Saturday, March 31, 2012

PAS Mahfuz Omar Merestui Perhimpunan 325

Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menghadiri Perhimpunan Membantah Kekurangan Guru Di SJKC yang diangjur oleh Dong Zong. Perhimpunan tersebut diadakan pada 25 Mac di  New Era College, Kajang.

PAS menyokong perjuangan hak pendidikan kaum Cina secara ikhlas dengan menghantar pemimpin pusat Mahfuz Omar untuk menyaksikan Perhimpunan 325. Fakta menunjukkan perhubungan PAS dan masyarakat Cina sungguh erat. Segala ugutan dan ancaman yang bermotif menjejaskan keharmonian antara PAS dengan keturunan Cina tidak akan berjaya.

Presiden MCA Chua Soi Lek yang menganggap partinya mewakili masyarakat Cina, melarang ahli-ahli MCA menyertai Perhimpunan 325. Niat jahat Chua Soi Lek untuk meminggirkan SJKC terbongkar ketara.

Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong yang muncul di Perhimpunan 325, mengatakan bahawa dia mendapat keizinan daripada Perdana Menteri Nazib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Kenyataan Wee Ka Siong itu membuktikan MCA merupakan parasit UMNO.

Lawan tetap lawan, keadilan masih belum tercapai, usaha gigih harus dikekalkan selama-lamanya.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi
Gerun Warna Barisan Nasional Semakin Teruk


Monday, March 26, 2012

Perhimpunan Membantah Kekurangan Guru Di SJKC

Perhimpunan 325

Perhimpunan 325 yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina di Malaysia tercetus di New Era College Kajang, Selangor.

Tujuan perhimpunan 325 adalah membantah kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar pelajaran yang mencabuli Akta Pendidikan 1996.

Sebelum menjadi guru terlatih, saya berkhidmat sebagai guru sementara. Kini saya telah bersara selama lima tahun, masalah kekurangan guru masih wujud di SJKC. Kekurangan guru di SJKC berlarutan membongkar muslihat kerajaan Barisan Nasional meminggirkan SJKC.

Presiden Dong Zong Yap Sin Tian mendedahkan bahawa sekiranya masalah kekurangan guru di SJKC tidak diselasaikan, aktiviti membantah akan memarak di seluruh negara.

Sorakan lantang didengarkan di kampus New Era College, empat usul diluluskan sebulat suara untuk mengatasi dilema SJKC.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi
Gerun Warna Barisan Nasional Semakin Teruk


Thursday, March 22, 2012

Gerun Warna Barisan Nasional Semakin Teruk


Semenjak Tsunami Politik 308, pemerintah Malaysia yang diterajui oleh UMNO telah dijangkiti penyakit ketakutan warna.

Pertama sekali, setelah kematian misteri Teoh Beng Hock yang berasal dari Alor Gajah, Barisan Nasional mulai amat takut warna hitam. Semasa perhimpunan raksasa 709 pilihan raya bersih di Kuala Lumpur pada 2011, Polis Diraja Malaysia memberkas ramai rakyat Malaysia yang memakai baju kuning. Kini, ombak hijau yang menakjubkan melanda seluruh Malaysia. Persengketaan yang disebabkan oleh baju hijau semakin berleluasa.

Februari 26, melebihi tiga puluh ribu rakyat Malaysia yang berbaju hijau berkumpul untuk menentang Lynas Australia membina sebuah kilang penapisan nadir bumi di Kuantan. Tidak berapa lama dulu, Perdana Menteri Najib Razak merasmikan majlis pecah tanah SJKC Sungai Long di Selangor. Sekumpulan ahli dan penyokong DAP yang juga berbaju hijau dihalau oleh Polis Diraja Malaysia ketika mereka menghadiri majlis tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah Malaysia selama bertahun-tahun dan seolah-olah sakit tenat. Sentiasa gugup tentang kebimbangan khayal, mungkin ini adalah tanda lenyap Barisan Nasional.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi


Friday, March 2, 2012

Kejadian Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu

SJKC Kung Yu

Akibat daripada dakwaan potongan 30% bantuan kerajaan Kedah, isu penyelewengan peruntukan SJKC Kung Yu di Muar menimbul sekali lagi.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Bukit Kepong membongkarkan skandal tersebut di jamuan makan Hari Guru pada tahun 2006. Dana kerajaan untuk membaik pulih SJKC Ai Hwa di Panchor dan SJKC Kung Yu di Kundang Ulu telah disalahguna. Sebanyak RM30000 disalurkan ke SJKC Kung Yu tetapi kerja yang dibuat hanya bernilai RM3000.

Bertindak balas terhadap teguran, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga menghadiri jamuan makan itu, mengutuk pegawai kerajaan yang disyaki rasuah dengan keras. Kritikan itu berakhir dengan tuduh-menuduh antara Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tikam lidah antara kedua-dua pemimpin Barisan Nasional telah diselesaikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting. Selepas itu, SJKC Kung Yu mendapat semula duit untuk meningkat taraf bangunan sekolah.

Dengan bantuan Datuk Seri Ong Tee Keat, SJKC Kung Yu memperoleh sejumlah 1.2 juta untuk membina semula kemudahan sekolah. Akhirnya, sebuah auditorium dan sebuah bangunan bertingkat tiga disiap bina pada tahun 2008.

Oleh kerana berani mendedahkan kebenaran, Datuk Seri Ong Ka Ting mengekalkan kerusi parlimen Pandan dalam pilihan umum yang lalu. Walau bagaimanapun, calon parlimen MCA Selangor yang lain semua ditewaskan dalam Tsunami Politik 308.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek