Showing posts with label Tumpuan Media. Show all posts
Showing posts with label Tumpuan Media. Show all posts

Saturday, April 1, 2017

Serangan Keganasan London



Berdasarkan berita BBC, 4 orang telah dibunuh termasuk seorang polis dan seorang penganas dalam serangan keganasan di Westminster. Selain itu, lebih daripada 40 orang cedera dalam insiden Westminster.

Serangan keganasan itu berlaku pada 4:40 petang 22 Mac (Masa Malaysia 9:40 pagi 22 Mac). Penyerang tersebut melanggar pejalan kaki dengan kereta di Jambatan Wesminster. Selepas itu, dia membunuh seorang polis dengan sebilah pisau di dalam pintu masuk Istana Wesminster.

Artikel Berkaitan
Berdoa Untuk Paris
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, December 10, 2015

Sultan Johor Mengamarkan Politikus


Sultan Johor

Sultan Johor mengatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk Muslim menghadiri perayaan kawan mereka yang menganut agama lain.

Beliau mengemukakan pendapat ini pada Majlis Deepavali di Johor. Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Pertubuhan India Johor.

Selain itu, beliau juga menggesa lebih acara sedemikian patut diadakan demi perayaan lain seperti Krismas, Hari Raya dan Tahun Baru Lunar.

Politikus perkauman diingatkan oleh Sultan Johor supaya tidak menjejak kaki ke Johor bagi menimbulkan perpecahan di kalangan orang Johor.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Nancy Sembunyi Kebenaran
Penyalahgunaan Kod Pakaian
Melaka Dipindah Ke Kelantan

Saturday, November 21, 2015

Nancy Shukri Sembunyi Kebenaran



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mendedahkan bahawa Bumiputera miskin akan menjadi pencuri jika tidak dibantu.

Nancy Shukri mengata demikian di forum awam tentang Perjanjian-perjanjian Antarabangsa yang dianjurkan oleh Peguam Malaysia. Kenyataan Nancy Shukri seolah-olah menghinakan Bumiputera.

Secara faktanya Nancy Shukri mencuba menyembunyikan keadaan sebenar. Beliau bertujuan untuk merasionalisasikan dasar Barisan Nasional yang tidak adil tetapi membalas dengan alasan yang sungguh bodoh.

Artikel Berkaitan
Jib Gor Mana 2.6 Bilion
Najib Suka Menari Twist
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, November 18, 2015

Berdoa Untuk Paris


Bendera Perancis

Serangan maut Paris telah mengakibatkan perkampungan global harmoni dipenuhi dengan keganasan.

Suara tembakan dan letupan berturut-turut didengari merentasi langit romantis Paris pada malam hitam Jumaat.

Pengganas yang tidak berperikemanusiaan membunuh orang serentak di beberapa lokasi di ibu negara Perancis, Paris.

Pembunuhan beramai-ramai di Paris dikutuk teruk oleh seluruh dunia. Orang awam dan pemimpin-pemimpin yang terkenal di dunia turut menegur pengganas yang berdarah sejuk.

Selain menuduh pengganas kejam, takziah dari seluruh dunia juga disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Diharap orang Perancis kekal kuat untuk memulihkan kehidupan aman.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Menikmati Kopi Di Saint Germain

Thursday, November 12, 2015

Hentikan Penyalahgunaan Kod Pakaian



Orang awam tidak tertakluk kepada kod pakaian ketika berurusan di agensi kerajaan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Makin Marcus Mojigoh.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengatakan bahawa kod pakaian hanya terhad kepada kakitangan kerajaan di tempat kerja mereka. Syabas, kini masanya tidak mengira mana-mana penjawat awam berhenti menyalahgunakan kod pakaian terhadap orang awam.

Artikel Berkaitan
Najib Suka Menari Twist
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, November 7, 2015

Polis Soal Siasat Mahathir



Susulan mengkritik Perdana Menteri Najib Razak semasa Perhimpunan Bersih 4, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad disoal siasat oleh polis pada 6 November.

Diiringi oleh anak keduanya Mokhzani Mahathir, Dr Mahathir Mohamad pergi ke pejabatnya di Bangunan Yayasan Al-Bukhary untuk merakam kenyataan pada 11 pagi.

Apabila membalas soalan media samada risau ditangkap oleh polis, Dr Mahathir Mohamad dengan tenangnya mengakatan bahawa segalanya terserah kepada polis untuk membuat keputusan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mahathir Menghadiri Bersih
Datuk Tolong Jangan Saman

Thursday, November 5, 2015

Mana Hilang 2.6 Bintang



Mana Hilang 2.6 Bintang: Amirudin Hizadin
Mungkin takkanku ke Kuala Lumpur,
Nak bayar tol minyak, aku menggelupur,
Duit belanja cukup makanku waktu sahur,
Mungkin hidupku kegelapan,
Nak bayar bil elektrik, tak kemampuan,
Tapi tak apa, tunggu duit BR1M dan bantuan,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Aku tanyakan pak mentari tapi masih lagi berdiam,
Mungkin yang sakit akan terus uzur,
Nak bayar ubat pun terus tersungkur,
Oh tapi PA, katanya baik untuk kita,
Mungkin harga barang akan turun,
Ada GST semua orang untung,
Tapi mengapa makin ramai yang bermurung,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita,
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang,
Aku tanya Pak Mentari, tapi masih lagi berdiam.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Mahathir Menghadiri Bersih
Datuk Tolong Jangan Saman

Monday, August 31, 2015

Mahathir Menghadiri Bersih



Dr Mahathir Mohamad muncul di Perhimpunan Bersih 4 pada malam 29 Ogos. Pada hari kedua, Dr Mahathir Mohamad sekali lagi turun Perhimpunan Bersih 4.

Pada hari pertama, Dr Mahathir Mohamad hanya hadir beberapa minit sahaja. Tetapi pada hari kedua, Dr Mahathir Mohamad berada di sana agak lama dan menyampaikan ucapan kepada hadirin Bershi 4.

Dengan harapan bersungguh-sungguh, Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat tidak kira bangsa dan parti politik sehati sejiwa menolak Perdana Menteri Najib Razak. Jika tidak nilai mata wang Ringgit Malaysia jatuh tidak habis-habis.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambiga Membersihkan Udara Melaka
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara

Sunday, March 23, 2014

Kangkung Najib Untuk Chew Mei Fun



Sebagai tindak balas kepada Najib menggesa orang ramai makan kangkung, member dari Pahang ini memikul kangkung ke Kajang untuk calon BN Chew Mei Fun menikmati.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong