Sunday, September 20, 2015

Mahathir Mengutuk Perhimpunan Baju Merah


Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad walaupun telah bersara tetapi masih aktif di arena politik Malaysia.

Beliau sering mengkritik Perdana Menteri Najib Razak yang semakin tidak searah dalam urusan UMNO dan negara.

Ekoran muncul di Perhimpunan Bersih 4, kini Dr Mahathir Mohamad secara terus-terang mengutuk Perhimpunan Baju Merah 916. Menurut pandangan Dr Mahathir Mohamad, Perhimpunan Bersih 4 merupakan perhimpunan berbilang bangsa tetapi Perhimpunan Baju Merah ialah perhimpunan perkauman.

Tiada sesiapa ingin mengaku sebagai penganjur Perhimpunan Baju Merah pada awalnya. Setelah menghadapi desakan awam, beberapa pemimpin UMNO yang kehilangan kuasa dan pengaruh mula bersendiwara. Pada mulanya, mereka mendakwa bahawa perhimpunan tersebut bertujuan memupuk perpaduan di antara orang Melayu. Selepas ditegur dengan teruknya oleh orang Melayu yang bersikap rasional dan berfikiran terbuka, pihak penganjur terpaksa menukar tema perhimpunan berkali-kali.

Berdasarkan kepada perspektif Dr Mahathir Mohamad, matlamat Perhimpunan Baju Merah adalah menentang Perhimpunan Bersih 4 supaya dapat menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.