Monday, October 26, 2009

Hotel Capital Seoul Korea Selatan

Hotel Capital
Pada 2005, saya bersama isteri melancong ke Korea Selatan dengan mengikuti rombongan pelancongan. Semasa berada di Korea Selatan, kami juga meziarahi anak yang bermastautin di Seoul.

Lawatan 6 hari 5 malam ke Korea Selatan, kami telah menginap di Hotel Capital di Seoul dua malam. Ia itu, pada malam pertama kami menjejak kaki di bumi Korea Selatan dan pada malam sebelum kami kembali ke KLIA.

Hotel Capital terletak di Seoul, Korea Selatan dan berhampiran dengan kawasan membeli-belah Itaewon yang paling di gemari pelancong. Memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke Hotel Capital hanya memerlu 50 minit. Bertolak dari Hotel Capital ke Pusat Membeli-belah MyungDong dan Pasaran Namdaemoon hanya mengambil masa 10 minit dengan memandu.

Hotel Capital
Hotel Capital Seoul merupakan sebuah hotel mewah yang bergelaran 4 bintang. Terdapat lebih daripada 200 buah bilik tetamu yang berkemudahan moden. Hotel ini menyediakan 24 jam perkhidmatan bilik yang disanjung tinggi oleh pengunjung.

Dewan Dynasty Hotel Capital dapat menampung seramai 1000 tetamu. Dewan ini boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai jamuan dan mesyuarat. Di samping itu, Hotel Capital juga mempunyai Jepun Restoran Da Do Hae, Restoran Bufet Sky, Kafe Together, gimnasium, kolam renang dan suana.

Hotel Capital
Gambar terpapar di atas ialah risalah maklumat pelancongan Seoul, November 2008. Risalah ini terkandung maklumat berhubung dengan Seoul. Memiliki satu salinan risalah ini dalam tangan, anda akan dapat mengelilingi Seoul dengan sepuas-puasnya.

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang maklumat hotel di Seoul, dipersilakan melayar laman web Hotel Korea Selatan.

Pautan Berkenaan :
Imformasi Melancong di Korea Selatan

Monday, October 19, 2009

Musim Luruh Korea Selatan

Musim Luruh
Korea Selatan merupakan sebuah negara beriklim sederhana dan mempunyai empat musim dalam setahun. Musim Bunga dan Musim Luruh bercuaca sederhana, Musim Panas bercuaca panas dan berhujan, Musim Sejuk bersuhu rendah dan sejuk.

Musim Luruh
"Ka eul" (가을) ialah Bahasa Korea dan bermaksud Musim Luruh. Musim Luruh Korea Selatan bermula dari bulan September hingga November. Suhu pada Musim Luruh di antara 10°C hingga 20°C. Mengunjungi Korea Selatan pada bulan Oktober paling sesuai untuk menikmati keindahan pemandangan Musim Luruh.

Pemandangan bukit-bukau di Korea Selatan pada Musim Luruh sama seperti lukisan semula jadi. Tumbuhan-tumbuhan di bawah langit biru menjadi berwarna-warni. Daun semak-samun kemerahan dan daun pohon tinggi kekuningan. Seluruh bukit dan lembah diliputi pelbagai warna. Hati para pelancong terpikat oleh keindahan pemandangan yang mengagumkan.

Musim Luruh
Korea Selatan kini adalah dalam Musim Luruh. Sekiranya anda suka bayu bertiup pada Musim Luruh, terbanglah ke Korea Selatan sekarang dan kembali dengan kenangan manis Musim Luruh.

Saturday, October 17, 2009

Biskut Berwarna-Warni

Biskut Berwarna-Warni
Saya membeli biskut berwarna-warni ini di sebuah kedai biskut di Muar.

Sebelum Pesta Tanglung, Saya bersama isteri pergi ke Muar untuk membeli kuih bulan. Semasa saya masuk ke kedai tersebut, saya terkejut apabila melihat biskut berwarna-warni ini terletak di atas rak.

Biskut berwarna-warni ini mengingatkan saya zaman kanak-kanak saya. Biskut ini dibahagikan kepada dua bahagian. Lapisan bawah merupakan biskut rangup dan lapisan atas ialah gula yang manis. Ketika saya masih kecil, saya makan biskut rangup terlebih dahulu barulah menikmati gula yang manis.

Seperti sama dengan membaca komik Crayon Shin-Chan, setelah makan biskut berwarna-warni ini seolah-olah masa telah kembali ke zaman kanak-kanak. Kedua-dua perkara ini sungguh kebetulan.

Sunday, October 11, 2009

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

India Kecil Melaka

Menjelang perayaan Deepavali, India Kecil Melaka di Jalan Bendahara menjadi riuh-rendah sekali lagi. Sekiranya anda melawat ke Melaka pada ketika ini, anda boleh bersiar-siar di India Kecil Melaka untuk mengalami suasana meriah perayaan Deepavali.

India Kecil Melaka

India Kecil Melaka terletak di pusat bandar raya Melaka dan hanya dalam 5 minit jarak perjalanan dari Hotel Renaissance atau Hotel City Bayview. Anda boleh membeli segala barangan keperluan Deepavali di sini. Barangan tersebut termasuk barangan penghiasan, bahan masakan, perkakas memasak, pakaian dan biskut. Sama seperti beli-belah setempat.

India Kecil Melaka

Pada masa dahulu, terdapat beberapa kedai sahaja kepunyaan orang India di Jalan Bendahara. Kini, banyak kedai orang India muncul di Jalan Bendahara dan beransur terbentuk satu Jalan India. Itulah sebab Jalan Bendahara dinamakan India Kecil Melaka. Berbanding dengan India Kecil Singapura, India Kecil Kuala Lumpur dan India Kecil Penang, India Kecil Melaka memang kecil.

India Kecil Melaka

Saya yakin pada masa akan datang, India Kecil Melaka akan menjadi satu destinasi pelancongan yang amat terkenal di Melaka.