Eropa begitu berbeza?


Kedai Kopi Fu Yuan

Selain kopi dan roti, Kedai Kopi Fu Yuan juga menyediakan dim sum yang sama dengan dim sum terdapat di Semenanjung.

Kedai Kopi Fu Yuan merupakan sebuah kedai layan diri. Minuman dan makanan yang disediakan oleh Kedai Kopi Fu Yuan sederahana. Kebanyakan pekerja Kedai Kopi Fu Yuan seperti robot.

Post Berkaitan
Jalan Gaya KK
Menara Jam Atkinson
Infor Pelancongan KK
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong