Sunday, July 1, 2012

Merasa Ladu Kimchi Di Suwon Korea Selatan

Ladu

Ladu berinti kimchi merupakan santapan petang kami di Suwon, Korea Selatan. Citarasa ladu itu berbeza dengan ladu yang kami makan di Seoul.

Kami memburu juadah dalam hujan berirama. Akhirnya, kami berhenti di depan sebuah restoran mini. Pelayan menyambut kami dengan tangan terbuka. Anak saya memesan empat keping ladu kimchi, semangkuk sup ladu dan tiga mangkuk nasi.


Ladu

Gambar di atas menunjukkan wajah sebenar ladu kimchi. Lapis luar ladu lembut dan intinya sedap. Isian ladu termasuk lada, lobak, tauhu, tauge, kubis putih, telur kuning dan daun bawang.


Sup Ladu

Mengambil beberapa suap sup ladu panas dalam cuaca sejuk sunggguh senorok. Bahan-bahan sup ladu mengandungi ladu, rumpai laut, lobak merah, telur kuning dan daun bawang.

Selepas makan petang, kami beralih ke sebuah kafe berdekatan untuk menikmati "high tea" Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.