Tuesday, December 6, 2011

Kapal Selam Malaysia Tidak Boleh Menyelam

Kapal Selam

Malaysia sebuah negara yang amat pelik. Jet tentera udara terbang tanpa jentera. Kapal selam tentera laut tidak boleh menyelam. Saya tidak bergurau sebab kesemuanya terbukti. Sekiranya anda tidak percaya, sila mencari Google untuk mendapat maklumat berkenaan.

Gambar ini menujukkan kapal selam tidak boleh menyelam yang bernama Agosta 70. Sebenarnya Agosta 70 ialah kapal selam Perancis yang disediakan untuk melatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Tempat latihan tersebut adalah di Pengkalan Tentera Laut Perancis di Brest, barat laut Perancis.

Kerajaan Melaka ingin membina sebuah Theme Park Samudera di tanah tebus guna Klebang. Menurut rancangan Jabatan Ketua Menteri Melaka, kapal selam itu bertujuan untuk dijadikan muzium. Dengan tidak membuat sebarang kajian, kerajaan Melaka mengumumkan kapal selam itu dibuka untuk orang ramai berkunjung. Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam merupakan pengunjung pertama kapal selam itu. Lawatan itu berakhir dengan Mohd Ali Rustam nyaris mati kerana terhidu gas beracun dalam kapal selam.

Ternyatalah bahawa kerajaan Melaka tidak membuat penyelidikan berhubung dengan keadaan kapal selam. Demi keselamatan pelawat, perlu membuat pintu dan tingkap di badan kapal selam supaya udaranya nyaman. Kerja-kerja itu akan disiapkan dalam setahun. Mereka yang berminat meziarah kapal selam terpaksa menunggu beberapa bulan.

Terdapat pelbagai kelakar di Malaysia. Kejadian-kejadian yang saya kemukakan itu hanya sebahagian kecilnya.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.