Saturday, July 6, 2013

Dusun Selandar Jasin Melaka

Dusun Selandar

Dusun Selandar terletak di Selandar Jasin, Melaka. Jarak antara Dusun Selandar dan bandar Melaka lebih kurang 30 km.

Kebanyak pokok buah-buahan terdapat di Dusun Selandar ialah pokok buah naga. Selain pokok buah naga, pokok buah-buahan yang didapati di Dusun Selandar termasuk pokok durian, pokok manggis, pokok jambu air, pokok limau bali, pokok kedongdong dan pokok buah passion.


Dusun Selandar

Dusun Selandar dibuka kepada orang awam percuma selama sebulan iaitu 15/6/13--15/7/13.

Selepas tempoh percuma, bayaran masuk adalah seperti di bawah.

Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5

Masa Dibuka
10 pagi--6 petang


Buah Passion

Buah passion juga dikenali sebagai buah susu atau buah markisa. Pokok buah passion merupakan tumbuhan menjalar. Buah passion mengandungi serat, zat galian, vitamin dan antioksidan.

Buah Jambu Air

Buah jambu air yang tergantung diranting pokok itu tidak begitu merah. Saya rasa pokok jambu air jenis yang biasa.

Angsa Muka Hitam

Ada sebuah kolam di Dusun Selandar. Bot kayuh disediakan untuk pengunjung bermain.

Angsa muka hitam ini naik dari kolam. Kemungkinan angsa ini terlalu penat setelah berenang di kolam. Apabila mengetahui ada pelawat mengambil foto, angsa ini asyik berpose di depan kanta kamera. Ternyatalah angsa ini gemar mengambil gambar.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Melaka
Kafe Ais Tai Chong Melaka
Misteri Buah Pokok Melaka
Politeknik Merlimau Melaka

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.