skip to main |
skip to sidebar
Menjelang Tahun Baru Lunar, Syarikat Toyota mengirimkan kad ucapan Tahun Baru Lunar kepada saya.
Saya menjadi pemandu peribadi keluarga selama berpuluh-puluh tahun. Dalam jangka masa ini, saya telah membeli empat buah kereta.
Toyota DX KE70 terpakai merupakan kereta pertama saya membeli. Kereta kedua dan ketiga ialah Proton Iswara dan Proton Saga. Sekerang saya memandu Toyota Vios yang dikilangkan pada tahun 2005.
Perdana Menteri
Malaysia, Najib amat suka makan kangkung.
Dalam masa Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, harga pelbagai barangan naik dengan pesat. Hanya sayur kegemaran Najib iaitu kangkung tidak naik harga.
Najib menganggap kestabilan harga kangkung sebagai kejayaan transformasi ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau sungguh bangga terhadap pencapaian tersebut.
Oleh sebab hubungan antara Najib dengan kangkung begitu rapat dan istimewa, beliau telah diberi gelaran Perdana Menteri Kangkung oleh rakyat jelata Malaysia.
Orang Malaysia syukur kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang benar-benar bijaksana.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Janji Gor Malaysia Najib Razak
Selepas makan malam,
kami bersiar-siar sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.
Didirikan di Jalan Tugu, Tugu Peringatan Malaysia tidak jauh dari Restoran Makanan Laut Welcome.
Kafe Sugar Bun dibanjiri peminat setia. Kami ingin singgah untuk menikmati kopi tetapi tiada meja kosong.
Restoran Luigi Malones yang terang benderang berhampiran dengan Pasar Malam Filipina. Sudah lama restoran ini berhenti berniaga, mungkin disebabkan sambutan kurang memuaskan.
Berjalan lurus dari Jalan Datuk Salleh Sulong (Jalan Segama 2) ke Jalan Tun Fuad Stephens. Anda akan nampak patung ikan todak menegak di bulatan ketika tiba di persimpangan jalan.
Kota Kinabalu juga ada Oldtown White Coffee. Oldtown White Coffee ini terletak di sebelah Kedai Kopi Fu Yuan.
Kopi putih bukan terdapat di seluruh Malaysia saja. Semasa kami melancong di Macua, kopi putih pun didapati di pasar raya macau.
Wisma Intiutama berbentuk segi tiga ini bertentangan dengan Balai Polis KK.
Bahagian depan bangunan sama dengan bangunan biasa tetapi bahagian belakang bagunan sungguh pelik. Sebabnya bangunan unik ini dibina berdasarkan bentuk tanah yang bersegi tiga.
Tamat kunjungan ke Sekinchan, kami meneruskan perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia
Kami singgah di Sabak Bernam untuk makan tengah hari sambil mengambil gambar di sekitar bandar tersebut.
Sabak Bernam terletak di Daerah Sabak Bernam. Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam merupakan tiga pekan utama Daerah Sabak Bernam.
Terdapat sederet rumah papan lama bertentangan dengan medan selera. Rumah ini akan lesap dalam gelombang pembangunan. Kerajaan BN memang suka merobohkan bangunan lama termasuk tapak sejarah.
Siap makan malam,
kami bertolak ke pekan untuk menikmati keindahan malam Bukit Fraser.
Ambil angin di bawah lampu jalan menguning, cuaca malam di Bukit Fraser tidak sejuk seperti yang disebarkan oleh desas-desus.
Menara jam mini ini ialah mercu tanda Bukit Fraser. Pelancong gemar mengambil gambar di sekitar menara jam mini pada siang hari. Tetapi menara jam mini berasa sunyi pada waktu malam.
Bangunan yang terang benderang ini ialah Puncak Inn Bukit Fraser. Puncak Inn merupakan pilihan utama pengunjung ketika bercuti di Bukit Fraser kerana lokasi yang sempurna dan harga yang berpatutan.
Tidak dapat dinafikan
bahawa harga barang semakin naik selepas pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei
tahun ini.
Pelbagai cukai, batalan subsidi, kenaikan tarif elektrik, pelarasan tol lebuh raya serta peningkatan harga barangan keperluan harian akan mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara pada tahun 2014.
Adakah ini objektif program transformasi kerajaan BN?
Jika demikian, BN tentu akan menghadapi risiko kejatuhan dalam pilihan raya umum ke-14.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong