Showing posts with label Suwon Korea Selatan. Show all posts
Showing posts with label Suwon Korea Selatan. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Hwaseong Haenggung Suwon Korea Selatan

Hwaseong Haenggung

Hwaseong Haenggung merupakan sebahagian Kubu Hwaseong yang terletak di Paldal-gu, Suwon. Untuk maklumat anda, haenggung ialah istana sementara maharaja Korea Selatan. Jadi, Hwaseong Haenggung adalah sebuah istana pada zaman dahulu.

Kubu Hwaseong telah ditetapkan sebagai warisan kebudayaan dunia oleh UNESCO pada 1997. Warisan kebudayaan dunia ini, satu-satunya kubu yang berbenteng di Korea Selatan. Kini Kubu Hwaseong sudah menjadi destinasi popular pelancongan di Suwon.


Xinfenglou

Gambar ini menunjukkan pintu masuk utama Hwaseong Haenggung yang bernama Xinfenglou. Maharaja purba harus melalui Xinfenglou ketika memasuki atau meninggalkan Hwaseong Haenggung.

Pengunjung berpeluang memerhatikan upacara pertukaran pengawal di depan Hwaseong Haenggung. Anda juga dibenarkan mengambil foto bersama pengawal.


Hwaseong Haenggung

Selain menonton upacara pertukaran pengawal, pelawat dapat menyaksikan bagaimana maharaja keluar dari kediamannya ke Xinfenglou.

Dae Jang Geum

Hwaseong Haenggung juga salah satu lokasi penggambaran drama Korea Selatan, Dae Jang Geum. Sekiranya anda pernah menonton Dae Jang Geum, anda boleh mengunjung Hwaseong Haenggung semasa anda melancong di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Minum Kopi Bene Di Suwon
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan
Makan Di Maio Maio Restoran Suwon

Monday, September 24, 2012

Makan Di Suwon Maio Maio Itali Restoran

Restoran Maio Maio

Pada malam kedua kami bersinggah di Suwon, kami makan malam di Restoran Maio Maio. Restaron Maio Maio merupakan sebuah restoran Itali yang terletak di tingkat tertinggi di Plaza AK di Suwon Station.

Salad Buah-buahan

Salad buah-buahan ini salah satu hidangan yang anak kami memesan. Sungguh enak rasanya salad buah-buahan ini. Bahan-bahan salad buah-buah terdiri daripada kiwi, oren, tauge, nanas, pisang, belimbing, kubis Cina dan tomato mini.

Pasta Makanan Lautan

Sajian kedua makan malam kami ialah pasta makanan laut. Rasa pasta makanan laut ini berbeza dengan pasta yang isteri saya masak. Sebagaimana terpapar dalam foto di atas, ramuan pasta makanan laut termasuk timun, udang, sotong, brokoli dan hirisan tomato.

Nasi Makanan Laut

Santapan terakhir kami ialah nasi makanan laut. Nasi makanan laut ini juga tidak sama dengan apa yang saya pernah makan sebelum ini. Cara memasak nasi makanan laut ini juga berlainan. Selain nasi dan makanan laut, terdapat telur, jagung, tomato, kiub lobak dan kacang hijau.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Minum Kopi Bene Di Suwon
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Tuesday, September 18, 2012

Membeli-belah Di Suwon Youngtong Grand Mart

Teh Buah-buahan

Selepas minum kopi di Caffe Bene, kami membeli-belah di Youngtong Grand Mart.

Masuk ke Youngtong Grand Mart, jurujual menyambut kami dengan senyuman manis. Kami tidak faham apa yang disebutkan oleh mereka. Kemungkin mereka mengatakan selamat datang dan selamat membeli-belah.

Anak kami membeli sebungkus strawberi, beberapa pear kristal, sebungkus serbuk moka, dua tin beer Korea Selatan, sekotak teh buah-buahan dan sekotak teh kekwa Lipton. Saya dan isteri membeli sehelai jaket hitam masing-masing.

Untuk artikle berikutnya yang berhubung dengan perjalanan di Korea Selatan, saya akan cerita tentang makan malam di restoran Itali di Suwon.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Merasa Ladu Kimchi Di Suwon
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Saturday, September 15, 2012

Minum Kopi Bene Di Suwon Korea Selatan

Kopi Bene

Selepas menikmati ladu kimchi Suwon, kami beralih ke Caffe Bene berhampiran untuk minum kopi.

Musim bunga Suwon pada April masih sejuk. Suhu pada ketika itu antara 10°C ke 20°C. Minum kopi wangi sambil mendengar anak menceritakan kehidupannya di Suwon.

Hujan renyai di luar cafe telah berhenti. Kami keluar dari cafe dan menuju ke Youngtong Grand Mart.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Sunday, July 1, 2012

Merasa Ladu Kimchi Di Suwon Korea Selatan

Ladu

Ladu berinti kimchi merupakan santapan petang kami di Suwon, Korea Selatan. Citarasa ladu itu berbeza dengan ladu yang kami makan di Seoul.

Kami memburu juadah dalam hujan berirama. Akhirnya, kami berhenti di depan sebuah restoran mini. Pelayan menyambut kami dengan tangan terbuka. Anak saya memesan empat keping ladu kimchi, semangkuk sup ladu dan tiga mangkuk nasi.


Ladu

Gambar di atas menunjukkan wajah sebenar ladu kimchi. Lapis luar ladu lembut dan intinya sedap. Isian ladu termasuk lada, lobak, tauhu, tauge, kubis putih, telur kuning dan daun bawang.


Sup Ladu

Mengambil beberapa suap sup ladu panas dalam cuaca sejuk sunggguh senorok. Bahan-bahan sup ladu mengandungi ladu, rumpai laut, lobak merah, telur kuning dan daun bawang.

Selepas makan petang, kami beralih ke sebuah kafe berdekatan untuk menikmati "high tea" Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

Sunday, June 17, 2012

Gerimis Malam Suwon Korea Selatan

Suwon

Musim bunga mengunjungi Suwon di Korea Selatan pada April. Hujan musim bunga renyai-renyai sepanjang siang dan malam. Angin dingin bertiup tidak berhenti-hentinya. Saya sangka musim sejuk masih melepak di sekitar Suwon.

Terletak di selatan Seoul, Suwon berjarak 44 km dari Seoul. Terdapat beberapa pilihan untuk bertolak ke Suwon dari Seoul. Anda boleh menaiki bas, teksi atau kereta api. Masa perjalanan dari Seoul ke Suwon lebih kurang 50 minit.

Pemain Liga Perdana UK, Park Ji-Sung dilahirkan dan membesar di Suwon. Sebatang jalan di Suwon dinamakan sempena Park Ji-Sung pada 2005. Suwon juga merupakan pangkalan pengeluaran, penyelidikan dan pusat pembangunan syarikat elektronik gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics.

Suwon ada banyak tempat bersejarah dan pemandangan indah termasuk Seoho, Paldalmun, Hwahongmun, Suwon Hyanggyo, Hwaseong Fortress, Suwon Folk Village, Hwaseong Haenggung and Stadium Piala Dunia Suwon. Hwaseong telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kami singgah di Suwon selama dua malam. Selepas itu, kami beralih ke Seoul untuk melihat bunga Sakura di Taman Hangang Yeouido.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun