Thursday, January 9, 2014

Foto Bandar Jasin Melaka

Jasin

Sekitar 28 km dari Bandar Melaka, Bandar Jasin merupakan pusat pentadbiran Daerah Jasin.

Jasin

Walaupun Bandar Jasin sebuah bandar mini tetapi kesesakan lalu lintas serupa dengan bandar-bandar makmur di Malaysia.

Jasin

Bangunan lama ini terletak di Jalan Kesang di Bandar Jasin. Dibina pada tahun 1927, sejarah deret rumah ini hampir seratus tahun.

Jasin

Orang India membeli-belah di Bandar Jasin. Mereka kebanyakan bekerja di ladang-ladang di sekeliling Bandar Jasin. Ladang-ladang tersebut diteroka oleh orang British pada masa dulu.

Pawagam Kamala

Terdapat sebuah pangung wayang yang bernama Kamala di Bandar Jasin. Pawagam Kamala telah lama tidak beroperasi. Dipercayai tidak dapat bersaing dengan pita video yang muncul pada tahun 80an.

Jasin

Banyak kedai yang dikendali oleh orang India di Bandar Jasin. Termasuk kedai runcit dan kedai gunting rambut. Kedai runcit tradisional ini berada di Jalan Kesang. Pelbagai makanan dan barang keperluan harian boleh dibeli di kedai ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

Pada tahun lepas, saya bersama isteri pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah Jasin untuk menguruskan geran rumah. Saya menjadi pemandu peribadi tanpa upah kepada isteri.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin yang baru dibina ini berdiri tegak di anak bukit. Jika bertolak dari Bandar Jasin ke Bandar Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin adalah di sebelah kanan anda. Jarak dari Bandar Jasin ke Pejabat Daerah dan Tanah Jasin lebih kurang beberapa minit memandu.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Dusun Selandar Jasin Melaka

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.