Thursday, October 1, 2015

Najib Suka Menari Twist


Najib Razak

Berdasarkan liputan media, skandal 1MDB telah mengakibatkan Perdana Menteri Najib Razak menghadapi pelbagai masalah rumit.

Najib Razak berikhtiar sedaya upaya untuk menyebunyikan kebenaran susulan daripada dedahan Wall Street Journal Amerika Syarikat berhubung dengan kiriman wang 700 juta US Dollar. Namun setelah dikutuk oleh netizen, pemimpin pembangkang, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak terpaksa menjelaskan kiriman wang 700 juta US Dollar terdapat dalam akaun peribadinya ialah dana politik.

Semasa rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum menghadiri Himpunan Bersih 4, Najib Razak mendakwa bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia. Tambahan pula, Najib Razak menyindir peserta Himpunan Bersih 4 fikiran cetek dan tidak patriotik. Walaupun kata-kata dia yang masih dibunyikan di telinganya, Najib Razak menunjukkan lampu hijau kepada ahli UMNO menyertai Himpunan Baju Marah 916.

Najib Razak menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia tetapi membenarkan ahli UMNO menyertai Perhimpunan Baju Merah 916. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak patut membelit-belitkan kata-katanya.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.