Monday, December 24, 2012

Misteri Gaya Gangnam PSY

Gangnam

Sejak demam Gaya Gangnam PSY melanda perkampungan bumi, pelancong dari seluruh dunia membanjiri Gangnam, Seoul Korea Selatan.

Gangnam terletak di selatan Hangang yang mengalir melalui Seoul, ibu kota Korea Selatan. Sebenarnya Gangnam terdiri daripada beberapa daerah yang dikenali sebagai gu dalam bahasa Korea. Daerah tersebut termasuk Gangnam-gu, Seocho-gu and Songpa-gu.

Seoul dibahagi kepada dua bahagian oleh Hangang. Bahagian selatan Seoul ialah Gangnam. Setahu saya tiada nama khusus diberikan kepada bahagian utara Seoul. Gangnam merupakan sebuah pusat perniagaan berkembang pesat dan kawasan kediaman orang kaya Korea. Jung-gu, Jongno-gu and Yongsan-gu di utara Seoul adalah kawasan utama komersial tradisional di Seoul.

Kebanyakan tempat pelancongan berada di utara Seoul termasuk Itaewon, Sinchon, Insa-dong, Myeongdong, Istana Deoksu, Cheonggyecheon, Istana Gyeongbok, Pasar Namdaemun, Pasar Dongdaemun, Perkampungan Hanok Bukchon dan Perkampungan Hanok Namsangol.


Coex Mall

Sekiranya tidak silap, saya hanya menjejak kaki ke Gangnam-gu kerana tidak mempunyai gambaran tentang Seocho-gu dan Songpa-gu.

Mercu tanda Gangnam-gu, Coex Mall ialah sebuah pusat beli-belah bawah tanah terbesar di Asia. Selain daripada melebihi 300 kedai, terdapat sebuah aquarium besar, pawagam Megabox, Hyundai Department Store dan Muzium Kimci Pulmuone.

Apgujeong adalah daerah mewah di Seoul. Kediaman mewah dan pencakar langit boleh didapati di merata tempat. Banyak kedai-kedai fesyen tersedia di Apgujeong. Yang paling popular ialah Galleria Department Store. Rodeo Street, destinasi mesti dikunjung oleh pencinta aliran baru.


63 City Building


Bangunan City 63 menegak di Yeouido, Yeongdeungpo-gu di selatan Hangang. Bangunan ini ketiggian 63 tingkat dan 249 meter. Jika anda berminat dalam patung lilin, kunjungilah Muzium Patung Lilin 63. Peminat movie berpeluang menonton movie skrin lebar di Teater IMAX 63.

Yeouiseo-ro, Taman Hangang, Menara Kembar LG dan Bangunan Perhimpunan Nasional di sekitar Yeouido. Ketika melancong do Seoul, jangan terlepas tempat menarik di Gangnam.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Memeluk Gadis Remaja Korea
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang
Pemandangan Malam Myeongdong

2 comments:

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.