Monday, January 6, 2014

Malam Pesona Bukit Fraser

Bukit Fraser

Siap makan malam, kami bertolak ke pekan untuk menikmati keindahan malam Bukit Fraser.

Bukit Fraser

Ambil angin di bawah lampu jalan menguning, cuaca malam di Bukit Fraser tidak sejuk seperti yang disebarkan oleh desas-desus.

Bukit Fraser

Menara jam mini ini ialah mercu tanda Bukit Fraser. Pelancong gemar mengambil gambar di sekitar menara jam mini pada siang hari. Tetapi menara jam mini berasa sunyi pada waktu malam.

Puncak Inn

Bangunan yang terang benderang ini ialah Puncak Inn Bukit Fraser. Puncak Inn merupakan pilihan utama pengunjung ketika bercuti di Bukit Fraser kerana lokasi yang sempurna dan harga yang berpatutan.

Bukit Fraser

Gambar petanda sempadan Pahang dan Selangor. Cahaya di lantai dijadikan sebagai sempadan dua buah negeri. Pahang berada di sebelah kanan dan Selangor terletak di sebelah kiri.

Resort Bukit Fraser terdapat di bahagian kanan. Manakala satu-satunya kedai runcit di Bukit Fraser didapati di kawasan Selangor. Selain itu, juga ada sebuah kedai makan yang berniaga tiga hari seminggu di wilayah Selangor.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.