Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Terselamat Daripada Ciuman Ular Pokok Syurga

Kodok
Dua pelawat yang tidak diduga singgah di kediaman saya baru-baru ini. Pengunjung pertama ialah saudara-mara katak politik 1Malaysia---seekor kodok.

Sebelum tidur pada tengah malam 21 Mei, saya menemu seekor kodok di bilik mandi. Saya menyapu kodok itu ke dalam longkang.

Ular Pokok Syurga
Keesokan pagi, saya terkejut apabila ternampak satu lagi tetamu semasa waktu makan tengah hari. Penziarah kedua merupakan seekor ular pokok syurga. Panjang ular itu kira-kira 1 meter. Walaupun saya takut seperti tikus tetapi saya terpaksa menghapuskan ular itu demi keselamatan keluarga saya.

Dengan serta-merta, saya tutup semua pintu bilik dalam rumah. Kemudian saya mencari sebatang kayu untuk bertarung dengan ular itu. Pukulan pertama terkena badan ular. Saya menghentam kepala ular dalam serangan berikutnya. Ular itu tunduk kepada saya di lantai. Untuk memastikan ular itu betul-betul mati, saya memukul kepala ular itu berkali-kali.

Pautan Berkaitan
Kaktus Memekar Bunga Merah

Peminat Muda Michael Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom


Saturday, May 29, 2010

Anggerik Memekar Tanpa Ketakutan Atau Memihak

Anggerik
Saya hidup dalam keadan kesukaran selepas bersara. Semoga, saya boleh mendapat sedikit wang untuk menyarai perbelanjaan harian.

Anggerik saya memekar pada akhir-akhir ini. Orang Cina mempercayai bahawa bunga berkembang merupakan satu tanda kekayaan dan kemakmuran. Malangnya, saya tidak menjadi kaya, sebaliknya menjadi lebih miskin.

Anggerik
Oleh kerana saya tidak pernah terlibat dalam jenayah dan tidak mempunyai masalah kewangan, saya tidak akan takut polis, pegawai SPRM atau lintah darat mengetuk pintu rumah saya pada tengah malam. Walaupun saya miskin tetapi saya tidak ada apa-apa untuk dirisaukan.

Penyair kedesaan Cina---Tao Qian (365-427), juga dikenali sebagai Tao Yuan Ming, ialah seorang penyair terkenal Dinasti Jin Timur. Beliau tidak akan menunduk seperti seorang hamba untuk ganjaran saraan hidup. Selain itu, beliau enggan bersubahat dengan pegawai-pegawai yang rasuah dan meletakkan jawatannya.

Sebagai seorang guru, saya menjalankan tugas tanpa ketakutan atau memihak. Saya bersara pilihan kerana tidak puas hati terhadap pegawai-pagawai yang tidak prihatin dan munasabah. Secara kebetulan, Tao Qian dan saya suka berkebun serta menikmati kehidupan desa.

Pautan Berkaitan
Kaktus Memekar Bunga Merah

Peminat Muda Micheal Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom


Sunday, June 28, 2009

Peminat Muda Michael Jackson

Jing Hao
Gambar ini mengenai sebuah artikel yang dihasilkan oleh saya pada 1985. Artikel ini berhubung dengan anak saya yang merupakan seorang peminat muda seniman terkenal Michael Jackson.

Walaupun anak saya yang bernama Hao Hao masih kecil pada 1985 tetapi dia sungguh beraliran baru. Saya tidak bercakap besar kerana mempunyai bukti. Pada suatu hari, Hao Hao kata, "Ayah, Michael Jackson, Beat It! Beat It!" Saya kagum terhadap Hao Hao kerana usianya hanya 19 bulan. Sebenarnya, Hao Hao telah mendengar lagu tersebut di rumah penjaga bayi berulang kali dan biasa dengan iramanya.

Saya menulis post ini untuk mengimbas kembali detik manis bersama dengan keluarga saya sempena mengenang seniman terunggul Michael Jackson yang meninggal dunia baru-baru ini.

Monday, February 23, 2009

Menikmati Teh Dari United Kingdom

Teh
-->Saya sungguh suka minum teh tetapi pendapatan saya terbatas, saya tidak mampu menikmati "high tea" di hotel berbintang lima. Saya hanya berupaya menghirup teh bersama isteri di rumah. Saya terlalu sibuk dengan tugasan sebelum bersara. Oleh sebab itu, saya tidak mempunyai masa untuk menikmati teh kesukaan saya itu. Kini, bersyukurlah saya telah bersara dan berpeluang minum teh pada bila-bila masa.
Teh
-->Anak saya pulang dari United Kingdom untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ia membeli sekotak teh untuk saya. Rasa teh itu amat bagus. Walaupun Malaysia memiliki kebun teh tetapi mutu teh buatan Malaysia tidak setanding dengan teh yang dibeli oleh anak saya dari United Kingdom.

Thursday, October 16, 2008

Bilik Pameran Dapur

Dapur MayaKoh Jing Hao merupakan seorang arkitek yang berminat dalam bidang "Corak Seni Bina Bantuan Komputer". Dia bekerja di sebuah syarikat rekabentuk dalaman setelah tamat pengajian di USM, Malaysia.

Dapur MayaSekiranya anda berminat dengan "Corak Seni Bina Bantuan Komputer", jemput ke blognya untuk menerokai hasil kerjanya.

Dapur MayaKini, dia melanjutkan pelajarannya di University of the West of England, UK. Dia sedang menjalankan suatu penyelidikan berhubung dengan pemasaran internet.

Anda dipersilakan untuk melawat Bilik Pameran Dapur yang dibina dengan
"Corak Seni Bina Bantuan Komputer".