Wednesday, January 30, 2013

Sejong Inn Seoul Myeongdong

Sejong Inn

Kami daftar masuk ke Sejong Inn selepas santapan barbecue di Myeongdong.

Sejong Inn merupakan sebuah hotel mini terletak tidak jauh dari restoran barbecue. Jarak antara Sejong Inn dan restoran barbecue hanya lima minit berjalan kaki.


Sejong Inn

Lokasi Myeongdong sungguh ideal. Mudah untuk melepak, membeli-belah, pergi ke tempat pelancongan lain dan ke Lapangan Terbang Incheon. Itu sebabnya saya singgah di Myeongdong ketika melancong ke Seoul.

Walaupun bilik Sejong Inn bersih tetapi tidak begitu luas. Nasib baik saiz saya dan isteri tidak terlalu besar.


Sejong Inn

Jangan salah anggap. Ini bukan dapur rumah saya. Sebenarnya ini dapur mini Sejong Inn. Sarapan pagi bermula dari 7:00 pagi hingga 10:00 pagi. Hidangan termasuk jem, roti, susu dan emping jagung.

Menginap di Sejong agak selesa. Staf Sejong Inn mesra dan sanggup membantu.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Misteri Gaya Gangnam PSY
Memeluk Gadis Remaja Korea
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang

Monday, January 28, 2013

SJKC Tai Sin Pengerang Johor

SJKC Tai Sin

SJKC Tai Sin merupakan sebuah sekolah rendah Cina terletak di Sungai Kapal, Pengerang. Sekolah tersebut telah diasaskan pada tahun 1944 selepas Perang Dunia Ke-2.

Bangunan baru empat tingkat SJKC Tai Sin siap dibina baru-baru ini. Kawasan sekolah yang nyaman sesuai dijadikan persekitaran pembelajaran.

Menurut informasi yang diberikan oleh penduduk Sungai Kapal, SJKC Tai Sin ialah hasil kerjasama antara Kampung Tai Wan dan Kampung Sin Wan. Itu sebabnya sekolah itu dinamakan Tai Sin yang mengandungi perkataan pertama kedua-dua kampung itu.

Oleh kerana Petronas' Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) projek sudah bertapak di Pengerang, pengambilan tanah secara besar-besaran akan berlaku di Pengerang. Malangnya SJKC Tai Sin terpaksa beri laluan kepada RAPID dan dialihkan ke tempat lain.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Pekan Udang Karang Sg Rengit
Restoran Super Lobster Sg Rengit

Saturday, January 26, 2013

Jalan Gaya KK Sabah

Jalan Gaya

Selain Medan Australia, terdapat sebatang jalan terkenal---Jalan Gaya di Sabah KK.

Pasar Ahad merupakan ciri yang membezakan Jalan Gaya. Saya tiada foto untuk berkongsi kerana kunjungan saya ke KK bukan pada hari Ahad.

Berdasarkan informasi yang diperoleh dari kedai kopi, Jalan Gaya akan ditutup pada pagi hari Ahad. Barangan yang dijual di Pasar Ahad terdiri daripada ikan, buku, bunga, makanan, kraftangan, cenderamata, Kopi Tenom, buah-buahan, sayur-sayuran, ubatan tradisi, alat permainan dan haiwan kesayangan.


Kedai Kopi Daily

Kedai, pejabat dan syarikat yang didapati di Jalan Gaya termasuk kafe, bank, hotel, farmasi, restoran, kedai kopi, kedai makan,asrama backpacker, syarikat pelancongan dan firma undang-undang.

Kedai Kopi Daily ini sungguh anih. Walaupun ternyata 24 jam di papan iklan tetapi pintu kedai kopi tertutup. Mungkin pelangan harus sebut "Open Sesame" pintu kedai kopi baru buka.


Sports Toto

Kedai Sports Toto ini terletak di Jalan Gaya. Sekiranya anda seorang penaja Sports Toto, anda boleh masuk ke dalam dan menderma sedikit wang.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Bangunan Infor Pelancongan KK
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Thursday, January 24, 2013

Pemandangan Eksklusif Sungai Lembing

Bukit Panorama

Matahari mogok ketika kami mendaki Bukit Panorama Sungai Lembing. Kami terlepas peluang melihat matahari terbit yang cantik.

Walau bagaimanapun kami bernasib baik dapat menyaksikan pemandangan yang mempesona. Kabus putih dan sungai kecil berliku itu sungguh menawan.

Hidup tidak terlalu panjang. Tidak perlu menysiksa diri sendiri. Kita hanya hidup sekali sahaja. Oleh itu kita patut hidup dengan gembira. Ingat, jangan kerja sehingga mati.

Bosan dengan masalah remeh-temeh, melarikan diri ke Sungai Lembing selama beberapa hari untuk menenangkan fikiran. Sementara memendamkan segala kecewa dan bercuti di Sungai Lembing.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sg Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan
Informasi Penginapan Sg Lembing
Lembin Village Resort Sg Lembing

Tuesday, January 22, 2013

Janji Gor Malaysia Najib Razak

Ajib Gor

Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi Pakar Janji.

Mengapa Najib digelar Janji Gor?
Oleh kerana menghadapi desakan musuh dalam selimut dan serangan daripada barisan pembangkang, Najib terpaksa membuat janji di mana-mana dia berada. Tugas Najib sungguh mudah, semata-mata berjanji ini dan berjanji itu sahaja.

Ketika melawat ke Pulau Pinang, Najib berjanji kepada anak buah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa kerajaan pusat akan membina sistem pengangkutan monorel dan rumah kos rendah sebanyak 20,000 unit.

Di Selangor pula, Najib berjanji pusat kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan air yang makin merunsingkan pendudukan Selangor.

Kini di Kelatan, Najib berjanji tujuh projek mega untuk memajukan Kelantan. Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai---Kota Bharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat.

Selain itu, Najib juga berjanji merancang sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek mengatasi masalah bekalan air.

Mampukah Najib menepati janji?
Sama ada menukar kerajaan atau tidak selepas pru ke-13, Najib harus meletak jawatan sebagai perdana menteri. Kecuali BN menang dengan margin besar, jika tidak Najib akan diganti oleh Muhyiddin atau pemimpin Pakatan Rakyat.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Parti Politik Telur Busuk UMNO
Tolak Lynas Selamatkan Malaysia
Kak Dengar Sharifah Zohra Jabeen

Thursday, January 17, 2013

Kak Dengar Sharifah Zohra Jabeen

Kak Dengar

Wanita yang diberi gelaran sebagai Kak Dengar, Sharifah Zohra Jabeen merupakan selebriti yang paling terkenal di Malaysia pada kini.

Kedua-dua Najib Razak dan Anwar Ibrahim juga tidak boleh berbanding dengan Sharifah Zohra Jabeen.

Siapa dia Sharifah Zohra Jabeen?
Kononnya dia Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia. Pada saya dia sebuah kerusi tidak bernyawa.

Mengapa Sharifah Zohra Jabeen begitu popular?
Kononnya dia bertutur tanpa memikir. Saya mengesyaki sama ada dia mempunyai otak.

Sekiranya anda tidak tahu siapa Sharifah Zohra Jabeen, sila klik pautan video ini dan menonton sendiri tentang kehebatan Sharifah Zohra Jabeen.

Pandangan yang saya ingin menegaskan ialah Sharifah Zohra Jabeen bukan manusia biasa. Dia lebih dasyat daripada seorang diktator. Sebenarnya Sharifah Zohra Jabeen bermisi untuk menakut-nakutkan mahasiswa tetapi terperangkap sendiri.

Dengan serta-merta Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kemeterian Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah menafikan bahawa mereka tiada sebarang perhubungan dengan Sharifah Zohra Jabeen.

Ternyatalah Sharifah Zohra Jabeen masih hidup dalam zaman sebelum Tsunami Politik 308. Patutlah dia menggunakan taktik dan strategi yang menjejaskan identiti UMNO.

Rakyat dan mahasiswa sudah sedar betapa pentingnya keadilan dan demokrasi tetapi UMNO dan geng-gengnya masih bermimpi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Razak Bersedia Berundur
Mendedahkan Penipuan BeEnd
Tolak Lynas Selamatkan Malaysia

Tuesday, January 15, 2013

Hotel Harbour View Sekinchan Selangor

Hotel Harbour View

Selain daripada Hotel Purple Town yang saya blog sebelum ini, Hotel Harbour View ialah satu lagi pilihan penginapan di Sekinchan, Selangor.

Berdasarkan carian Google dan setahu saya, Hotel Harbour View setakat kini hotel yang paling unggul di sekitar Sekinchan.

Sekinchan sebuah pekan kecil. Persinggahan yang ideal adalah terhad untuk pelawat. Oleh kerana bukan sebuah bandar besar, hotel 5 bintang tidak terdapat di Sekinchan. Sekiranya anda ingin tinggal di hotel mewah, maka jangan bermalam di Sekinchan.

Harga bilik Hotel Harbour View berpatutan. Harga itu di antara beberapa puluh ringgit hingga tidak melebihi dua ratus ringgit.

Kafe yang selesa dan bilik mesyuarat yang luas tersedia. Hotel Harbour View merupakan pilihan bijak sama ada anda bercuti atau berurusan di Sekinchan.

Hubung: +603-3241 8868 Fax: +603-3241 8828
Alamat: No. 55, Jalan Menteri Besar 1, Sekinchan Business Center, 45400 Sekinchan, Selangor.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Adun Sekinchan Ng Suee Lim
Ambil Angin di Pantai Redang

Sunday, January 13, 2013

Santapan Pertama Di Eropah

De Koe

Kami berkumpul di depan Restoran De Koe apabila tiba di Volendam, Belanda. Sebaik sahaja pemandu pelancong memberi isyarat, kami masuk ke dalam restoran dengan segera untuk mencari tempat duduk.

Pelayan wanita yang berpakaian tradisi Belanda sibuk menghidangkan makanan. Mereka berulang alik seperti pesawat yang terbang tidak berhenti-henti.


Fillet Ikan

Santapan pertama kami ketika menggembara di Eropah ialah makan tengah hari pada pukul 12:00 di Volendam. Hidangan utama merupakan fillet ikan yang rasanya agak masin. Errrr...... terlupa apa ikan itu! Agaknya ikan salmon.

Salad Sayur-sayuran

Selain fillet salmon yang masin itu, terdapat semangkuk sup dan semangkuk besar salad sayur-sayuran.

Mungkin pelancong terlalu ramai dan perniagaan terlalu baik. Pelayan menghidang dan membersihkan meja cepat seperti kilat. Hidangan pertama kami di Eropah berakhir tergesa-gesa.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Friday, January 11, 2013

Sungai Kapal Pengerang Johor

Sungai Kapal

Sungai Kapal terletak tidak jauh dari Sungai Rengit, Pengerang di tenggara Johor.

Jarak di antara Sungai Kapal dan Sungai Rengit adalah 5 km jarak memandu. Hanya terdapat dua deret rumah papan usang di pekan Sungai Kapal.


Sungai Kapal

Kedai runcit, kedai kopi dan benkel motosikal boleh didapati di pekan Sungai Kapal. Kebanyakan pintu rumah itu tertutup. Mungkin penghuni-penghuni telah pindah ke tempat lain.

Bengkel motosikal ini masih beroperasi. Bos itu sedang membaiki motosikal untuk pelangan. Beberapa buah motosikal perlu dibaiki. Ini menggambarkan motosikal merupakan kenderaan yang paling biasa digunakan oleh penduduk Sungai Kapal.


Pakatan Rakyat

Pengganti BN, Pakatan Rakyat telah berakar di Pengerang. Mengambil alih kerajaan Johor oleh Pakatan Rakyat bukan ilusi. Itulah sebabnya PM Najib Razak tidak berani mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Tai Hoe Sungai Rengit
Informasi Hotel Sungai Rengit
Restoran Super Lobster Sungai Rengit
Penduduk Pengerang Membantah RAPID

Wednesday, January 9, 2013

Medan Australia KK Sabah

Medan Australia

Berjalan kaki dari Bangunan Pelancongan KK Sabah, anda akan tiba di Medan Australia Kota Kinabalu dalam masa seminit.

Medan Australia KK merupakan lokasi di mana tentera Australia mendarat pada Perang Dunia Kedua. Bangunan lama sepanjang jalan dikekalkan sehingga sekarang. Mengambil angin di Medan Australia seperti kembali ke zaman 50 puluhan.


Lucy Home Stay

Terdapat agak banyak asrama backpacker di Medan Australia.

Penginapan bajet itu termasuk Hotel Garden、Lucy Home Stay, Travelers' Light、Tropicana Lodge、Backpacker's Hostel、Borneo Backpackers and Kinabalu Backpackers Lodge.


Medan Australia

Banyak syarikat percetakan dan kedai-kedai setem getah didapati di Medan Australia. Ini adalah ciri istimewa Medan Australia di KK.

Kopitiam Muzium Borneo

Kopitiam Muzium Borneo terletak bertentangan dengan Lucy Home Stay. Kopitiam yang klasik ini berada di tingkat bawah Kinabalu Backpackers Lodge.

Saya tidak tahu rasa kopi yang disediakan oleh kopitiam tersebut kerana tidak sempat menikmatinya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Monday, January 7, 2013

Mendedahkan Penipuan BeEnd

BN

Memerintah melebihi 50 tahun, BeEnd telah memalukan rakyat Malaysia bertahun-tahun.

Lynas
Meskipun terdapat bantahan rakyat, BeEnd berkeras meluluskan permohonan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan.

Teo Beng Hock
Pembantu peribadi politik Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock mati penuh dengan misteri selepas dipelawa minum kopi oleh Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Lembu Kondominium
Rakyat Malaysia enggan menyumbang dana kepada orang yang tidak tahu malu memelihara lembu di kondominium mewah. Itu benar-benar keterlaluan 1Malaysia.

Zon Bebas Pelabuhan Klang
Apakah kebenaran perhubungan antara Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy dengan skandal RM12.5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?

Menimbulkan Ketakutan Dan Ketidak Tenteraman Awam
Rakyat Malaysia menentang secara habis-habisan terhadap pihak yang tidak berhenti-henti mengancam pengundi supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Menolak BeEnd dan menyelamatkan Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Barack Obama Dan Malaysia
Najib Razak Bersedia Berundur
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Sunday, January 6, 2013

10 Artikel Kenangan Paling Popular

Post Popular

Legenda Pokok Melaka
Perhubungan antara pokok Melaka dan negeri Melaka rapat dan menarik.

Sushi Enak Buatan Sendiri
Nak cuba buat sushi? Sila klik sini untuk mengetahui cara dan ramuan membuat sushi.

Musim Sejuk Korea Selatan
Anda perlu membuat persiapan sewajarnya sebelum bertolak jika melancong ke Korea Selatan pada musim sejuk.

Musim Luruh Korea Selatan
Melancong ke Korea Selatan pada musim luruh memang mempesona. Anda berpeluang melihat pemandangan musim gugur yang mengagumkan.

Politeknik Merlimau Melaka
Populariti artikel ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pengujung blog ini terdiri daripada golongan pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau.

Pemandangan Salji Mt Sorak
Sekiranya anda suka pemandangan salji dan mandi di kolam mata air panas, Mt Sorak merupakan destinasi yang anda tidak harus terlepas ketika berkembara di Korea Selatan pada musim sejuk.

Kapal Selam Tidak Menyelam
Kerajaan negeri Melaka membeli sebuah kapal selam bukan demi tujuan tentera laut tetapi dijadikan muzium. Kakaka, Ketua Menteri Ali Rustam patut masuk semula ke sekolah kerana kapal selam tersebut tidak ada kaitan dengan sejarah Melaka!

Mengenal Buah Pokok Melaka
Selain Pokok Melaka, topik buah Pokok Melaka juga agak digemari oleh pembaca Kenangan Yuchuilang. Buah Pokok Melaka berwarna hijau muda akan menjadi kuning apabila masak. Rasa buah mentah Pokok Melaka masam dan kelat. Terus membaca......

Kuil Sri Marathandavar Maran
Terletak berhampiran dengan Maran di Pahang, Kuil Sri Marathandavar dikatakan ada kuasa ajaib. Penganut-penganut kuil hindu ini boleh didapati di seluruh dunia. Kuil Sri Marathandavar akan dibanjiri oleh ratusan ribu peziarah pada perayaan Panguni Uthiram (Mac/April) setiap tahun.

Infor Melancong Korea Selatan
Terdapat empat post mengenai Korea Selatan disenaraikan, terbukti ramai pelawat singgah di sini untuk memperolehi maklumat pelancongan Korea Selatan. Bagi mereka yang hendak melancongan ke Korea Selatan, boleh masukkan kata kunci pada kotak carian tersedia di sebelah kanan blog ini untuk mencari maklumat pelancongan Korea Selatan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Penghulu Merlimau
Misteri Gaya Gangnam PSY
Najib Razak Bersedia Berundur

Wednesday, January 2, 2013

Ali Rustam Jual Kuih Dodol

Ali Rustam

Ajib hari-hari makan cendol
Membuat janji macam budok
2013 Ali Rustam jual kuih dodol
Konco BeEnd lompat seperti kodok

Pantun ini merupakan pantun pertama yang saya tulis dalam hidup saya, ekoran membaca pantun Ketua Menteri Melaka Ali Rustam.

Pantun Ali Rustam:
ikan keli berenang ke dalam sarang,
ikan sepat berenang dalam tasek,
2013 melaka negeri ku sayang,
rakyat nya budi baik dan cantek.

Haha, tidak sangka saya boleh berpantun!

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barack Obama Dan Malaysia
Najib Razak Bersedia Berundur
UMNO Parti Politik Telur Busuk

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru Pertama Selepas Akhir Dunia

Dewa Kekayaan

Akhir dunia telah lalu. Syukurnya saya masih hidup. Semoga wang akan dicurah kepada saya pada tahun ini.

Sayang sekali, saya bukan konco Barisan Nasional. Jika tidak, saya boleh jadi jiran lembu kondominium. Nyawa rakyat Malaysia benar-benar tidak bernilai dan tidak boleh dibanding dengan lembu kondominium.

Oleh kerana saya dan lembu kondominium tidak dapat jadi jiran, mengharap dewa kekayaan akan merestui saya. Kerjaya sepanjang hayat wanita adalah berdandan dan berpakaian cantik untuk menggembirakan kekasih mereka. Kerjaya sepanjang hayat saya adalah menyokong tiga buah syarikat pertaruhan di Malaysia.

Jangan sangka saya seorang kaki judi. Sebenarnya saya berjasa kepada masyarakt.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Najib Razak Bersedia Berundur
Perkhidmatan Kak Tunda Kereta Tamat
Penduduk Pengerang Membantah RAPID
Adnan Yaakob Akan Mengerat Telinganya