Wednesday, March 19, 2014

Kampung Kongsai Jasin Melaka

Kampung Kongsai

Kampung Kongsai merupakan sebuah kampung terletak di Jasin Melaka.

Kampung Kongsai

Penduduk Kampung Kongsai gemar menanam pokok bunga dan pokok buah-buahan.

Kampung Kongsai

Peta ini menunjukkan lokasi Kampung Kongsai. Kampung Kongsai berada di tengah antara Jasin and Bemban.

Pokok Getah

Kampung Kongsai dikelilingi pokok getah. Kebanyak penduduk Kampung Kongsai bekerja sebagai penoreh getah.

Pokok Getah

Saya tidak terlepas peluang mengambil gambar pokok getah ini. Susu getah yang sudah beku terlekat di pokok getah.

Pokok Getah

Setelah pokok getah ditoreh, susu getah mengalir ke dalam cawan ini sebelum beku. Kini getah dijual dalam bentuk beku.

Pisau Toreh Getah

Terdapat dua jenis pisau toreh getah iaitu jenis pisau tolak dan jenis pisau tarik. Pisau di sebelah kiri dalam gambar ialah jenis pisau tolak dan pisau di sebelah kanan ialah jenis pisau tarik.

Cara Menoreh Getah

Gambar ini menunjukkan cara menoreh getah dengan menggunakan pisau tolak. Jika anda memerhati dengan teliti, anda akan dapati pokok dalam gambar ini bukan pokok getah. Sebenarnya pokok ini ialah pokok betik.

Buah Naga

Selain menoreh getah, penduduk Kampung Kongsai juga menanam pokok buah-buahan terutama pokok buah naga. Oleh sebab itu pokok buah naga boleh didapati di merata tempat di Kampung Kongsai.

Mungkin kunjungan kami ke Kampung Kongsai bukan musim buah naga. Jika tidak kami dapat membeli buah naga Kampung Kongsai.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel
Profil Google Zuiyanhong
Dusun Selandar Jasin Melaka

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.