skip to main |
skip to sidebar

Kunjungan 3 hari 2
malam ke Kota Kinabalu Sabah sungguh menarik.

Kami menginap di Hotel Eden 54 yang terletak di Jalan Gaya ketika berada di KK.

Anda boleh memperolehi informasi lengkap di Bangunan Informasi Pelancongan Sabah.

Medan Australia KK merupakan tempat di mana tentera Australia mendarat pada Perang Dunia Kedua.

Pelbagai kedai, pejabat dan syarikat boleh didapati di Jalan Gaya. Pasar Ahad diadakan di Jalan Gaya setiap hari Ahad.

Pada malam pertama, kami beralih ke Pasar Malam Filipina untuk membeli hasil marin khas Sabah seperti gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.

Bungkusan ini ialah rumpai laut yang dikenali sebagai sarang burung laut. Rumpai laut mengandungi khasiat untuk kesihatan seperti protein, mineral, vitamin dan kolagen.

Kami menuju ke Jesselton Point untuk membeli tiket bot laju ke Pulau Sapi. Terdapat beberapa syarikat bot laju menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai ke pulau-pulau berhampiran KK.

Gambar ini menunjukkan pelawat baru tiba di jeti Pulau Sapi. Selain Pulau Sapi, anda boleh mengambil angin di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Pengunjung dinasihati mengambil gambar dan tinggalkan jejak kaki sahaja di Taman Marin Tungku Abdul Raman.

Kembali dari Pulau Sapi, kami singgah di Kedai Kopi Fu Yuan untuk minum kopi dan makan dim sum sebagai alas perut.
Kopi Fu Yuan dihidang dengan gelas besar dan rasa dim sum tidak berbeza dengan dim sum di semenanjung. Yang aneh ialah pekerja Fu Yuan melayan pelangan macam robot.

Selepas makan malam di Restoran Welcome, kami berjalan-jalan sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.
Foto yang di ambil termasuk Kafe Sugar Bun, Wisma Intiutama, patung ikan todak, Gerbang Jalan Istana, Oldtown White Coffee, Tugu Peringatan Malaysia, Pusat Beli-belah Suria Sabah.

Sebagai mercu tanda Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson adalah salah sebuah bangunan yang paling lama di Kota Kinabalu.
Menara Jam Atkinson siap dibina pada tahun 1905 demi mengenang jasa Atkinson yang dilantik menjadi pegawai daerah pertama Jesselton (Kota Kinabalu) oleh Syarikat Borneo Utara British.

Dari Menara Jam Atkinson, kami berjalan kaki ke Menara Meninjau Bukit Signal yang dikatakan lokasi tertinggi di Kota Kinabalu.
Di samping berjalan kaki, anda boleh menaiki teksi ke Menara Meninjau Bukit Signal. Anda boleh mengamati seluruh pemandangan Kota Kinabalu dari Menara Meninjau Bukit Signal.
Sebelum pulang ke semenanjung, kami pergi ke Pusat Membeli-belah Suria Sabah. Suriah Sabah bukan setakat pusat beli-belah tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong yang popular di Kota Kinabalu.
Anda boleh berkunjung ke Suria Sabah untuk membeli barangan yang digemari semasa bercuti di Kota Kinabalu dan membawa balik sebagai kenangan manis.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Suria Sabah merupakan
salah satu tanda mercu Kota Kinabalu Sabah.
Peta ini menunjukan lokasi Suria Sabah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens.
Peranan Suria Sabah bukan setakat pusat beli-belah tetapi juga menjadi tempat tarikan pelancong.
Terdapat banyak hotel berhampiran dengan Suria Sabah. Hotel Eden 54 berada tidak jauh dari Suria Sabah.
Kembali dari Pulau Sapi, kami bersantai di Kedai Kopi Fu Yuan. Terletak di Jalan Gaya, Kedai Kopi
Fu Yuan tidak jauh dari Hotel Eden 54.
Kopi Kedai Kopi Fu Yuan amat popular di kalangan penduduk setempat KK.
Selepas menikmati kopi cawan mini di Volendam dan Saint Germain, saya terkagum dengan kopi gelas besar Kedai Kopi Fu Yuan.
Mengapa budaya minum kopi antara Asia dan Eropa begitu berbeza?
Menara meninjau Bukit
Signal merupakan tapak tertinggi di Kota Kinabalu.
Menaiki teksi dari bandar KK ke Bukit Signal mengambil masa 5 hingga 10 minit. Tambang teksi lebih kurang RM 10++ dan ingat menawar harga sebelum menaiki teksi.
Sekiranya kaki anda kuat dan badan sihat, anda boleh berjalan kaki ke Bukit Signal sebagai senaman.
Menara meninjau tersebut diberi nama Menara Meninjau Bukit Signal kerana dibina di Bukit Signal. Anda boleh mengambil angin di menara meninjau sambil mengamati pemandangan KK yang indah.
Jesselton Point merupakan sebuah jeti di Kota Kinabalu, Sabah.
Terletak di Jalan Haji Saman, lokasi Jesselton Point tidak jauh dari Suria Sabah dan Hotel Eden 54. Dari Jesselton Point, pelancong menaiki bot laju ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman.
Terdapat beberapa syarikat bot laju menawarkan perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai. Penumpang boleh membeli tiket berdasarkan destinasi yang ingin berkunjung.
Green Holiday ialah sebuah syarikat bot laju di Jesselton Point. Syarikat ini menghantar penumpang ke tiga buah pulau didapati di Taman Marin Tungku Abdul Raman, iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Banyak bot laju melabuh di Jesselton Point. Gambar ini membuktikan syarikat bot laju memiliki bot yang mencukupi. Oleh kerana syarikat bot laju menepati masa, perkhidmatan mereka dapat sambutan baik daripada pelanggan.
Pasar Malam Filipina
merupakan destinasi yang pelancong tidak akan terlepas ketika berada di KK,
Sabah.
Cuba meneka apa bungkusan itu?
Sama ada digantung atau disusun teratur, semua bungkusan itu ialah hasil marin khas Sabah. Produk itu termasuk gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.
Apakah benda ini?
Rumpai laut yang digelar sebagai sarang burung laut, mengandungi protein, mineral, vitamin dan kolagen.
Kolagen boleh mencegah penuaan kulit. Oleh sebab itu kaum wanita amat tertarik dengan kolagen. Selain itu, kolagen juga boleh menguatkan regangan sendi.
Rendam secekak rumpai laut semalam dan memasak dengan periuk kecil selama 30 minit. Mengikut kegemaran masing-masing bercampur dengan madu, medlar, gula batu, susu soya, jus lemon dan kurma merah. Sekiranya anda suka rasa kopi, anda boleh buat puding kopi dan kek kopi chiffon.
Selain Medan Australia,
terdapat sebatang jalan terkenal---Jalan Gaya di Sabah KK.
Pasar Ahad merupakan ciri yang membezakan Jalan Gaya. Saya tiada foto untuk berkongsi kerana kunjungan saya ke KK bukan pada hari Ahad.
Berdasarkan informasi yang diperoleh dari kedai kopi, Jalan Gaya akan ditutup pada pagi hari Ahad. Barangan yang dijual di Pasar Ahad terdiri daripada ikan, buku, bunga, makanan, kraftangan, cenderamata, Kopi Tenom, buah-buahan, sayur-sayuran, ubatan tradisi, alat permainan dan haiwan kesayangan.
Kedai, pejabat dan syarikat yang didapati di Jalan Gaya termasuk kafe, bank, hotel, farmasi, restoran, kedai kopi, kedai makan,asrama backpacker, syarikat pelancongan dan firma undang-undang.
Kedai Kopi Daily ini sungguh anih. Walaupun ternyata 24 jam di papan iklan tetapi pintu kedai kopi tertutup. Mungkin pelangan harus sebut "Open Sesame" pintu kedai kopi baru buka.
Berjalan kaki dari
Bangunan Pelancongan KK Sabah, anda akan tiba di Medan Australia Kota Kinabalu dalam masa seminit.
Medan Australia KK merupakan lokasi di mana tentera Australia mendarat pada Perang Dunia Kedua. Bangunan lama sepanjang jalan dikekalkan sehingga sekarang. Mengambil angin di Medan Australia seperti kembali ke zaman 50 puluhan.
Terdapat agak banyak asrama backpacker di Medan Australia.
Penginapan bajet itu termasuk Hotel Garden、Lucy Home Stay, Travelers' Light、Tropicana Lodge、Backpacker's Hostel、Borneo Backpackers and Kinabalu Backpackers Lodge.
Banyak syarikat percetakan dan kedai-kedai setem getah didapati di Medan Australia. Ini adalah ciri istimewa Medan Australia di KK.
Terletak di Jalan
Gaya KK , Bangunan Pelancongan KK Sabah dijadikan Pusat Informasi Pelancongan Sabah
sejak 1991.
Berjalan kaki tidak melebihi 5 minit dari Hotel Eden 54, anda akan nampak Bangunan Pelancongan KK Sabah yang berwarna putih seperti salji. Hotel 63 KK berada di bertentangan Bangunan Pelancongan KK Sabah di seberang jalan.
Staf Pusat Informasi Pelancongan Sabah mesra dan sanggup membantu. Mereka akan cuba seboleh-bolehnya menjawab pertanyaan anda. Sila singgah di Pusat Informasi Pelancongan Sabah untuk mendapat maklumat pelancongan.