Sunday, January 12, 2014

Pekan Sabak Bernam Selangor

Sabak Bernam

Tamat kunjungan ke Sekinchan, kami meneruskan perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia

Sabak Bernam

Kami singgah di Sabak Bernam untuk makan tengah hari sambil mengambil gambar di sekitar bandar tersebut.

Sabak Bernam

Sabak Bernam terletak di Daerah Sabak Bernam. Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam merupakan tiga pekan utama Daerah Sabak Bernam.

Sabak Bernam

Terdapat sederet rumah papan lama bertentangan dengan medan selera. Rumah ini akan lesap dalam gelombang pembangunan. Kerajaan BN memang suka merobohkan bangunan lama termasuk tapak sejarah.

Sabak Bernam

Pusat Konvensyen Mini Sabak Bernam berada di Jalan Tebedu. Dewan mesyuarat pusat ini boleh memuat seramai 200 orang. Pusat ini juga menyediakan penginapan yang dapat menampung 60 orang.

Setelah berjalan-jalan di Sabak Bernam, kami menuju ke Teluk Intan untuk melawat menara jam condong.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.