Friday, July 23, 2010

Mengenal Buah Pokok Melaka



Share

ShoutMix

Saya telah menulis sebuah rencana tentang Pokok Melaka baru baru ini. Seorang pembaca bertanya sama ada apa yang saya menulis itu benar.

Saya pergi ke Dataran Belanda untuk mendapatkan lebih maklumat pokok Melaka.

Pokok Melaka
Terdapat sebatang pokok Melaka di depan bangunan Stadhuys Belanda. Saya ternampak sekeping papan petunjuk kecil di batang pokok. Tanpa sebarang kelewatan, saya mengambil beberapa gambar untuk tujuan pengenalpastian.

Pokok Melaka
Buah pokok Melaka berwarna hijua muda dan akan menjadi kekuningan bila matang. Buah ini juga dikenali sebagai Berry Amla atau Gooseberry India. Pokok Melaka banyak terdapat di India, Sri Langka, Taiwan dan Cina Selatan.

Buah Pokok Melaka
Angin dan hujian tanpa belas kasihan telah menjatuhkan buah ini ke tanah. Buah ini tiada pilihan selain berbaring di tanah dengan sepi. Keadaan ini mengingatkan saya kejadian sedih penghijarahan cendekiawan Malaysia.

Buah Pokok Melaka
Buah pokok Melaka boleh dijeruk dengan gula, garam dan rempah ratus. Buah mentah masam dan kelat rasanya. Buah ini sedap dimakan apabila kelihatan lut cahaya.

Berdasarkan maklumat Wikipedia, buah pokok Melaka ada pelbagai kesan perubatan. Terutama sekali dapat meningkatkan kesihatan dan kelanjutan usia.

Pautan Berkaitan
Kincir Angin Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Pusat Informasi Pelancongan Melaka

6 comments:

avail said...

info baru nih. Belum pernah liat buahnya. Coba nanti saya cari tahu, nama lokal nya apa ya? ada nggak ya?

perubatan7puteri said...

kalau di negeri Melaka,memang banyak di tanam.

Anonymous said...

saya nak beli mana ada jual benih pokok melaka..saya kat shah alam..

zuiyanhong said...

Anonymous:
Harap maaf.
Saya tidak tahu di mana dapat beli benih pokok Melaka.

eza jaja said...

kat universiti teknikal malaysia melaka (UTeM)byk betul pokok buah ni...

zuiyanhong said...

Eza Jaja:

Oic kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka ada banyak Pokok Melaka.

Post a Comment