Wednesday, October 10, 2012

Lembin Village Resort Sungai Lembing Pahang

Lembin Village Resort

Apabila sentuh tentang pengianpan di Sungai Lembing, anda boleh mempertimbangkan Lembin Village Resort yang terletak di tebing seberang Sungai Lembing bertentangan pekan Sungai Lembing.

Di samping Country View Inn, Lembin Village Resort merupakan pilihan lain ketika anda bercuti di Sungai Lembing. Oleh kerana saya telah menempah sebuah bilik di Dynasty Inn di Kota Bharu, saya tidak ingin mengubah pelan perjalanan Pantai Timur. Kalau tidak saya hendak bermalam di Lembin Village Resort dan merayau di Sungai Lembing untuk sehari lagi.


Lembin Village Resort

Meskipun saya tidak menginap di Lembin Village Resort, pemilik resort, Encik Vinson Chow sangat mesra kepada kami.

Lembin Village Resort diubahsuai dari sebuah bangunan banglo. Ruang memanggang luar tersedia dan karaoke disediakan di ruang tamu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Lembin Village Resort ialah tempat yang sesuai untuk mengadakan parti hari jadi dengan rakan-rakan.

Walaupun keselesaan serta ketenangan Lembin Village Resort tetapi lokasinya terlalu jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda terpaksa menyeberangi Sungai Lembing melalui jambatan kayu usang.

Jika anda tidak keberatan jarak Lembin Village Resort, anda boleh memikir tentang resort ini.

Pemilik:Vinson Chow
Telefon:019-911267, 019-9116748
Alamat:282, Kampung Seberang, Sungai Lembing, Pahang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pekan Sungai Jerik Maran Pahang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.