Monday, April 21, 2008

Dae Jang Geum Theme Park

Dae Jang Geum Theme Park
Dae Jang Geum Theme ParkDae Jang Geum Theme Park merupakan lokasi penggambaran banyak drama televisyen Korea Selantan yang diminati olen ramai penonton televisyen di seluruh dunia.

Tempat ini telah dijadikan satu theme park setelah Munhwa Broadcasting Corporation (South Korea Broadcasting Company) menghasilkan sebuah drama televisyen : Dae Jang Geum. Drama ini amat digemari oleh peminat drama televisyen Korea Selatan sehingga lokasi penggambaran ini dijadikan pusat pelancongan.

Dae Jang Geum Theme Park telah beroperasi mulai tahun 2004. Pelawat tempatan dan pelancong dari negara asing membanjiri Dae Jang Geum Theme Park pada setiap hujung minggu dan musim cuti.

Peminat Dae Jang Geum berpeluang menyaksikan tempat kejadian seperti dalam drama semasa meggungjung Dae Jang Geum. Pelawat juga boleh memakai pakaian tradisi Korea untuk bergambar di Dae Jang Geum Theme Park.

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.