Wednesday, July 4, 2012

Panda Malaysia Dinamakan Altantuya Dan Scorpene

Panda

Kemeterian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia mengatakan kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Cina (China Wildlife Conservation Association). Berdasarkan persetujuan tersebut, Cina akan menyewa sepasang panda kepada Malaysia selama sepuluh tahun.

Meskipun media perdana menyanjung tinggi tentang sewaan panda tetapi rakyat jelata yang amat tidak puas hati terhadap kerajaan Barisan Nasional yang jahil tidak menganggap begitu. Kemeterian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia menganjurkan pertandingan nasional menamakan panda. Sesetengah rakyat Malaysia yang berbakat mengesyorkan beberapa nama menarik yang berkaitan dengan rasuah dan isu-isu politik yang sensitif. Antara nama kreatif itu ialah "Cincin dan Beg-beg", "Bersih dan Stop-Lynas", "Altantuya dan Scorpene", "You help me dan I help you" dan "Corruption dan Abuse of Power".

Oleh kerana China dan Mongolia berhubung erat, salah seekor panda diberi nama Altantuya, seorang jelitawan Mongolia adalah paling sesuai. Panda kedua dinamakan Scorpene kerana Scorpene merupakan kapal selam buatan Perancis yang dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
UMNO Parti Politik Telur Busuk
Warga Merlimau Berjamu Dengan Ambiga
Garam Dan Botol Air Mineral Senjata Maut

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.